Aku tak kisah sapa menang jawatan apa pun dalam umno, sebab semua tu hanya untuk orang umno.Khir toyo dan Mukriz dah kalah rebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Khairy menantu Pak Lah dah menang jawatan tersebut,menunjukkan perwakilan umno masih sayang dan suka pada Pak Lah sebagai Perdana Menteri.Tun Mahathir tentu kecewa kerana anaknya dah kalah pada menantu Pak Lah yang dibencinya itu termasuk Pak Lah sendiri Tun Mahathir meluat.Bagaimana pula dengan Khir Toyo tentu cepat2 lari balik rumah tengok bininya ada dirumah atau ada di mana.Surat khabar sebelah kawan aku berbangsa cina yang bagi kat aku, katanya "cuba hang tengok ni bini khir toyo terlibat seleweng duit BALKIS berjumlah RM7,317,000" banyak tu.Cash money dalam envelope rm100,000 mana dia dapat.Akhbar sebelah keluaran hari ini ,Guang Ming Daily.Kes ini dibongkar dan berlaku sebelum Pakatan Rakyat ambil alih negeri Selangor.Yang aku hairan kenapa tak keluar dalam surat khabar berbahasa melayu, mungkin takut kena gantung macam Harakah kot.Kalau Khir toyo rasa bininya tak salah sila saman akhbar tersebut.Kemana semua wang tu hilang dan dibelanjakan,Khir Toyo dan bininya kena bersihkan diri kalu yakin tak bersalah.Khir Toyo sekarang betul2 sudah jatuh ditimpa tangga,mungkin ada pihak2 tertentu mau khir toyo kalah atau khir toyo dah tak laku dalam umno.Pihak polis dan Sprm kena siasat laporan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan