Dalam Ucapan Dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas ke-45, oleh Al- Marhum Dato' Fadzil Nor pada tahun 1999, beliau mengingatkan kepada bahayanya jika dalaman Pas jadi lemah. Berikut adalah sedutan ucapan Almarhum " Selain daripada cabaran musuh politik tradisi tadi (UMNO), kita juga terpaksa berhadapan dengan masalah diri kita sendiri. Kekuatan musuh belum pasti dapat mematah dan mengecundangkan kita., tapi kelemahan kita akan jadi laluan mudah bagi musuh mematahkan kita."
"Saya yakin bahawa setiap kita begitu sayang dan cinta kepada perjuangan yang kita dukungi ini. Setiap kita begitu bimbang dan cemburu tentang kestabilan dan masa depan parti. Rasa resah dan bimbang sentiasa bersemarak apabila kita terlibat dengan percaturan politik negara dan menyusun strategi serta pendekatan politik yang dirasai baru di dalam perjuangan kita. Oleh kerana rasa sayang dan bimbang begitu tinggi, kadangkala kita bertindak secara tidak bijak, penuh dengan prejudis dan hilang keyakinan yang sudah semestinya akan menggugat kestabilan parti". "Seluruh ahli adalah berhak dan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya untuk memberi teguran dan pandangan kepada kami untuk kebaikkan perjuangan kita juga martabat Islam itu sendiri. Harapan yang saya nyatakan ini adalah disasarkan kepada sabda Nabi s.a.w: "Agama adalah nasihat, baginda ditanya nasihat untuk siapa wahai Rasullulah? Baginda menjawab untuk Allah dan Rasul-Nya dan untuk seluruh pimpinan Islam juga untuk umat Islam seluruhnya".... hanya sekadar renungan kepada kita semua, terutamanya kepada pimpinan yang cuba berjinak2 dengan Umno, mencium bau Umno, parti nasionalis dan sekular yang tidak ada cita2 untuk daulatkan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan