Besok 5 jun akan berlangsungnya acara perasmian dan Ucapan Dasar Presiden. Seterusnya akan berlangsungnya pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Pas. Calon2 popular untuk jawatan Timbalan Presiden, Hussam Musa, Nasarudin Mat Isa dan Mat Sabu akan menentukan siapa yang layak dipilih oleh para perwakilan daripada seluruh negara. Naib Presiden pula calon2nya terdiri daripada Mahfuz Omar, Nik Amar. Salahudin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mujahid Yusuf Rawa. Hari ini Dewan Ulama Pas dah buat usul supaya jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden mesti dipegang daripada kalangan ulama .Mereka bermati-matian mau semua jawatan tertinggi parti dibolot oleh mereka. Mereka bagi "signal" kepada perwakilan supaya pilih calon2 daripada kalangan yang bergelar ulama.Kalau perwakilan ikut apa yang Dewan Ulama Usulkan kita dah dapat agak calon2 yang bertanding 2 jawatan tersebut akan menang.Kalau Tok Guru Nik Aziz bagi lampu hijau kepada calon yang bukan ulama boleh pegang jawatan Timbalan Presiden, Dewan Ulama pula berbeza dengan citarasa Tok Guru.Kebimbangan golongan ulama nampaknya diluahkan sepuas2nya hari ini demi mengekalkan "tradisi" parti.Apa pun perwakilan Pas yang akan tentukan siapa calon dua jawatan tersebut yang akan dipilih.Kebijakkan dan kecerdikkan para perwakilan akan diketahui selepas berlansungnya pemilihan jawatan2 tersebut.Siapa yang menang dan berjaya kita kena terima termasuk Dewan Ulama. Kalah menang adat bertanding itu yang Pas amalkan selama ini.Perwakilan nak pilih calon yang berpakat dalam gelap, nak pilih calon yang gagalkan pakatan dalam gelap dengan umno atau nak pilih calon yang kaki demo dan kaki lokap itu adalah ditangan semua perwakilan. Selamat bermuktamar semoga Parti Islam SeMalaysia ini terus maju kehadapan, dipanjangkan umur dan mendapat kepercayaan semua kaum untuk perintah Malaysia satu masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan