plak itu menjadi tumpuan ramai sebab tu dirobohkan.(gambar sebelah ihsan malaysiakini).Kerajaan Zambry ni nampak gaya dengan plak peringatan tu dia jadi penakut,macam orang takut hantu pula aku rasa.Sebenarnya Zamry ni tidak mau semua rakyat Perak mengingati apa yang telah dilakukan umno-bn dalam peristiwa rampasan kuasa keatas kerajaan MB Nizar yang sah itu.Zambry tau sekiranya tidak bertindak segera atas apa saja ingatan yang cuba dibuat oleh pakatan rakyat akan menjadi duri dalam kerajaan beliau. Kenapa roboh plak saja, awat tak tebang pokok yang merendang tu sekali kan bagus,nanti tak dapat la adun2 pakatan rakyat mesyuarat bawah pokok tu lagi.MBI kan ada banyak jentolak dan mesin tebang pokok,biar puas hati. Tak sangka dalam zaman serba canggih ni masih ada manusia yang hati perutnya berfikiran macam zaman purba,takut serpihan plak2 tu bawa sial pada Zamry.Bagi Zambry tak dapat tanduk boleh pulas telinga pun jadilah.Pengundi2 Bukit Gantang mesti ajar Zamry dan umno-bn dengan secukup2nya dalam pilihanraya kecil April nanti.
SEJARAH BAWAH POKOK DAN DEMOKRASI...
BalasPadam1. BAIATUR RIDHWAN,628 MASEHI
PADA tahun 628 masehi (bersamaan 6hijrah), berlaku ketegangan antara kaum muslimin dan puak Quraish. Apabila Saidina Uthman dibunuh, Nabi Muhammad dan pejuang-pejuang islam telah mengadakan satu sumpah setia penting yang dikenali dengan BAIATUR RIDHWAN, dibawah sepohon pokok yang dinamakan pokok Ridhwan, untuk menangani isu itu.Sumpah setia dibawah pokok inilah membuka jalan termeterainya perjanjian Hudaibiah yang terkenal itu.
2.REVOLUSI IRAN,1979
PADA tahun 1979, pemimpin dalam buangan Iran, Ayatullah Ruhollah Khomeni, mengadakan mesyuarat dengan penasihat-penasihatnya dibawah sebuah pohon Epal di Neauphle-le-chateau,Perancis bagi merancang revolusi yang tidak lama kemudian menjatuhkan pemimpin diktator Shah Iran.
3.PROTEST DI ENGLAND,1765
APABILA pihak British mengenakan cukai setem dinegeri-negeri jajahan pada tahun 1765, kumpulan rakyat yang menamakan diri mereka The Son Of Liberty bermesyuarat untuk memprotes,dan mesyuarat pertama diadakan dibawah sebuah pokok Elm di Boston. dan mesyuarat-mesyuarat seterusnya dibawah pokok tersebut sehingga ia dinamakan "liberty tree" (pokok kebebasan). Marah dengan tindakan itu,kerajaan British menebang pokok tersebut, tetapi The Son of Liberty menggantikan nya dengan "Liberty Pole" (tiang kebebasan)