Jumaat, 13 Mac 2009
Isu Air Di Selangor,Kerajaan Pusat Tamak Dan Zalim
Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan daripada umno-bn dalam pru-12 yang lalu, kadar tarif air di Selangor telah menjadi murah dan disambut baik oleh seluruh rakyat yang dahagakan perubahan dalam pemerintahan terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan untuk rakyat.Kadar air sekarang ialah rm1.33/m3.Turun 10% pada tahun 2009.Kerajaan pakatan rakyat di Selangor memberi air percuma 20meter padu pada setiap bulan.Masalah mula timbul apabila kerajaan negeri Selangor yang mau ambil alih syarikat2 konsesi air seperti Syabas,Puncak Niaga,Splash dan Abbas tidak dipersetujui oleh kerajaan persekutuan yang ada kepentingan tertentu demi menyelamatkan syarikat2 kroni tersebut yang mempunyai hutang yang banyak.Sekiranya kerajaan negeri Selangor ambil alih syarikat konsesi air tersebut kadar tarif air akan terus menjadi lebih murah dari setahun kesetahun.Pada tahun 2011 turun 20% dengan kadar rm1.18/m3.Tahun 2013 turun 25% dengan kadar rm1.11m3, lebih murah daripada kadar tarif yang sedia ada.Rakyat Selangor mau air murah ka air mahal?Mengapa syarikat konsesi air tolak tawaran kerajaan negeri Selangor untuk ambil alih urus air di Selangor?Taukeh2 air ni hanya pentingkan keuntungan yang tinggi tanpa memikirkan rakyat yang sedang gawat ekonomi sampai nak berbelanja pun sekarang ni rakyat amat perit kerana harga barang keperluan tidak turun.Dilaporkan gaji CEO Puncak Niaga Holdings Berhad yang juga jadi CEO Syabas rm5.1 juta pada 2007.Sebulan jadi rm425,000.00! Semua dia sapu. Kenapa orang macam ni kerajaan Federal bela?Patut la puak2 ni tak bagi kerajaan negeri Selangor ambil alih urus air di Selangor.Orang macam ni kah yang umno-bn nak bela sangat,yang makan gaji buta hasil duit rakyat Selangor yang bayar air ni.Syabas menjadi kaya -raya,rakyat jadi papa kedana dalam keadaan ekonomi yang gawat ini.Rakyat Selangor wajib menentang dengan sekeras2nya projek penswastaan air ini yang hanya menguntungkan syarikat2 konsesi air yang sudah tentu ada kepentingan dengan umno-bn!.Isu air pun umno-bn nak politikkan hanya semata2 negeri Selangor diperintah oleh Pakatan rakyat.Aku nak tanya orang umno kat Selangor ni tak mau ka bil air bulan2 jadi murah, semua orang umno kat Selangor ni kaya macam Khir Toyo ka?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kalau Pakatan Rakyat berkuasa pula nanti. Agak2nya kepada siapa pula konsesi air itu akan diberikan? Atau apa pula formula baru pengurusan air?
BalasPadamtender air maybe akan diberikan pada mereka yang dahaga seperti ezam ! .. ezam memang patut diberikan tender tu sebab dia kan banyak formula !! formula dia suma ada dalam kotak yg dibawa kehulu kehilir.. katanya dalam kotak tu ada formula Dato Sri Anwar.. kih kih kih !!
BalasPadamgaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail RM5.1 juta setahun.... fuuyo...
BalasPadamgaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.