Sabtu, 8 Jun 2013

Apabila katak berbunyi sudah tahu apa tujuannnya

Jawatan khas dakwa penderhaka perlu diwujudkan
Mahkamah khas dan pendakwa raya khas perlu diwujudkan untuk mendakwa "penderhaka" jika kerajaan berminat untuk menggubal undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.
Peguam dan juga ahli politik Datuk Zulkifli Noordin berkata, wujudnya jawatan baharu ini akan dapat mengelakkan wujudnya konflik kepentingan kerana Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan manakala pendakwa raya khas itu boleh mewakili institusi Diraja.

"Tidak sesuai jika Peguam Negara menjalankan pendakwaan bagi pihak raja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau menyokong cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mahu kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas mengenai kesalahan derhaka kepada raja.

Katanya, sistem perundangan Malaysia perlu diubah untuk disesuaikan dengan undang-undang penderhakaan ini.

"Sudah sampai masanya pendakwaan dibuat oleh seorang pegawai undang-undang yang mahir dalam perundangan kerana selama ini, kadang-kala pendakwaan dibuat oleh pegawai polis dan ini mempunyai beberapa kelemahan," katanya.

Katanya, sehingga sekarang, tidak ada satu pun peruntukan undang-undang yang membicarakan secara khusus mengenai kesalahan penderhakaan.

Sekarang ini, mereka yang dikatakan menderhaka akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 atau pun di bawah Kanun Keseksaan, katanya.

"Masalahnya undang -undang sedia ada sekarang ini tidak mempunyai definisi khusus tentang kesalahan penderhakaan ini," katanya.

Zulkifli juga melontarkan idea bahawa satu Mahkamah Khas diadakan untuk membicarakan kes-kes penderhakaan yang dianggap serius dan hukuman yang dikenakan mestilah berat supaya rakyat tahu kepentingan kuasa raja.

Cadangan untuk penggubalan undang-undang khas ini mula timbul selepas beberapa kes penghinaan rakyat ke atas institusi raja negara ini ekoran kegagalan orang ramai memahami kuasa dan fungsi raja bagi Malaysia. - Bernama
Cuba tanya Zul Kulim undang-undang hina agama lain macam mana.Awat langgar ikut dan ja?Apa sebab katak berbunyi tentu ada sebabnya.Dulu bodek melambung-lambung dapat jadi calon Umno-BN di parlimen Shah Alam tapi kalah teruk..Umno Shah Alam pun tak mau kat Zul..La ni dok riuh itu ini..awat teringin nak jadi Senator ka haha

3 ulasan:

  1. hahaha.. kdg aku nk tergelak. yg si azlin terang2 hina agong, hina allah, hina islam, hina nabi. apehal tak pergi tangkap. polifag umporno.

    BalasPadam
  2. Zul 'NO IF' ni loyar cap ayam! Kalau lantik dia sebagai pendakwaraya khas maka confirm...lingkup sistem perundangan negara.Macamana la Najib dan orang UMNO boleh caya kat malaun sekor ni? 10 perkara yang dia cakap, 12 yang tak boleh pakai!! Katak kalau berbunyi ni memang adalah sebabnya....nak bagi tahu yang dia masih hidup dan tak kena lenyek kereta lagi! Nasib baik Loyar cikai macam ni tak ramai. Mungkin inilah satu-satunya spesis loyar cap ayam yang ada di negara ini.

    BalasPadam
  3. Tahniah la Enche Zol, bagi cadangan berenaeh

    Mola mola sekali agak agak hang Zol, sapa hat hang nak cadang suroh dakwa ataeh jalan DERAKA

    Ni saja nak bagi ingat kat hang Zol ooiii, bukan apa, maklom la hang la ni dok belah OMNO, Pak penakan hang kata orang Melayu OMNO mudah lupa. Kot kot hang pon jadi lupa

    Ni nak habag kat hang Zol,
    Nombot satu- Royalti Petroleum di Kelantan belom selesai Zol
    Jangan DERAKA Zol......... jangan

    Nombot doa- Raja Raja Melayu ni pelindong/payong kapada ugama islam
    Barang siapa becakap atawa berkelakuan menghina atawa merendah/memperlekeh ugama islam BERARTI .... DERAKA

    Hang mau ingat Zol, hang nak bagi cadangan pon hang kerelin kerelin la kat Pak Penakan hang tu, mengkalu dia hanggok baru hang pederaeh, bukan apa Zol silap gaya depa pakat luku kepala hang.

    Teringat pulak Abdullah Munsyi, dia tulis dalam buku. Hukoman orang deraka ni berat, abu tapak rumah dihanyut ke laut, kira macam virus lah, dibimbang berjangkit kapada orang lain pulak.

    Dulu rumah kayu, la ni rumah batu simen Zol.
    Akai hang berenaeh bagi cadangan
    Elok sikit Zol, silap haribulan kena luku

    BalasPadam