yang dituduh bersalah terlibat politik wang untuk menang jawatan yang mereka tandingi. Khir toyo didapati tak salah,untung hang Khir toyo. Tengku Ahmad Rithaudin pengerusi Lembaga Disiplin Umno dah hukum Ali Rustam tak boleh tanding jawatan Timbalan Presiden Umno, manakala Khairy Jamaludin diberi amaran saja tapi malu tetap malu walaupun hukuman beliau tak seteruk Ali Rustam. Pak Lah yang baru dapat anugerah kedoktoran dari UIA tentu rasa terkilan dengan hukuman beramaran keatas menantunya itu. Tapi Ali dan Khairy beruntung kesalahan mereka hanya salah dalam UMNO saja. Di luar umno mereka boleh terbang bebas kerana pihak polis dan SPRM tidak boleh menyiasat politik wang dalam umno,kesalahan mereka hanya mahkamah umno saja yang boleh jatuh hukum! Untung, memang untung jadi orang umno buat rasuah,sogok wang,pakai ejen beli undi perwakilan jadi kebal di luar umno.Aku hairan la dengan Khir toyo ni,di luar umno dia kebal, dalam umno pun dia kebal undang2, siasat lah dua tiga lapis pun,pusing kot mana pun dia boleh terlepas ,licik macam belut politik dia,dedah makan rasuah dua bukit pun dia mesti tak kena dakwa. Tengku Ahmad Rithaudin kata "mereka hanya langgar etika parti", tu saja jadi bukan jenayah la muka2 ni. Ali Rustam yang jadi Ketua Menteri Melaka tak rasa malu ka,tak berasa nak letak jawatan ka dengan hukuman mahkamah umno tu, hang tak rasa apa2 ka Ali woii.Kalu di Jepun dah terjun bangunan dah, dah buat harakiri dah Ali oiii. Nasib hang la Khairy kena warning nasib baik tak kena penampaq Tengku, kalu tak tentu Khir Toyo dan Mukriz gelak lagi deras ,sebab depa dua rasa dah boleh potong hang rebut Ketua Pemuda. Rakyat Malysia semua dok perhati apa yang jadi dalam umno hari ni ,nampak sangat politik cantas berjalan lancar sebelum Najib jadi PM.Najib dok kumpul oarang dia sebelum pemilihan lagi, Pak Lah tentu sedar semua ni ,tapi apa boleh buat kain pelikat Pak Lah pun dah gulung sampai ke pusat dah, dah habih gulung dah. Pengundi2 Bukit Selambau dan Bukit Gantang tengoklah dengan apa yang jadi kepada pemimpin umno ni hang pa nak undi lagi ka puak2 ni..Dalam kita semua dok bergelut lawan ekonomi gawat ni, barang tak turun harga pemimpin2 umno mempunyai wang yang banyak untuk ditaburkan dalam pemilihan umno.Puak2 ni tak pikir pun akan kesusahan rakyat yang semakin perit dalam kegawatan ekonomi.Mereka mempunyai banyak WANNNG...mana mereka ambil? Cuba tanya Ali dan Khairy yang jadi kambing hitam dalam umno...Azalina tentu senyum sampai telinga sebab dia pun terselamat..
tuan misai
BalasPadamsorry saya tak dapat keluarkan nama tuan dari senarai pengikut seperti yg diminta, sebenarnya saya pun tak pandai sangat.
biarkan ajelah nama tu kat situ tak ganggu ape-ape kan. cuma saya ade satu cara kalau nak buang tapi semua termasuk 3 pengikut yang lain turut hilang (maksud saya remove kan aje)... jd tak payah lah ...