Penamaan Calon Parlimen Bukit Gantang hari ini berlangsung dalam suasana yang penuh meriah dan hebat sekali,terutamanya perarakan calon Pas ,MB Nizar disertai ribuan lautan manusia terdiri dari penyokong Pas,Dap dan Keadilan.Gambar2 sebelah adalah yang sempat aku ambil semasa berada di pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping dari mula hingga habis majlis tersebut.Penyokong Pakatan rakyat melebihi jumlah penyokong Barisan Nasional.Penyokong BN juga didapati bergaduh sesama sendiri tak tau pasal apa,berebut duit kot agaknya.Aku juga ternampak kelibat Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaludin yang cuba bersalam dengan penyokong pakatan rakyat, tapi di booo dengan kata2 rasuah,rasuah,rasuah,Begitu juga dengan Mat Taib dan Tengku Adnan Tengku Mansor turut disorak dengan kata2 yang sama. Tun Mahathir yang berkata nak kembali semula ke dalam tong najis umno tidak sedikit pun memberi kesan kepada Pakatan Rakyat jika dilihat kepada ribuan lautan manusia yang hadir menyokong Calon Pas ,MB Nizar di pusat penamaan calon tersebut.Turut kelihatan Hantu Topeng Altantuya yang berkeliaran disekitar pusat penamaan calon.Rakyat tanpa mengira bangsa bersatu hati memberi sokongan padu kepada MB Nizar yang jadi calon taruhan Pas yang juga mungkin menjadi kayu pengukur kalah -menang dalam menentu krisis Perak yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan