Ahad, 12 April 2009

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Le Pulak..

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat mengumumkan pakatan rakyat akan bentuk kabinet bayangan atau pun jemaah menteri alternatif kepada kerajaan umno -bn yang perintah Malaysia.Pentingkah kabinet bayangan pakatan rakyat ini atau hanya sekadar sekali lagi untuk menggerunkan umno -bn saja macam peristiwa 16 sept yang tak jadi itu?Muhyidin Yassin yang jadi TPM yang baru berkata pakatan rakyat boleh buat apa saja kabinet yang mereka mau , bayangan atau khayalan atau macam 16 september.Rakyat dah naik letih dah dengan macam2 peristiwa yang menimpa pakatan rakyat seperti 16 september,wakil rakyat pakatan lompat parti,terlibat dengan sedekah seks dan yang paling
tragis ialah kehilangan sebuah negeri pakatan rakyat iaitu Perak yang dirampas umno-bn secara haram dengan membeli adun2 pakatan rakyat yang
kebulur wang demi untuk hidup senang lenang dalam dunia yang sementara ini.Sebelum nak buat kabinet bayangan perkara2 yang melanda moral adun dan pemimpin pakatan rakyat hendaklah diambil keutamaan supaya tidak berlarutan sehingga pilihanraya umum yang akan datang, jika tidak nasib buruk akan melanda pakatan rakyat.Walaupun pakatan rakyat menang selesa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau jangan ingat pakatan dah jadi kuat, rakyat tolak umno-bn kerana dah naik muak dengan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan mereka 50 tahun yang lalu.Racun2 berbisa yang wujud dalam pakatan rakyat mesti dihapuskan, jangan dibiarkan ianya menjadi barah yang boleh merosakkan parti2 pakatan rakyat.Pakatan rakyat akan ditempelak umno-bn sekiranya sekali lagi pakatan rakyat tersilap buat perancangan macam 16 september yang dijadikan
"lawak king" oleh umno bn selepas pakatan rakyat tak jadi perintah Malaysia pada 16 september.Bersabarlah pakatan rakyat untuk bentuk kerajaan selepas pru-13 akan datang secara benar dan sah sekiranya rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan, bencikan penyelewengan memilih pakatan rakyat untuk perintah Malaysia.Setiap kali pemimpin pakatan rakyat uar-uarkan perkara yang mengusik dan mengancam umno-bn, umno-bn tak akan berdiam diri mereka akan mencari formula dan atur strategi untuk gagalkan apa saja yang pakatan rakyat uar2kan. Contoh paling benar ialah Krisis Perak yang berlarutan dan tiada kesudahan akibat tindakan umno-bn yang pelingkup dan jatuhkan kerajaan pakatan di Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan