"Jika tidak semua, majoritinya pemimpin UMNO untuk mendapatkan sokongan orang melayu menggunakan isu perkauman.. menghentam orang Cina yang tidak bersalah, tetapi sebilangan besar pemimpin Umno yang sama makan bersuap dari pinggan orang Cina.. cuba cari yang orang UMNO yang tak buat bisnes dengan orang Cina.. Jangan hipokritlah pemimpin Umno.. Saya hanya bantu peniaga2 Cina yang di tipu oleh saudagar Melayu."
Tu aku kata ,Bila yang karat Umno bersuara akan kebenaran sikap pemimpin Umno sendiri maka terjawablah bahawa senjata Umno hanya isu perkauman.Bahasa lebih kasaq lagi ramai yang dok tadah celah kangkang tokey Cina nak pau komisen.Puak ni kaya raya belaka.Hidup Melayu komisen!
Sementara tu Bos Perkasa Braheng Ali kata kat Dap..."DAP terus menerus serang PERKASA sebab DAP setelah bersekongkol dengan PAS, telah menerima negara Islam dan hukum hudud.
"Untuk mengabui kaum Cina, strategi DAP serang PERKASA sebagai rasis. Dengan cara ini, kaum Cina dikelirukan oleh DAP.
"DAP yang merupakan bapa rasis selama ini, ibarat binatang dhab padang pasir, yang kepalanya di sembunyi dalam pasir dan punggung tertonggeng di luar," katanya dalam kiriman SMS kepadaMalaysiakini.
Saja la nak tanya menate dhab dengan katak pisang mana lagi bahaya. Katak pisang sambil lompat sambil kencin. Umno dan Pas dah berapa kali kena kencin dengan Pok Him?
Umno depan Cina cakap Dap kuda tunggangan Pas..depan orang Melayu cakap Pas kuda Dap.Tapi Umno dan Perkasa ingat orang Cina ni bodo..depa bukan macam kita semua isu yang dimainkan Umno depa tak pecaya..kita macam mana?Alaaa dapat duit BR1M gheyau ayaq mata meramu terimakasih kat Umno..depa ingat semua duit Umno tapi sebenarnya tu duit rakyat pembayar cukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan