Isnin, 23 Mac 2009

Kenapa Umno Jadi Penakut Kepada Akhbar Harakah Dan Suara Keadilan?

Besok bermulanya perhimpunan Agung Umno.Dalam keadaan umno yang kelam kabut dengan rasuah politik wang menjelang Perhimpunan tersebut ,KDN bertindak begitu bodoh dan bingung sekali dengan menggantung akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan daripada dicetak untuk tatapan rakyat yang dahagakan maklumat yang berlainan daripada akhbar arus perdana yang menyokong umno. Walaupun sekarang ramai rakyat dah celik IT dah pandai dapat maklumat dari internet umno masih menganggap akhbar Harakah dan Suara Keadilan masih menjadi musuh utama parti Umno dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Umno mau rakyat jadi buta maklumat mengenai umno yang sedang nazak itu,yang sedang bergelut dengan perebutan kuasa sesama pemimpin dalam perhimpunan umno. Entah pemimpin umno mana yang syorkan kedua2 akhbar tersebut digantung daripada menyiarkan penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan macam2 skandal pemimpin umno ,sampai jadi begitu pengecut dan penakut kepada Harakah dan Suara Keadilan. Bermula dengan merobohkan Plak di Ipoh, kini umno mula tunjuk taring terhadap akhbar2 suara rakyat yang menjadi nadi suara pakatan rakyat untuk dihapuskan sedikit demi sedikit daripada tatapan rakyat.Secara tidak langsung menunjukkan kuku Najib sebagai PM telah mula menonjol untuk mengawal media pro pakatan rakyat daripada terus menyiarkan berita2 panas dan penyalahgunaan kuasa umno-bn dalam kerajaan.Tindakan bodoh KDN ini boleh menjejaskan sedikit kempen pakatan rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sekiranya Pas dan PKR tidak bertindak segera mencari alternatif lain untuk melawan umno-bn yang menguasai media di negara ini.Umno mau bau busuk parti umno ditutup daripada disiarkan oleh kedua2 akhbar tersebut,tapi tindakan KDN itu dianggap sudah terlewat kerana bau busuk parti umno tak dapat lagi nak ditutup dengan tudung saji.Bau busuk umno dah sampai ke Paris pun.Bangkai semut boleh la sembunyi celah jari tapi kalau bangkai gajah nak tutup dengan apa?Umno-bn gantung Harakah dan Suara Keadilan macam gantung Ali Rustam daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pula rasanya.Ingat umno, semakin kuat umno mengcengkam kuasa rakyat ,semakin kuat juga lah rakyat akan ajar umno dalam pru-13 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan