Nampaknya beberapa bekas pemimpin Pemuda Pas Selangor seperti Norman Toha tentu rasa kecewa yang amat kerana calon 'Melayu' Bn di Kajang kalah di tangan Kak Wan.Norman Toha adalah antara penceramah Bn semasa kempen prk Kajang. Ni la puak pejuang Melayu Islam tulen.
Ramai yang persoalkan majoriti yang diperolehi Kak Wan merosot berbanding pru 13.Peratus keluar mengundi jugak merosot hanya 72 peratus berbanding pru 13 sebanyak 88 peratus keluar mengundi.PKR (Kak Wan) dapat - 16,741
BN (Chew Mei Fun) dapat - 11,362. Majoriti 5379.Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil di Kajang.
Saja nak tanya adakah dalam mana-mana pilihanraya kecil parti yang lawan BN menang dengan majoriti besar berbanding pilihanraya umum?Ada ka..?
Penganalisis politik ulas kata majoriti Kak Wan merosot,faktor pertukaran calon tapi mereka patut kaji kenapa BN tetap ditolak pengundi Kajang dengan menjanjikan macam-macam habuan termasuklah bantuan duit BR1M secara bulanan.Malah ada peti undi kawasan Melayu yang kuat sokong Umno turut tumbang di tangan PR dan PKR.
Aku dok tunggu Kak Wan angkat sumpah jadi MB baru Selangor..
Grafik di atas daripada The Malaysian Insider
PRK Kajang - Dr. Wan Norazizah 59.13% Chew Mei Fun (40.12%) dan Peratus keluar mengundi - 72%
BalasPadamPR 13 - YB (bekas) Lee Chin Cheh 56.84% Lee Ban Seng 37.02% Peratus keluar mengundi - 88.36%
Ambil perbezaaan 16% kepada BN, Kajang atau orang Selangor memang bijak mengundi dalam memilih adunnya. Hanya negeri macam Perak, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Terengganu, Kedah dan yang sewaktu dengannya juga yang lebih piang lagi Sabah dan Sarawak rakyat percaya akan BR1M dan boleh diperbodohkan BN