Tiada lagi Black 505, buat masa ni
Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Black 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, kata ketua umum PKR itu, kumpulan NGO mungkin akan terus menganjurkan perhimpunan itu dan beliau tidak dapat bercakap bagi pihak mereka.
"Untuk masa ini, tidak," katanya dalam sidang media selepas pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan di Ampang hari ini.
Anwar menambah, Pakatan harus melihat ke depan dan akan terus mengasak agenda menolak penipuan pilihan raya yang didakwa berleluasa.-Malaysiakini
Haha..boleh la berhenti penat sat..malas aku nak boh gambaq demo di Padang Merbuk..hang pa cari sendiri la dalam FB aku..
Kepada yang dah jadi Lembu Kenyang malas dah nak Lawan SPR,Lawan Umno,Lawan Syaiton pakat la pi bawa anak bini pi melancong,mancing ka ikut la nak buat apa pon!
Aku nak tanya hang pa letih ka lawan Umno,Lawan penipuan SPR? Atau hang pa dah pikiaq macam Umno, macam suara Umno dalam PR..yang nak pi..sat tak mau pi demo tentu rasa lega bila Anwar kata tak ada lagi Black 505! Redho dan serah pada takdir ja la kan....! Haha
Elok la, pakat rehat jgn keluaq rumah,jerebu mai tahap paling kelabu tu,pm pun nasihat suruh tutup sekolah,
BalasPadam