Rabu, 29 April 2009

Pas Jangan Terpedaya...


Semakin dekat Perhimpunan Muktamar Agung Pas , bermacam2 cerita sensasi dimainkan media massa samaada suratkabar,tv dan blog2 tertentu yang mempopularkan isu2 tertentu untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. kebanyakkan berita2nya lebih kearah melaga2kan sesama pemimpin Pas, menimbulkan isu"Kerajaan Perpaduan", "kumpulan Erdogan", melagakan antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat menjelang prk Dun Penanti. Walaupun isu kerajaan perpaduan telah tamat seperti yang diumumkan oleh Presiden Pas, TG Hadi Awang masih ada pihak2 tertentu "menyanyikan" lagu kerajaan perpaduan yang dah berkubur itu dengan tujuan mengharu-birukan ahli2 Pas dan penyokong setia Pas supaya menjadi celaru dan pening dengan pimpinan Pas. Terkini anak Tok Guru Nik Aziz yang memperli secara sinis dan pedas pembantu2 Tok Guru yang menggagalkan kerajaan perpaduan dengan menganggap pembantu2 Tok Guru itu sebagai "ulama mi celup". Nik Abduh tidak pula menyebut siapa itu "ulama mi celup".Pandangan Nik Abduh itu dikritik oleh MP Khalid Samad kerana tidak menyebut nama dan dihentam secara umum, orang yang dituduh tidak dapat membela diri.Begitu juga dengan label "team Tok Guru" dan "Team Presiden" yang tak wujud kata TG Nik Aziz, tapi itu kata Tok Guru, bagaimana pula dengan kelompok2 tertentu dalam Pas yang membahagi2 kan kem2 tertentu sampai Tok Guru terpaksa keluar kenyataan sedemikian. Di Dun Penanti pula Pemuda Pas Pulau Pinang dikatakan mau meletak calonnya untuk bertanding di Dun Penanti, sedangkan dalam pru-12 yang lalu calonnya adalah Pkr, Ahmad Fairus yang meletak jawatan sebagai adun Penanti. Anwar Ibrahim telah pun umumkan nama calonnya yang akan bertanding di dun Penanti. Akhbar2 pro umno-bn membesar2kan segala isu tersebut dengan tujuan bahawa pimpinan tertinggi Pas sekarang berada dalam kancah pertelingkahan, seolah2 pemimpin2 Pas sedang berebut2 kuasa sesama sendiri,tidak boleh bertolak ansur dengan Pkr mengenai siapa yang layak bertanding di Penanti. Umno yang sedang mengalami masalah di Trengganu dan Perlis cuba menangguk di air keruh dengan mensensasikan berita mengenai Pas supaya rakyat terlupa mengenai masalah besar umno di Trengganu dan Perlis. Peluang ini digunakan umno dan media arus perdana yang dikuasainya untuk menghentam pakatan rakyat. Ahli2 Pas dan penyokong Pas mesti sedar semua ini, kerana setiap kali berlangsungnya Muktamar Agung Pas digambarkan bahawa Pas adalah parti bercelaru dalam memilih pemimpin, cakap tak serupa bikin, sama saja macam umno oleh media pro umno. Sikap terbuka Pas dimana pemimpinnya boleh ditegur secara terbuka, boleh bertanding semua jawatan dalam parti termasuk jawatan Presiden sekalipun sememangnya tidak wujud dalam umno. Perbezaan pendapat, kritik mengkritik itu adalah perkara biasa tapi janganlah sampai menggoyangkan rakyat biasa yang jadi ahli dan penyokong Pas diperingkat bawahan. Pimpinan Pas kena ingat kekuatan Pas adalah kerana penyokong dan ahli Pas di peringkat bawahan yang menjadi tunjang Pas.Kalau tunjang dah reput pemimpin diatas akan jatuh bergolek2 kebawah macam buah kelapa ditendang beruk. Pemimpin Pas yang sering bercakap mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz dan Saidina Umar al -Khattab dalam pemerintahan yang sering bersama rakyat diwaktu susah dan senang wajib mengambil iktibar dan pengajaran daripada kedua2 khalifah tersebut. Pas jangan jadi macam umno yang kenyangkan tembolok sendiri, keluarga sendiri demi sedikit kuasa yang diberikan Allah. Nampaknya inilah kali pertama Muktamar Agung Pas yang mendapat liputan luarbiasa tak seperti dulu, menunjukkan bahawa Pas semakin diterima rakyat, semakin popular di Malaysia dan luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan