Jumaat, 14 Jun 2013

Najib dah nak terpelanting,Ku Li nak jadi PM?

Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepadaThe Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.-The Malaysian Insider
Komen saya dalam FB;
Cita-cita Anwar nak jadi PM dah berkubur ni kita kena terima hakikat melainkan ahli parlimen BN lompat masuk Pakatan.Pakatan pulak dok sembang deraih kata puak lompat parti ni katak puru la,katak ong la dan tak munasabah puak Umno nak lompat mai kat PR.Bila timbul isu ada ahli parlimen BN berjumpa dalam gelap dan berpakat dengan Ku LI untuk jatuhkan Najib dan lantik Ku Li jadi PM hang pa mau ka.Ku LI pulak dilihat dah tak mau lagi jadi Gurkha dalam Umno ,jadi kuli Umno dia pon nak merasa jadi PM macam Anwar..puak Pas yang nak sangat Ku LI jadi PM tentu suka..tapi sapa pulak nak jadi TPM?Kalau Muhyiddin baru sama macam Najib haha

Ingat orang tua tu..Tun Madey nak berdiam diri..Tun dah lama dok rancang nak naikkan anak beliau Mukhriz duduk lebih tinggi hinga jadi PM.Semua orang tau Ku Li musuh ketat Tun Madey sejak sekian lama.Jika Ku Li diterima Bn dan PR sebagai PM baru maka hancur leburlah segala warisan Tun Madey.Tapi kini team Tun Madey juga sedang menibai Najib termasuklah bekas Menteri Datuk Zainuddin Maidee,Utusan Meloya dan blogger Umno yang tak dapat apa2 keuntungan daripada Najib.

Agak-agak la kalau Najib terpelanting Rosmah nak jadi apa.

1 ulasan:

  1. 'kun..kun faya KUN'
    khendak NYA...dgn khendak NYA trjd lah ia..
    tiada khendak sesiapa..TAK sape dpt mghalang NYA

    akhirnya Firaun pasrah dtelan laut Merah
    Abu jahal & Abu Lahap pasrah pd khndak ALLAH
    Gaddafi pon pasrah trbongkang mcm anjing kurap

    Anwar & sesiapa jua WAJIB pasrah
    WAJIB pasrah sparah2 nya kpd khndak ALLAH
    redha..& pasrah kan lahh

    BalasPadam