Negara kita kini dilanda pelbagai bala yang membimbangkan kita semua.Bala panas kering yang melampau,hutan terbakar,jerubu yang bisa menjejaskan kesihatan kita.Pemimpin politik jugak dilanda bala mungkin kerana mereka cakap tak serupa bikin ,perebutan kuasa dan jawatan demi kroni ,projek dan anak bini.
Lihat 7-3-14,Mahkamah Rayuan Putrajaya jatuhkan hukuman penjara setelah bersidang dua hari dengan tiga hakim jatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR kerana kononnya 'meliwat' bekas pembantunya si Saipul.Sebelumnya pada 9-1-12 hakim Mahkamah Tinggi Jalan Duta mendapati Anwar tidak bersalah dalam kes tersebut dan melepaskannya.
Kata kawan aku.."jika betoi pun Anwar buat kerja kutuk tu sudah tentu dengan suka sama suka tapi kenapa si Saipul tak dikenakan hukuman yang sama?"
Najib dan BN sudah tentu gembira dengan hukuman yang dikenakan kepada Anwar,bergembira kerana berjaya sekat kemaraan Anwar di PRK Kajang yang kini ditandingi Dr Wan Azizah isteri Anwar.Masih ingat dengan projek 16 Sept di mana ahli parlimen BN dah berpakat untuk berpaling tadah tapi gagal apabila Umno bawa lari ahli parlimen BN untuk makan angin di Taiwan.Begitulah politik...
Hukuman yang dikenakan kepada Anwar tak mampu ketawakan Najib ...ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Boeing 777 MH 370 pada Sabtu 8-3-14 didapati lenyap dan jadi misteri hingga ke hari ni..Kini dah masuk hari ke 6 pencarian pesawat malang tu yang bawa 239 penumpang hilang tah ke mana jadi misteri yang 'menakjubkan' seluruh dunia.
Najib makin berserabut kerana ditekan pemimpin seluruh dunia dan media antarabangsa kerana pihak Malaysia yang bercakap kepada mereka beri kenyataan yang berbeza-beza antara satu sama lain.Mereka semakin hilang kepercayaan kepada pentadbiran Najib yang dianggap lemah dan tak tahu apa-apa selain panggil bomoh, bot nelayan,cakap orang tepi laut sebagai pencarian pesawat malang tu!
Apa pon marilah kita terus berdoa semoga kehilangan pesawat Mas MH370 tu dapat ditemui segera.Bala datang tak kira siapa sama ada orang beriman atau tidak ..ni semua akibat tangan-tangan kotor yang berkuasa bertindak zalim kepada rakyat,kepada musuh politik mereka hanya demi untuk terus berkuasa.
Apa yg najib tahu ialah harga kangkung dah yurun dan harga ayam RM1..................kenapa rakyat kata harga barang naik kata najib? Sama ada rakyat yg bodoh atau rakyat yg cuba dibodohkan oleh najib? najib mungkin boleh bodohkan semua org umno atau penyokongnya tetapi najib tak mampu bodohkan semua rakyat mesia.
BalasPadamRakyat dah bijak tetapi pemimpin yg bodoh menipu utk menang pilihanraya.
umno = penipu selamanya
Saudara Misai Merah. Kalau nak suruh Najib-Tuyya ketawa dan bertenaga senang aja, suruh dia minum kopi cap Misai yang di edarkan oleh Pak Syed dari Pekan Teroi, Guar Chempedak. Bila dah ketagih dia kan mengumum kan kenaikan harga barang barang dengan megitu drastic sekali, bukan nya apa kerana nak menambah pendapatan Negara yang sudah semakin kering.
BalasPadamtulisan yang bolih menyedarkan kita semua rakyat Malaysia.Kita semua merasakan panas yang aneh,jerebu yang mendatang.kekringan air takungan.Apakah kita masih lagi ego.sombong.angkuh denagn kekuasaan yang ada.apakah kita tidak mencari suatu yang membolihkan kita bersatu dan insaf di atas segala kesilapan .Mohon ampun kepada Allah dan memohon kepadanya untuk kita rakyat Malaysia berdamai dan mendapat keredaan nya.
BalasPadamIni barulah betul jika dikategorikan sebagai Misteri Nusantara. Ada yg mengatakan pesawat mendarat di Nanning, terhempas di sempadan perairan Vietnam, pesawat berpatah balik, pencarian di Selat Melaka serta di Laut Andaman termasuk ke dimensi lain sehinggalah pemakaian bomoh. Dlm pd tu timbul pula isu penumpang yg passportnya asli digunakan oleh identiti dipalsukan. Pelbagai kemungkinan sebab hilang dari radar dimaklumkan. Total electric failure, teroris, human error dan diserang oleh pihak lain. Jika dibuat filem, tidak salah rasanya ia dijangka akan menjadi amat laris. Ia merupakan satu hakikat sama ada berkaitan atau tidak, bahawa kejadian yg sangat aneh ini berlaku hanya tidak sampai 12 jam selepas Anwar dijatuhi hukuman diatas dakwaan yg sangat pelik dan kaedah pembicaraannya juga sangat aneh. Kelihatan ada relevannya, kenapa tidak pesawat lain dan/atau dihari sebelumnya?
BalasPadamMenjadi harapan bersama semoga pesawat itu dan semua penumpangnya dapat ditemui dlm keadaan selamat dan keluarga yg terlibat sentiasa bertenang menghadapi kejadian ini. Wallahu'alam.
Bak kata Hishammuddin, "tak ada yg mustahil di Malaysia ni". PM plak ckp apa? Err, dia pegi beli ayam RM1 (kalau jumpa dia skrg ni aku tibai ngn ayam si PM bodoh itu). Sorry la ye nak mintak bantuan Allah SWT kalau pemimpin cap ayam keje dia asyik aniaya rakyat & musuh politik. Insya Allah, hanya doa org yg tak berdosa & keluarga penumpang yg terdesak akan dimakbulkan.
BalasPadamWonderful post but I was wondering if you could write
BalasPadama litte more on this subject? I'd be very thankful
if you could elaborate a little bit more. Thanks!
Here is my site - coach outlet
Predators vs Aliens itulah satu ibarat pertarungan dua kuasa.
BalasPadamPerebutan kuasa jajah bumi semua Manusia patuh padanya.
Aliens bertahta tamak haloba salah guna kuasa maharajalela.
Manusia engkar melawan membocorkan rahsianya dihapusnya.
Diciptanya banyak Aliens hapuskan Manusia yg cuba heretnya.
Ada Manusia dianiaya tapi dia dapat simpati Predators pembela.
Berperanglah Predators dgn Aliens sangat dahsyat akibatnya....
Senjata Predators paling canggih terkena cantas musnah binasa.
Mangsa hilang entah kemana 2 King Aliens sudah fening kepala.
Tunggulah balak besar timpa kepala baru nak sedar padan muka..