Sabtu, 29 Jun 2013

Jika Parti tempang dan ada masalah berpunca dari tarbiah tak berjalan dengan baik,kata ust Idris Ahmad

Ni ustaz Idris Ahmad AJK Pas Pusat yang juga AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG tulih dalam
FB beliau;

Tarbiah Pas Yang Dinamik
Idris Hj Ahmad
27/6/13

Pas semakin membesar dengan kebanjiran ahli-ahli baru semakin ramai. Kemasukan Pas daripada pelbagai latar belakang aliran, pemikiran dan ideologi. Pas berpendirian semua manusia berpotensi untuk ditarbiah ke jalan Islam asalkan ada kemahuan. Ustaz Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat menyatakan Pas diibaratkan hospital, semua pesakit diterima untuk diubat. Ada yang berpenyakit kusta, taun, demam panas, semuanya mesti dirawat. Walau pun nampak pelik! Inilah realiti Pas. Pas berpendirian ummah mesti diselamatkan dalam apa keadaan. Oleh itu tapisan kepada mereka yang hendak masuk Pas terlalu longgar. Terbukti, apa yang dilakukan oleh Pas tepat sehingga berjaya membentuk individu Muslim yang baik walau pun dahulu berperangai jahiliah. 
Potensi baik yang masih ada kepada mana-mana individu jangan disia-siakan. Berpegang dengan prinsip seperti Sabda Rasulullah SAW " Kamu terbaik di zaman jahiliah dan terbaik di zaman Islam, apabila faham agama"
Pas sebagai sebuah gerakan ummah. Ahlinya daripada ada Phd hingga yang tidak gosok gigi. Inilah kelebihan Pas. Pas tidak memilih orang-orang tertentu sahaja untuk menganggotai Pas. Sebaliknya apabila seorang itu Islam, cukup umur maka ia layak menyertai Pas. Apabila borang Pas diisi maka ia sudah berbaih untuk mematuhi dan bersedia untuk mengikuti peraturan yang terdapat di dalam Perlembagaan Pas. 


Apa yang penting kesediaan setiap individu untuk ditarbiah oleh parti. Apabila seorang menyertai Pas dia perlu faham kenapa beliau menyertai Pas. Baru dia sedar kenapa dia bersama dengan Pas. Pas bukan parti politik sahaja, tetapi sebagai sebuah gerakan Islam. Inilah kelainan Pas. Menyertai Pas dengan kesedaran bukan dengan semangat semata-mata. Oleh itu perlu mereka memahami Islam dan dasar perjuangan.


Mereka perlu bersedia untuk diri mereka ditarbiah. Tidak ada makna mereka menyertai Pas, tetapi mereka tidak mahu berubah. Tidak ada erti, jika mereka tidak bersedia untuk ditarbiah. Sekiranya berlaku begitu ia mendatang musibah kepada parti. Apa akan terjadi jika mereka diangkat menjadi pemimpin sedangkan fikrah perjuangan Islam tidak dihadamkan. 

Pas sudah mempunyai manhaj tarbiah yang jelas untuk dipraktikkan. Ia dirangka oleh mereka yang berpengalaman dalam gerakan Islam, kemudian dimurnikan mengikut suasana dan keadaan di negara ini. Ia hanya bergantung kepada hendak buat atau tidak. Ertinya jika berlaku kecacatan di kalangan ahli atau pimpinan, maka tidak boleh disalahkan kepada parti.

Sepatutnya sewaktu Pas mendapat sokongan ramai dan kebanjiran daripada orang ramai maka peranan tarbiah perlu dioptimakan supaya tidak berlaku penyelewingan dari manhaj perjuangan Islam. 

Setengah orang memikirkan apabila sudah menang tidak perlu lagi untuk program tarbiah. Sedang apa yang berlaku , waktu inilah tarbiah perlu diaktifkan. Kenapa penting tarbiah perlu diperkasakan ketika menang. Pertama ialah untuk memastikan perjalanan parti dan kerajaan berjalan seimbang. Kegiatan parti dan negeri berjalan seiring. Kedua, dengan tarbiah kita memastikan supaya mereka yang ada fikrah boleh membawa mandat parti di dalam kerajaan samaada barisan exco, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Masjid. Ketiga dapat menyediakan tenaga kerja untuk menjalankan kerja jamaah dan kerja parti. Waktu menang tidak cukup hendak mengharapkan pegawai kerajaan, ia memerlukan bantuan daripada tenaga parti. Siapa yang akan membekalkan semua ini? Sudah tentulah peranan tarbiah. Kita tidak mahu ketika kita menang, tidak ada tenaga parti yang menyumbangkan untuk mengisi kemenangan. 

Jika berlaku ketempangan dan masalah di dalam parti, semuanya berpunca daripada perlaksanaan tarbiah tidak berjalan dengan baik bukannya kerana tarbiah.
Tarbiah dapat menjadikan ahli faham erti perjuangan dan bersedia untuk berdiri dan rebah, ketika menang dan kalah.




4 ulasan:

  1. itu jual phil-Kuddha "TOKAN" mana yg tarbiah?

    klu jd agen komunis "ATHEIS" mana yg bg tamrin?

    yg ber UG2 "SETAN" mana gelap2 berQiamullail?

    mmbuat fitnah wajib slalu TAHAJJUD & usrah???

    jd AGEN kominis/phil-Kuddha..komisyen nya brp???
    ya habibi ya maulana beRATUS2 JUTA ka??????

    manusia TAK dak nampak TAK apa..tapi,
    TUHAN ALLA lu org jgn coba2 mau AUTA!!!

    itu NIAT ddlm hati mana lu org mau smbunyi lg?
    itu KAPLA mana mau lari?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasi tikam rakan seperjuangan dari belakang ada sape tarbiah ka..?
      Itu kasi ikut MATLMAT MENGHALALKN CARA siapa kasi tarbiah..

      TARAK IKUT putus mesyuarat punya, siapa kasi tarbiah....

      Ini semua yg bikin serupa ini macam semua putih punya ketayap..itu ustaz2 ..

      Ini ustaz2 dulu2 kasi tarbiah org punya sana- sini...

      Kasi tarbiah itu Ustaz2 dulu baru ingat mau tarbiah lain org..

      Kasi tabiah atas2 dulu baru ada pikir mau tarbiah bawah punya orang..
      ADA FAHAM KA....

      Padam
  2. Sbb tu la Nabi dulu tak bunuh org munafik yg belum ternyata mengancam keselamatan, supaya jangan nanti timbul persepsi baginda membunuh sahabat sendiri, nak jaga jangan jadi fitnah kepada agama, terlajak perahu boleh diundur.

    BalasPadam
  3. Setuju dgn Us. Bahan rujukan untuk setiap marhalah / peringkat kena cukup. Itu ciri-ciri asas jemaah yang berjaya mengerakkan ahli seperti PKS, Ikhwan dll. PAS kena selesaikan masalah bahan ni.

    BalasPadam