Isnin, 9 Mac 2009

Setahun Pakatan Rakyat





Setahun sudah Pakatan
perintah

Macam-macam cerita
macam-macam ada


Banyak duka daripada suka


Angkara umno yang durjana


Pembelot pakatan yang juga celaka


Tidak bermaruah tidak beragama


Selangor negeri kaya raya


Diragut pakatan umno tak bermaya


Buka cerita adu dan domba


Air murah tak jadi harga


Rakyat miskin jadi gembira


Umno pendam dendam membara


Cari jalan fitnah sentiasa ada


Lembu korban jadi mangsa
Angkara Khir Toyo yang tak dapat rasa

Kelantan oh kelantan sepi tanpa berita
Berkat pengalaman 19 tahun perintah
Fitnah dianggap perkara biasa
Hanya Brahim Ali Pas terkena
Air tenang jangan di sangka tiada buaya!

Kedah yang tenang mula berkocak
Surat layang dijadikan bukti
Konon derhaka pada Raja
Umno teriak Raja tak nampak

Pulau pinang Pakatan pegang
Timbul cerita ada yang lapar wang
Lupa janji, lupa diri lebih baik berenti

Perak oh Perak
Boleh beli boleh lelong
Bukan perak bukan emas
Tawar menawar pembuka cerita
Harga ditawar tanda setuju
Loceng berhenti tanda setuju
Dibawa lari tanpa berita
Dengar kabar sakit mata
Hilang sakit dapat harta
Dapat harta melompat pula

Pengkhianat Pakatan bermarajalela
Surat sumpah 50 juta
Nama Najib didakwa sama
Macam cerita Altantuya
Timbul lagi cerita derhaka
Adun melompat punya angkara
Hilang negeri putih mata
Pembelot Pakatan memang celaka,celaka,celaka!
Maruah Sultan menjadi hina
Maruah mufti turut tercela
Memihak umno keluar fatwa
16 sept jangan diulang
Nanti negeri Pakatan bertambah hilang
Genap setahun Pakatan sambut gemilang
Dalam ketawa menangis panjang
Untung secupak rugi segantang
Tak masuk dewan tak boleh bersidang
Diugut samseng nak bagi penendang
Hati cekal dan kental nak menentang
Bersidang juga di bawah beringin rendang
Syabas MB Nizar teruskan perjuangan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan