Sabtu, 22 Mac 2014

KJ.nasib baik la Anwar bela hang daripada kena penampaq bomo1Msia.

Negara kita dapat malu hanya kerana kelaku seorang bomoh tua 1Msia..
Tadi di jeti Pelabohan Klang dok sembang dengan tokey feri ke Tanjong Balai,Indone..dia kata .."Kita kalau tengok dalam Fb dalam paper kes MH370 hilang kita jadi lagi penin tak tau mana satu betul.Itu Najib jangan kasi cakap dengan media la..dia buka mulut ja kita semua dapat malu ini kes.Lagi ni aaa U cakap jangan kira bangsa kan..ok itu Bomoh aa bikin kita 1Msia dapat malu..apa mau cakap kalau kita mau pegi luar negara?Kita ada kapal selam..tapi guna bomo maa.Lain negara guna kapal besar dan jet cari tu MH370 bukan guna buluh sama bubu..Lagi itu Bomoh cakap dia semua kenal itu besar punya orang..Zahid Hamidi la,Tun Madey la..sekarang dia orang pon tak mau ngaku kenal itu Bomoh.."

Anwar Ibrahim pulak jadi penampan kepada Khairy Jamaluddin daripada kena penampaq buaya Bomoh tua1Msia Ibrahim Mat Zin;
'Bomoh bubu jangan suka-suka nak tampar orang'-sinarharian online
"Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya.  

Anwar dalam nada kesal berkata, tindakan Ibrahim menggunakan bubu kononnya untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, sangat memalukan.

Malah katanya, ekoran perbuatan Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP itu, Malaysia tiba-tiba menjadi 'terkenal' secara tiba-tiba.

"Tindakan awak sangat memalukan. Awak tidak sepatutnya ingin menampar orang lain.

"Baru-baru ini saya dapat telefon daripada anak Sheikh  Yusuf al-Qardawi, beliau tanya apa yang Malaysia telah lakukan.

"Guna kelapa, bubu untuk cari MH370, ianya sangat memalukan, tetapi saya kata jangan tanya saya, saya tidak tahu menahu pasal bomoh ini," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Oleh itu, Anwar berharap agar MH370 terus berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.

Ibrahim sebelum ini membidas tindakan Anwar yang menggunakan namanya ketika berkempen di PRK Kajang malah tidak menolak untuk memfailkan saman malu terhadap Ketua Umum PKR itu.

Terdahulu, Ibrahim mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

1 ulasan:

  1. kepada KJ jadilah pemimpin yg baikdn dsegani rkyt, jgn trikut-ikut emosi drh muda, bljrlh cra kpimpinan yg brhemh drpd pmipn yg trdhulu,kurgkn brckp srta mjga senstvti hti rkyt bgi kdua blh pihk.Ins..anda akn dhormti rkyat spi keakhr hayt.

    BalasPadam