Rabu, 12 Mei 2010

RM10 juta woi iklan ja..mana dapat duit ?


Hanya dengan dua mukasurat iklan dalam suratkabar New York Times berjumlah RM1.5 juta Rosmah Mansor dapat paparkan wajahnya dan dakwa pulak dirinya wanita pertama negara.Malaysiakini dalam beritanya SPRM digesa siasat 'iklan Rosmah' melaporkan antara lain:

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia".-Malaysiakini.

SPRM boleh siasat mana Pas Kelantan dapat duit RM4 juta nak lawan Umno tapi hanya sehari saja Rosmah Mansor habiskan duit untuk iklan RM1.5 juta sapa bagi?Mesti siasat jangan libatkan Umno semua kes masuk dalam gulung kain!

Ngo-Ngo Melayu macam Perkasa hanya sibuk buat report polis ke atas Tok guru Nik Aziz sebab kata boleh politik dalam Masjid, tuuu 'wanita Melayu Pertama' hangpa ,idola hang pa perabih duit berjuta nak iklan ja awat dok senyap?

Selasa, 11 Mei 2010

'Melayu bangkit' atau ungkit?

Satu pertubuhan yang namanya Gertak(Gerakan Kebangkitan Rakyat) yang turut dapat sokongan agensi kerajaan negeri Terengganu iaitu Institusi Intergriti Terengganu nak buat program 'Melayu Bangkit'. Maknanya turut dapat sokongan kerajaan negeri Terengganu yang diperintah Umno. Program itu akan dibuat pada tarikh berdarah 13 Mei.

Apa dia isi kandungan program 'Melayu Bangkit' ?Hanya Umno dan NGO yang pro Umno saja yang tahu nak bangkit apa dalam program itu. Kalau bangkitkan semangat perkauman tidak cukupkah dengan agensi kerajaan pusat yang buat Biro Tatanegara?BTN bukan setakat tiupkan semangat perkauman malah kakitangan kerajaan diajar supaya membenci parti-parti yang bukan menyokong Umno-Bn termasuk Pas.

Orang Melayu memang kena bangkit .Dah lama orang Melayu diajar supaya mendewa-dewakan Umno sebagai parti keramat orang Melayu.Akhirnya orang Melayu terus ketinggalan kerana terlalu percayakan Umno sebagai nyawa mereka.Yang kaya pemimpin-pemimpin Melayu Umno tapi orang Melayu terus ketinggalan. Terengganu yang kaya hasil minyak tapi bagaimana nasib orang Melayu di Terengganu yang terus ketinggalan dan masih berada antara negeri -negeri paling miskin di Malaysia. Adakah orang Cina yang perintah Terengganu yang menjadikan Melayu Terengganu terus hidup di bawah paras kemiskinan?

Kalau setakat buat program nak ungkit-ungkit hak-hak Melayu dah banyak yang hilang, yang menghilangkan hak Melayu tu adakah bukan Melayu?Kenapa Dasar Ekonomi Baru yang dah habis tempoh itu gagal senangkan orang Melayu? Yang menggagalkan hak Melayu tu sapa? Selama 52 tahun kita diperintah Melayu Umno-Bn kita nak salahkan orang lain kenapa?

Umno buat dasar nak tolong Melayu miskin tapi dalam masa yang sama jadi along dan lintah darat siksa anak-anak Melayu yang belajar di IPTS dan IPTA. Pinjamkan duit untuk anak-anak Melayu belajar tapi kena bayar bunga. Biasiswa yang dulunya jadi keutamaan dah ditukar dalam bentuk pinjaman. Kerja sampai tua baru habis bayaq.

Umno jadikan anak-anak muda Melayu lalai dengan hiburan, leka dengan keseronokkan sampai boleh panggil artis luar negara Pitbull untuk lalaikan rakyat dengan hiburan sampai 12 jam tanpa henti! Rakyat yang dilalikan dan dilekakan dengan hiburan ini senang untuk Umno cucuk hidung mereka supaya iakan saja apa Umno kata.

Orang Melayu kena bangkit untuk ajar Umno yang jadikan syarikat Apco Worlwide yang pro Zionis Israel sebagai konsultan untuk terus berkuasa dikalahkan dalam pru akan datang. Orang Melayu kena bangkit daripada tidur lena yang panjang bahawa tanpa Umno orang Melayu boleh terus dapat bersaing dengan kaum-kaum lain untuk maju dalam semua aspek kehidupan.

Orang Melayu tak perlu nak ungkit benda yang dah terlepas. Terlepas pergi ke mana kalau tidak kepada pemimpin Umno! Percayalah tak ada pemimpin Umno di Selangor yang hidup melarat walaupun tak dapat jadi pemerintah. Selama 52 tahun Umno berkuasa di Selangor mereka dah dapat hidup kaya raya , mewah dengan segala harta yang mereka miliki selama mereka berkuasa. Anak cucu mereka pun tumpang jadi kaya dan mewah.

Orang Melayu kena bangkit lawan fikiran yang dewakan Umno bukan ungkit. Pemimpin Umno makan daging kita makan tulang! Tu pun masih ramai orang Melayu kena tipu dengan Umno. Umno mahu gambarkan bahawa merekalah jaguh pertahan hak Melayu tapi dalam masa yang sama mereka juga adalah juara pelingkup hak bangsa sendiri.

Berkaitan;
Pas bantah program 'Melayu bangkit'
-Malaysiakini
Program 'Melayu bangkit ' bersifat perkauman-Harakahdaily
MCA wants BN leaders to skip May 13 rally-Malaysian Insider
Pas bidas konsert 12 jam tanpa henti-Malaysiakini

Isnin, 10 Mei 2010

Yang menjahanamkan bangsa Melayu dan Islam ialah Umno -Mat Sabu

Ajk Pas Pusat Mat Sabu sewaktu berceramah di Pandamaran ,malam minggu yang lalu berkata yang menjadi perosak kepada bangsa sendiri bukan orang Cina dan kaum-kaum lain tapi ialah parti yang bernama Umno. Umno bukan takat tak jaga Melayu malah jauh sekali untuk pertahankan syiar Islam. Syariat lagi jauh.

Kata Mat Sabu, sekiranya Karpal Singh jadi MB Johor dan istihar cuti hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad maka akan berlakulah pertumpahan darah tapi disebabkan Muhyidin Yaasin yang jadi MB Johor maka Umno diam tak kata apa.Langsung tak pertahan cuti hari Jumaat yang jadi hari kebesaran umat Islam.Begitu juga di Perlis yang juga kerja buat Umno yang turut tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad.

Begitu juga jika Lim Kit Siang yang istihar bantuan sekolah agama rakyat (SAR) dihentikan maka Brahim Ali akan berguling-guling daripada Kota Bharu untuk buat tunjuk perasaan di Kuala Lumpur tapi disebabkan yang istihar bantuan sekolah agama rakyat itu ialah manusia yang bernama Mahathir Mohamed maka Umno senyap tak kata apa.

Kata Mat Sabu lagi sekiranya Lim Kit Siang juga yang kata pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik wajib diajar dalam bahasa Inggeris maka orang Melayu Umno akan bangun menentang dengan sekeras-kerasnya tapi yang buat dasar tersebut ialah pemimpin Umno maka orang Melayu Umno tak berani bangun untuk menentangnya. Bahasa sendiri pun Umno tak mampu nak pertahan apatah lagi nasib anak bangsa Melayu.NGO2 Melayu pro Umno juga jadi lembik jika libatkan dasar yang tak popular dibuat pemimpin Umno.

Yang jadikan Zionis Israel sebagai 'sahabat' bukan orang Cina dan India tapi pemimpin Umno yang melakukannya.Yang galakkan judi yang jelas haram untuk dihalalkan juga pemimpin Melayu Umno bukan kaum lain!

Kalau nak tengok perangai Brahim Ali yang jadi Presiden Perkasa bila dalam report polisnya yang terbaru terhadap Lim Guan Eng kerana selalu sangat sebut perkataan
Khalifah Umar Abdul Aziz ada di sini.

Ahad, 9 Mei 2010

Dok kira Melayu sampai tua Islam tak mau jaga

Tadi ketika aku tengok berita tv ,Tok Guru Nik Aziz komen isu cadangan judi Piala Dunia yang dicadangkan pemimpin Umno Kelantan dan juga Timbalan Menteri Kewangan ,Awang Adek, kata Tok guru lebih kurang begini;

"Dalam Islam semua bentuk perjudian haram hukumnya. Tapi kalau Melayu semua boleh ,minum arak boleh berjudi boleh sedangkan dalam quran jelas kata arak dan judi tu najis."

Seorang pemimpin Gerakan pulak rakan Umno dalam BN yang aku tak ingat nama kata, "memang tak patut judi Piala Dunia tu diadakan kerana boleh bawa masalah sosial dan jadi isu politik parti Pakatan Rakyat." Tak pa la dia bukan Islam kata lagu tu, kurang -kurang pemimpin parti Gerakan tu tentang juga cadangan pemimpin Umno nak buat judi Piala Dunia.

Tapi lain -lain pemimpin Umno , ulama Umno senyap tak kata apa. Pengarah Jais pun yang jadi juara kata masjid tak boleh guna untuk politik pun tak ulas isu judi Piala dunia cadangan pemimpin Umno. Berpolitik yang tak haram dipertikai tapi judi yang terang haram tak berani kata apa.

Begitu juga dengan Perkasa, Magaran yang kononnya berjuang nak pertahan hak Melayu jadi bacul dan pengecut dalam isu judi yang ditimbulkan Awang Adek. Nak pertahan Melayu tapi kesucian Islam , benda yang haram dalam Islam dihalalkan Umno tapi tak berani tegur. Berjuang apa lagu tu?Dok kira politik dalam masjid tak boleh saja yang Umno pakat nak buat Judi Piala Dunia tak kata apa! Umno -Bn bagi kontrak kat syrikat Apco Zionis pun tak pa. Semua tak pa. Laju dan deras tak kena tempat. Dok kira Melayu sampai tua Islam tak mau jaga.

Baca juga;
Pemuda Pas gesa Perkeso batal pelaburan Carlsberg-Malaysian Insider
Sudah-sudahla menyambar tangan babi-Penarik beca

Kata polis barua Umno kena lokap , yang jadi barua Zionis Israel macam mana?

Dalam berita Malaysian Insider, Label polis barua Umno ,pemimpin pemuda Pas bermalam di lokap melaporkan;

Gara-gara menggunakan perkataan “polis barua Umno”, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat ditahan dalam lokap sepanjang malam tadi.

Beliau dilepaskan tengah hari ini selepas ditahan lebih sembilan jam di Balai Polis Johor Baru Utara.

Segala-galanya tercetus selepas beliau mempertikaikan tindakan polis membuat sekatan jalan di Taman Dahlia, Kempas Johor Baru malam tadi ketika ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengapa perlu begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan raya di sini?

“Adakah kerana yang memberi ceramah itu pembangkang maka mereka (polis) membuat sekatan jalan raya?” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimana pulak dengan UMNO-Bn yang bagi 'sumbangan' yang cukup besar kepada APCO Worlwide berjumlah RM77 juta talibarut Zionis Israel , adakah mereka bukan barua Zionis Yahudi?

Baca juga;

Sebut Altantuya, AMK Pahang ditahan polis-TVSlangor.com

Sabtu, 8 Mei 2010

Rais Yatim meludah ke langit


Kata Menteri Penerangan ,Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim orang Melayu jangan lupa asal-usul, kena taat kepada Raja-Raja Melayu dalam berita Bernama/mstar Online -Orang Melayu Perlu Sedar Asal-Usul, Elak Pertikai Institusi Raja ;

"Pokoknya orang Melayu sudah lupa asal-usul dan dahan bergantungnya. Orang Melayu sendiri harus sedar, penjelmaan sejarah harus kita pegang dengan kukuh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi dan jabatan yang menyumbang kepada Pameran Keranda di Muzium Negara di sini semalam.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan semasa di mana rakyat kini semakin berani mempertikaikan titah Sultan dan Raja serta konflik dalam sistem beraja itu sendiri.-Bernama/Mstar Online.

Pemimpin Umno hanya nampak Melayu yang tak sokong Umno sebagai penderhaka kepada Sultan dan Raja Melayu sedangkan yang cabut kekebalan raja-raja Melayu, yang tabal raja Melayu tengah padang di Kelantan , yang hina Sultan Terengganu selepas pru -12 ialah pemimpin Umno dan Melayu Umno! Rais Yatim kena cari modal lain selain kaitkan orang Melayu yang tak sokong Umno sebagai penderhaka raja-raja Melayu dalam berpolitik. Dah besaq panjang dah orang Melayu pon tau sapa yang cabut gigi dan geraham raja -raja Melayu kalau bukan Umno!

Hanya Melayu Umno bebas hina raja-raja Melayu tak dianggap penderhaka Sultan.

Ribuan anak muda hadir himpunan Palestine di Shah Alam



Ribuan manusia hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestine di Stadium Malawati , Shah Alam malam ini. Program yang bermula siang tadi jam 5 petang itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam mendapat sambutan hebat terutamanya golongan muda yang bencikan kekejaman Zionis Israel di Palaestine.

Nampaknya kesedaran golongan muda Islam berkaitan isu antarabangsa begitu hebat dan tak dijangkakan .Mungkin penangan Umno-Apco menyebabkan kesedaran ini yang menjadi punca bertambahnya kebencian golongan muda terhadap Zionis Israel.

Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan kumpulan muzik yang menyanyikan lagu-lagu yang ada kaitan dengan Palestine, ceramah dan pertunjukkan video kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam Palestine dipertontonkan kepada ribuan hadirin yang hadir.

Upah escort jumpa pegawai imigeresen RM41.

Hang pa percaya ka kalau aku cakap nak jumpa pegawai imigresen kat airport Subang kena bayar RM41 . Kes nya begini. Seorang majikan yang nak hantar pembantu rumahnya pulang ke kampung halamannya ke Medan hari ini berakhir dengan pembantu rumahnya ditahan pegawai imigresen dan dibawa ke pusat tahanan sementara warga asing di Kompleks PKNS Shah Alam..

Kesalahan pembantu rumah tersebut ialah pas permit kerjanya tamat tempoh pada 23 april yang lalu.Tiket penerbangannya ke Medan dibatalkan dan pembantu rumah tersebut ditahan di bilik pegawai imigresen .Pembantu rumah tersebut menelefon majikannya yang berada di bahagian luar tempat perlepasan memberitahu pasportnya ada masalah sebab tak bayar duit duduk lebih tempoh permit dan tak dibenar pulang ke negaranya.

Majikannya pergi ke kaunter pas keselamatan untuk masuk berjumpa pegawai imigeresen yang tahan pembantu rumahnya untuk buat penyelesaian.Mula-mula tak dibenarkan masuk dengan alasan pegawai tu sibuk. Selang beberapa jam atas bantuan seorang kakitangan keselamatan majikan pembantu rumah tu dibenarkan masuk tapi kena bayar upah escort sebanyak RM41. Bayaran tersebut diberi resit bayaran oleh pihak berkuasa Malaysia Airpot Berhad. Baru aku tau ingatkan nak jumpa pegawai imigeresen yang dibayar gaji oleh rakyat tu bukan percuma!

PERKESO ada share dalam syarikat Calrlsberg ?

PertubuhanKeselamatan Sosial (Perkeso) dikatakan ada saham dalam syarikat arak iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.Anda boleh tengok di sini dan di sini. Tak dapat aku nak copy n paste.

Baca juga;
PERKESO dalam syarikat arak-harakahdaily
Mufti diminta nyatakan hukum judi bolasepak-Harakahdaily

Jumaat, 7 Mei 2010

Parti cadangkan judi 'world cup' nak rampas Kedah

Umno-bn di Kedah berangan-angan sakan nak rampas Kedah daripada tangan Pakatan Rakyat yang perintah Kedah. Caranya tak lain tak bukan dengan pujuk dan buat tawaran kepada adun-adun yang sudah tentu bukannya daripada Pas untuk bentuk kerajaan baru secara mudah dengan beli mana-mana adun yang laparkan wang dan tidak ada prinsip dan maruah.

Inilah cara paling mudah dan berkesan kerana Umno dah tak sanggup lagi tunggu hingga pilihanraya umum akan datang untuk rampas Kedah tu pon kalau rakyat kembali sokong Umno-Bn parti yang halalkan judi 'world cup' dan bersahabat dengan talibarut Zionis Israel ,APCO! Sapa yang rasa nak tambah-tambah dosa sokong parti Umno yang lawan hukumTuhan , yang ubah benda haram jadi halal sokonglah. Sapa yang rasa mahu terus kekalkan Pakatan Rakyat berkuasa pon boleh terus sokong .Ini demokrasi ,rakyat yang berkuasa bila kerajaan negeri dibubarkan. Undi rakyat penentu siapa yang mahu mereka pilih .

Berkaitan;
BN Kedah: Samada kerajaan baru atau kerajaan tumbang-Malaysian Insider

Bukan takat Pak Lah semua kena dijatuhkan !

Siapa berani kata kempen jatuhkan Pak Lah yang pernah jadi PM adalah salah. Siapa yang tak kenal dengan tokoh dan pelopor Islam Hadhari yang dah berkubur itu? Adakah salah jatuhkan pemimpin seperti Pak Lah yang bagi percuma dua telaga minyak di Sarawak kepada Brunai bernilai RM320 bilion sebagai pertukaran supaya Brunai tidak menuntut Limbang menjadi haknya?

Umno team Najib semasa era PM Najib jadi Timbalan Perdana Menteri turut mahu cepatkan Pak Lah dijatuhkan .Tun Mahathir turut buruk-burukkan Pak Lah semasa Pak Lah jadi PM. Dah berenti pun Tun Mahathir terus serang Pak Lah bertubi-tubi tah apa penyakit dalam badan Tun Mahathir hanya Tuhan saja yang tahu kenapa dia benci sangat dengan Pak Lah!

Menjadi kerja dan kewajipan pulak kita sebagai rakyat yang prihatin untuk jatuhkan dan kalahkan Umno-Bn yang bersubahat dengan syarikat agen Zionis Israel ,Apco. Menjadi satu kerja jugak kepada kita yang mahu berfikir bahawa pemimpin Umno halalkan yang haram .Pemimpin Umno bukan takat lawan dalam pilihanraya tapi turut lawan hukum Allah SWT! Yang berani pinda hukum Allah dan ketetapan Allah di Malaysia ialah pemimpin Umno! Contoh Timbalan Menteri Kewangan yang beragama Islam Awang Adek cadangkan judi halal untuk piala dunia.

Berkaitan ;
RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya-Husam (Harakahdaily)

Khamis, 6 Mei 2010

Umno ,dulu ,kini dan selamanya taik judi!

Adakah Melayu Umno, ulama Umno dan ustaz-ustaz Umno termasuk mufti yang menyokong Umno tak rasa apa-apa apabila Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek yang lahir di negeri yang bergelar Serambi Mekah cadangkan adakan 'judi halal' untuk Piala Dunia yang akan berlangsung tak lama lagi? Dalam Islam semua bentuk perjudian adalah terang dan jelas hukumnya haram. Tidak ada istilah judi haram dan judi halal hanya Umno yang amalkan politik suku agama suku saja yang kata macam tu.

Aku dah kata rugi dok saja dalam Malaysia ni kalu tak lawan Umno yang asingkan agama dan politik walaupun sehari! Kata Awang adek dalam laporan Malaysiakini Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia;

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.-Malaysiakini

Aku berharap sangat-sangat supaya semua mufti yang makan gaji dan elaun bantah sekeras-kerasnya cadangan seorang pemimpin Melayu -Umno yang beragama Islam untuk halalkan pertaruhan judi 'world cup' akan datang.

Adakah orang Melayu yang sokong Umno tak rasa bedosa sokong parti yang halalkan judi!

Menarik;
Guan Eng: I only wanted to learn value practise d by Caliph Umar- Malaysia Today