Rabu, 12 Jun 2013

Najib sedang dibelasah gerombolan Umno yang tak puas hati

Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13

Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.
“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.Baca di sini.

Tertekan, PM akan singkirkan lima pembantu yang kalah PRU13

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.
Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.
Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.-The malaysian insider.
Zainuddin Maidin bekas Menteri menulis dalam Utusan Meloya serang Nazir adik kepada Najib kerana pertahankan CEO Air Asia X Azran yang menyerang Utusan Meloya kerana rasis.Kata Zainuddin Maidin,"Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka BN akan mendapat sokongan orang Cina."Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi Najib dan Umno," tulis beliau.Baca di sini.
Najib kini sedang dihambat keluar daripada jawatan PM yang disandang beliau oleh gerombolan Umno yang tak puas hati dengan Najib dan konco-konconya.Muhyiddin Yaasin diam membisu tak campurtangan..ada peluang ka Muhyiddin nak jadi PM Mee Segera?

5 ulasan:

  1. muhidin banggang bodoh boleh jadi nelayan saja boleh kerana dia menteri pendidikan tak tahu abcd sampai menghancurkan anak melayu dengan tiada peperiksaan di sekolah jadi anak melayu tak mahu belajar ponteng kalau di tanya guru dia jawab tak da exam buat apa pi sekolah ?menteri pendidikan jahil dan murtad terhadap agama dan anak bangsa ini jadi pm rakyat boleh jadi papa kedana dan jahil dalam semua hal kalaulah bangsa melayu tak hapuskan tolol ini malaysia jadi negara yang dijajah muhidin tak layak jadi pm dan menteri pendidikan , tuhan dah sediakan satu tempat khas untuk bahalol ini di neraka

    BalasPadam
  2. ya betul fasal sekarang anak saya pun kata pak peperiksaan tak da lagi buat apa nak pegi sekolah sayapun keliru lalu tanya PIBG sekolah dan guru -guru sekolah dia orang kata sistem ini MUHUDIN satu orang saja sokong orang lain benci katanya ada ibu bapa bawa perkara ini ke mesyuarat PIBG pengetua tak nak jawab dia suruh tanya muhidin otak udang tu habek ke arah manakah muhidin sial ini .

    BalasPadam
  3. MUHIDIN MEMANG DAH MENGHANCURKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA , SAYA BERANI KATAKAN INI WALAUPUN SAYA PENYOKONG UMNO NAJIB HARUS BUAT SESUATU KALAU TIDAK BILA ORANG MELAYU MEMBERONTAK HABISLAH UMNO , KERANA MUHIDIN DAN MAHTHEERLAH UMNO DAPAT SIAL DALAM PRU 13

    BalasPadam
  4. umno perlu hapuskan muhidin dan mahtheer untuk terus berjuang kalau tidak kantoilah kao orang

    BalasPadam
  5. hey muhidin rakyat akan hidup harmoni jika kau dan mahatheer mamakutty mampos

    BalasPadam