Selasa, 14 April 2009

Umno Perlis Dan Umno Trengganu Derhaka Juga...


"Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?"Begitulah bunyinya sms yang dihantar kepada adun2 umno-bn yang cuba nak buat undi tak percaya kepada MB Ahmad Said dalam sidang dun Trengganu yang sedang bersidang itu. Pendek cerita puak2 pro Idris Jusoh ni nak guling Ahmad Said daripada terus jadi MB Trengganu.Laporan dari TV Bernama mengatakan 10 orang Yb umno-bn berlindung di sebuah hotel kerana takut kepada ugutan sms tersebut.Puak2 Deris Jusoh ni lah yang derhaka sultan Mizan kerana pertikai sultan lantik Mat Said jadi MB Trengganu selepas pru-12 yang lalu.10 orang yb ni minta jaminan keselamatan daripada pihak polis untuk hadir sidang dun Trengganu.Rupa2nya umno TRG ni dok berkocak dan tak puas hati kat Mat Said ni lepas pru-12 hinggalah sekarang tak selesai2 lagi.Yang hantar sms tu sudah tentulah "Geng Mat Said"takkan Deris Jusoh pulak kot. Mat Said memang terkenal dengan "gedebenya", kalau tidak takkan surau pun dia roboh sedikit masa lalu. Takkan "orang muqabalah" dah lupa kot.Puak Deris Jusoh pula yang naik kain rentang tulis "NATANG" kat sultan Trengganu sebab marah Sultan lantik Mat Said jadi MB.Sekarang umno-bn pro Deris Jusoh sekali lagi buat perancangan undi tak percaya nak guling MB yang sultan perkenan.Umno kalau derhaka Sultan tak salah, Mufti pun tak akan keluar fatwa yang haru sana-haru sini macam kat Perak.Nampak gayanya puak2 Deris Jusoh ni nak "mohon derhaka" lagi sekali kat sultan Trengganu, kita tengoklah apa reaksi umno bila umno dengan umno jadi derhaka. Rupa2nya kalau penyamun dengan pencuri ni saling takut antara satu sama lain. Umno kalau berebut kuasa dah tak kira apa dah, nyawa dah tak jadi harga, macam nyawa ayam daging saja. Begitu juga di Perlis Indra kayangan, Shahidan Kassim masih dok berangan nak jadi MB Perlis lagi, dah banyak penggal dia pegang jawatan MB tapi tak puas2 lagi.Beliau masih mampu lagi pegang semula jawatan MB.Ini terbukti dengan keengganan beliau letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis. Ketua Penerangan Umno perlis, Hasyim Suboh mengatakan Shahidan Kassim lah yang layak jadi MB Perlis sebab beliau yang jadi Pengerusi Perhubungan Umno Perlis (jawatan tradisi untuk layak jadi MB) -lapor malaysiakini. Umno Perlis dikira turut derhaka Raja Perlis kerana pertikai MB yang Raja perkenan. Bagi umno derhaka hanya ada pada negeri yang dipegang oleh pakatan rakyat.Umno " baling batu sembunyi tangan" kalau melibatkan derhakanya umno di negeri yang umno pegang.Kalu Mb Nizar dituduh penderhaka, umno di TRG dan Perlis juga adalah penderhaka Sultan dan Raja2 Melayu.Adakah Sultan mau kepada orang yang cap baginda sebagai "natang" jadi MB semula di TRG?Adakah Raja Perlis masih mau kepada Shahidan Kassim jadi MB yang turut pertikai perkenan tuanku itu? Sama2 lah kita tengok adegan seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan