Rabu, 1 April 2009

Altantuya Dan Mahathir

Sekarang kalu nak ceramah musim pilihanraya kena minta permit polis.Dulu musim tak pilihanraya saja kena minta permit, sekarang syarat dah berubah atas permintaan umno, polis ubah syarat.Polis mengiakan saja apa yang umno mau.Salah satu syarat kempen pilihanraya kecil kali ini tak boleh sebut pasal Altantuya.Semasa pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Trengganu polis tidak mengenakan syarat tersebut.Sebab tu aku kata syarat dan segala macam syarat atas kehendak umno-bn, pihak polis cuma jadi kuda tunggangan umno saja.Umno- bn jadi takut dengan kes Altantuya disebut2 dalam ceramah Pakatan rakyat boleh jejas undi kepada umno-bn.Altantuya dah mati, abu mayatnya pun dah dibawa ke Monggolia oleh bapanya untuk dibuang ke laut kat Monggolia bukan buang kat Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Aii.Kenapa umno- bn jadi takut sangat,sensitif sangat, ketaq perut dengan nama Altantuya?Yang jadi gabra sangat ni pasai apa?Kata orang tua2 berani kerana benar takut kerana salah.Berani buat berani tanggung.Mungkin kerana isu Altantuya Najib tak jadi turun padang semasa penamaan calon pilihanraya kecil minggu lepas, takut kena booo dengan perkataan Altantuya, altantuya, altantuya.Umno- bn boleh sebut apa saja, perkauman ka,racis ka, hina pemimpin pakatan rakyat,hina sesama Islam,mempermain2kan hukum Islam tak akan diambil apa2 tindakan, tapi penceramah pakatan rakyat ada sekatan, ada undang2, ini boleh, itu tak boleh.Polis umpama pengadil bola sepak yang berat sebelah setiap kali berlangsungnya pilihanraya.
Mahathir pula dah bagi lampu hijau nak turun kempen untuk umno-bn di Bukit Gantang.Awat mahathir tak pilih Batang AII dan Bukit Selambau.Tempat2 ni Mahathir tak nak kempen ka?Mahathir merasakan pengaruhnya masih kuat di kawasan majoriti Melayu , masih ingat orang Melayu dah lupa apa yang beliau buat semasa jadi PM dulu.Tokoh PPSMI inilah yang menjahanamkan bahasa Melayu kalau orang Melayu nak tau.Kalu tak percaya tanyaPak Samad Said.Jika benar Mahathir akan turun untuk kempen bagi pihak umno-bn di Bukit Gantang, bermakna Mahathir sedang menjilat muntah2 yang ditinggalkannya buat seketika waktu dulu.Mahathir akan bermain dengan taiknya sendiri jika terus berkempen untuk umno-bn di Bukit Gantang.Wahai pengundi Bukit Gantang undilah Pas di Bukit Gantang sebagai tanda protes anda kepada Mahathir yang menjahanamkan bahasa ibunda kita.Kerana Mahathirlah semua sasterawan pedih mata,semua pencinta bahasa diganyang FRU, semua anak Melayu lemah Sains dan Matematik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan