Selepas tidak jadinya Kerajaan Perpaduan dan sempena prk Manek Urai, kebanyakkan pemimpin Umno ambil kesempatan kutuk dan cerca TGNA kerana geram dan marah kerana hujah2 TGNA yang agak keras terhadap Umno. Terkini dengan isu Umno yang dianggap komunis dan sama dengan ajaran sesat Ayah Pin oleh TGNA. Rais Yatim anggap TGNA bercelaru. TPM Muhyidin suruh TGNA bertaubat. Mustafa Mohammad pemimpin Umno Kelantan anggap TGNA dah letih kerana dah lama jadi MB Kelantan.
Punca sebenarnya kerana pemimpin2 Umno ni kecewa dengan TGNA yang berjaya gagalkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Pemimpin Umno anggap tak semua pemimpin Pas yang tolak kerajaan perpaduan hanya TGNA yang jadi batu penghalang. Isu Umno macam komunis dan ada kaitan dengan ajaran sesat itu hanya sekadar pelengkap kemarahan pemimpin Umno terhadap TGNA. Umno seolah-olah jadi perayu dan peminta sedekah terhadap Pas walaupun kerajaan perpaduan dah gagal.
Kenapa pemimpin Umno dan Mufti Perak tak mengutuk dan kecam lain-lain pemimpin Pas? Kenapa dengan TGNA seorang saja yang Umno berlawan cakap? Apakah saranan TPM Muhyidin yang mau TGNA bertaubat itu kena pada tempatnya? Umno parti yang tolak hudud, yang perlekehkan undang-undang Syariah yang nak dilaksanakan TGNA di Kelantan adakah layak bercakap macam seorang yang tak ada dosa. Yang nak laksanakan hukum Allah di bumi Kelantan disuruh bertaubat oleh si penentang hukum Allah.Umno zaman mantan PM Mahathir dulu memberi amaran akan istihar darurat jika kerajaan Pas Kelantan laksana hudud di Kelantan. Mufti Perak yang sekarang dah jadi Mufti Umno turut mengecam TGNA habis-habisan hanya semata-mata nak mempertahankan Umno daripada terus tumbang menyembah bumi.
Bagi Umno dengan serang TGNA daripada segenap pelusuk saja yang jadi modal untuk raih undi di Manek Urai. Pemimpin Umno yang patut bertaubat nasuha kerana dah banyak jadi penzalim dengan menangkap ulama dan ustaz dipenjarakan tanpa bicara. Tahan pemimpin politik dibawah ISA tanpa bicara dan bunuh ulama Pas di Memali. Mungkin ini Mufti Perak tak nampak atau buta sejarah, yang beliau nampak habuan yang akan dapat bila serang Pas.
kawe bukan nak balah. PAS pun parti munafik jugak. Memang akhlak org PAS molek dari UMNO tapi kita orang Islam bakpo kena tunduk ke undang2 berparlimen bila hudud tak leh dilaksanakan. mana semangat jihad..hampeh.
BalasPadambual besar adala. gambar tengku anis boleh lepas pula dengan rambut keluar terjurai. Islam ada pengecualian ke ???? jawab soalan ni dulu
kebanyakkan bila aku tanya pasal ni, tak dok sekor pun boleh jawab bakpo Islam ni boleh halalkan benda haram di Kelantan.