Ada yang kata apa yang berlaku kepada pesawat MH 370 tu bukan bala tapi kesilapan teknikal,salah pilot,kena rampas....panas kering berbulan2 tu sebab perubahan tiupan angin monsun,jerubu yang mengancam kesihatan tu sebab pembakaran terbuka di Sumatera..pagi ni dok baca Al Quran Tafsir Ar Rahman surah Ash-Shuraa ayat 30 dan 31 yang bermaksud :
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan."
Kini kita pakat solat hajat mintak Allah kabulkan hajat kita supaya fenomena cuaca luar biasa ni kembali normal,mintak hujan turun,mintak MH370 dapat dijumpai dan yang jadi mangsa masih hidup...Apakah ni semua bukan bala hanya fenomena biasa saja ,bukan ujian Allah swt ke atas kita?
Wallahu a'lam
Betul tu....tapi sebelum kita mtk tolong dgn ALLAH Azzawajalla...adalah lebih baik utk kita semua bertaubat dahulu dgn sebenar-benar taubat. Umpama kalau kita nak buat rumah...kita kena bersihkan dahulu tanah tapak untuk rumahnya.....takkan kita nak buat rumah dalam semak belukar.....Insyallah...mudah2an....Allah Maha Mendengar lagi Maha Pengampun.
BalasPadamDah muak nak dengar certa ni.Jap hilang jap hijack jap jatuh jap patah balik jap itu jap ini.Apa punya certa pun kita tak tahu.Baik tenguk P Ramlee lagi baik punya tipu.
BalasPadam