Selasa, 23 Jun 2009

Adakah Nasa Perlu Minta Maaf Kepada Ahli Pas?

Kemelut dan kegelisahan ahli Pas dan penyokong Pas sudah dikira berakhir sesudah tamatnya isu kerajaan perpaduan yang berlarutan selepas Muktamar Pas yang lalu. Pertemuan Murshidul Am Pas dengan Nasa dalam suasana ceria dan penuh ukhwah memperlihatkan betapa dalam Pas begitu mudah terurainya segala perselisihan pendapat yang mana gelombang kerajaan perpaduan itu telah menggoncang Pas hingga keakar umbi parti. Tok Guru telah tarik balik segala kata2nya kepada Nasa seperti "keluar Pas masuk Umno", "Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan bertanding semula", "Jangan buat sampah" setelah pengumuman Majlis Pakatan Rakyat tolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno.

Adakah ahli dan penyokong Pas yang tentang kerajaan perpaduan telah berpuas hati dengan berlangsungnya pertemuan Murshidul Am Pas dengan TP Pas itu?Adakah mereka boleh terima dengan begitu mudah, semudah cerianya pertemuan Mursidul Am dengan Nasa? Adakah Nasa seorang saja yang harus dipersalahkan? Macam2 perkara boleh berlaku dan difikirkan. Mohon maaf kepada ahli dan penyokong Pas atau letak jawatan sebagai bertanggungjawab atas segala kejadian yang berlaku selepas Muktamar yang lalu. Di negara Eropah atau Barat pemimpin yang terlibat jejaskan imej parti mereka akan berundur secara terhormat demi maruah parti yang mereka wakili, hatta dalam permainan bolasepak sekalipun, jika jurulatih itu jejaskan imej kelab dan negara yang dilatihnya mereka akan berundur dengan serta merta.

Dibenak dan ulu hati Nasa lukanya memang parah cuma tak dapat dilihat dengan matakasar. Jika dapat dilihat mungkin segulung pembalut luka belum tentu cukup untuk menutup luka yang beliau alami. Semua ini jadi pengajaran buat Nasa anak didik Al-Marhum Fadzil Nor yang banyak bagi laluan untuk beliau tuju kepuncak pimpinan Pas. Terpulang pada Nasa mohon maaf pada ahli dan penyokong Pas atau letak jawatan TP Pas Pusat.

Nasa kena ingat, sedalam mana pun luka yang beliau alami tidak sama seperti sejuta ahli dan penyokong Pas yang porak poranda ,resah gelisah dek mainan politik segelintir pemimpin yang ambil kesempatan laungkan perpaduan dengan Umno!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan