dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) pada hari ini anjuran Gabungan
Mansuhkan PPSMI (GMP) merupakan satu sejarah baru dalam politik dan dunia
Mansuhkan PPSMI (GMP) merupakan satu sejarah baru dalam politik dan dunia
pendidikan di Malaysia.Kehadiran tokoh sasterawan negara , A. Samad Said dan lain2 rakannya termasuk daripada pimpinan Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Mat Sabu,Datuk Kamarudin Jaafar dan saf kepimpinan Pakatan Rakyat menyemarakkan lagi tunjuk perasaan yang bermula di Masjid Negara.Perarakkan yang pada mulanya dalam suasana aman menuju Istana Negara bertukar menjadi kecoh apabila polis bertindak ganas melepaskan tembakan bom asap dan menyembur gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan.Polis dan FRU yang sememangnya mendapat arahan daripada menteri umno tanpa belas kasihan merosakkan demontrasi aman tersebut tanpa memikirkan tujuan sebenar perhimpunan tersebut diadakan.Apakah pihak polis yang rata2nya orang Melayu tu dah pandai benar bercakap bahasa orang putih? Sampai sanggup memperlakukan golongan sasterawan dan lain2 pemimpin yang mempertahankan bahasa Melayu dalam pendidikan dilayan seperti anjing kurap.Umno patut buang perkataan untuk bangsa,agama dan negara dalam perlembagaan umno kalau bahasa sendiri umno dah tak mampu nak pertahan.Apa lagi yang umno mampu jaga?Umno betul2 dah jadi penipu kepada orang umno sendiri terhadap apa yang berlaku kepada bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.Belajar bahasa Inggeris untuk menjadi bijak dan pandai tak salah tapi bukan ajar bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.Umno pura2 bela bahasa Melayu semasa pihak berkuasa tempatan kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya papan tanda jalan ditulis dalam tiga bahasa Melayu ,Cina dan India.Umno langsung tidak menyokong golongan yang anti PPSMI sebaliknya bersekongkol dengan pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan pelajar diumumkan digambarkan pelajar2 mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik,hakikatnya gred untuk mendapat gred A dalam kedua2 mata pelajaran tersebut telah direndahkan supaya tak nampak kelemahan sistem pendidikan yang umno-bn laksanakan.Soal bahasa bukan hak umno-bn dan Pakatan rakyat,tapi bahasa Melayu memang dah termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebagai bahasa rasmi negara,mesti dipertahankan sampai bila2.Umno dah jadi penyembelih bahasa sendiri dan melelongnya dengan begitu murah dengan apa yang berlaku hari ini.Anak2 menteri umno boleh bersekolah "high class" sebab kaya raya sebab makan duit rakyat,boleh belajar di luar negeri,tapi bagaimana dengan nasib anak2 nelayan, petani,buruh kasar dan golongan mustadafin yang tentunya tak mampu dan bersekolah biasa saja.Umno-bn tak pernah dengar suara rakyat mereka menjadi pekak dan bisu terhadap isu PPSMI.Kalu dalam bandar pun anak2 Melayu ketinggalan dalam subjek Sains dan Matematik apatah lagi dikampung2 dan tempat2 pedalaman seluruh Malaysia.,tentulah lagi teruk pencapaian mereka.Bodoh sangatkah pelajar2 di Thailand atau Indonesia yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka?Orang Jepun.Korea dan China pandai buat kereta dan barang elektronik tu belajar bahasa ibunda masing2,bukan dalam bahasa Inggeris.Betul kata Pak Samad Said "umno yang ada dua telinga tapi dah jadi pekaaaak dan ada mulut tapi dah jadi bisuuu dalam isu PPSMI ini mesti diajar dengan secukup2nya dalam PRU-13 akan datang! Berseronoklah kamu polis dan -FRU kerana telah berjaya melepaskan bom asap kepada pejuang2 bahasa yang turut membela anak2 kamu supaya tidak buta Sains dan Matematik! Umno hanya pertahan bahasa Melayu pada papan tanda jalan saja, bukan untuk mempertahankan bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains dan Matematik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan