Jumaat, 27 Mac 2009
Media massa Umno Tak Umno ,Semua Bagi Muka Kat Umno
Walaupun Umno berada pada tahap yang paling teruk mendapat sokongan rakyat, tapi semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno didapati semua media masa memberi liputan meluas pada parti Melayu yang dah nazak itu.TV3 tak payah cakap la memang dia punya.Siaran berbayar Astro pun turut memberi liputan meluas hingga menenggelamkan kepanasan Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Aii buat sementara waktu.TV Bernama yang disiar melalui Astro tu pun macam TV umno juga, siap nyanyi lagu umno lagi bila nak siar berita. Berita Awani kepunyaan Astro tu pun sama siap ulas berjela2 mengenai persidangan umno.Ini menunjukkan betapa prihatinnya berita2 tv ni mengenai umno.Aku rasa keistimewaan begini tidak akan dapat kepada lain2 parti hatta kepada rakan sekutu rapat umno seperti MCA dan MIC. Parti2 dari Pakatan Rakyat jangan cakap la,kalu ada pun boleh kira dengan jari la.Aku dah naik meluat 3-4 hari ni tengok siaran berbayar macam Astro,rasa macam jadi TV umno ja layaknya bila tengok berita.Rasa rugi pula aku bayar tiap2 bulan, kalu macam ni punya style buat berita.Mengapa siaran berbayar ni tak bagi peluang yang sama macam umno dapat kepada parti2 dari pakatan rakyat bila mereka buat perhimpunan agung?Ulasan mengenai umno dari pagi sampai tengah malam, diulasnya tak abis2.Macam ni punya peluang umno dapat tu pun masih takut kepada akhbar kerdil seperti Harakah dan Suara Keadilan sampai kena gantung permit penerbitan 3 bulan.Untung hang pa umno, dalam zaman umno tengah nazak ni ,masih laku dan jadi top dalam siaran tv.Aku harap Astro turut bagi ruang yang panjang lebar kepada parti2 pakatan rakyat macam umno dapat, kena ingat la sikit siaran Astro ni yang bayar bukan umno saja, orang pakatan rakyat pun bayar juga!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan