juga Presiden umno.Mahathir beranggapan bila Pak lah dah berundur semua kelemahan umno, maruah umno dan ahli umno dah selesai dan dapat dipulihkan selepas ini.Mahathir pun dah menyeru kepada ahli umno yang keluar umno bersamanya termasuk Sanusi Junid, kembali kepada umno.Mahathir mempunyai agenda tersendiri bila beliau kembali kepada umno, bukan saja2 beliau sertai umno.Mahathir jugabersetuju untuk berkempen di pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang dan dun Bukit Selambau untuk menarik pengundi di dua kawasan tersebut undi BN.Najib yang naik jadi PM yang baru diselubungi dengan macam2 tuduhan termasuk dalam kes Altantuya dan penyelewengan pembelian jual beli Scorpen sedikit masa dulu tentu merasa agak lega dengan penyertaan semula Mahathir kepada umno.Najib menganggap Mahathir boleh menolongnya untuk menarik rakyat kembali sokong umno-bn,sementara Mahathir pula sudah tentu mau Najib memerintah kerajaan mengikut telunjuknya, jika tidak tentu Mahathir tidak bersedia untuk masuk umno semula.Masing2 antara Najib dan Mahathir dilihat ada kepentingan peribadi yang sudah tentu menguntungkan kepentingan peribadi antara dua belah pihak.Mahathir bukan bodoh untuk suka2 masuk umno, pergi kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kalau tak dapat apa yang dia mau.Sebagai nak tunjuk imej bersih dan baik, PM Najib dah lepaskan 13 orang tahanan ISA termasuk 2 pemimpin Hindraf pada hari ini.Orang Hindraf tentu rasa suka dengan tindakan Najib itu.Setakat lepas 13 orang tu adalah satu perkara biasa, bagaimana dengan lain2
tahanan yang masih merengkok dalam kem tahanan ISA, mengapa tak ditutup terus kem zalim tersebut?Nak tunjuk baik jangan lepas secara berpilih, ini tentu ada sebab tersendiri kenapa Najib bertindak lepas 13 orang tahanan ISA itu.Ini adalah sebahagian strategi Najib untuk raih undi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air 7 April Selasa ini.Wahai pengundi semua jangan sesekali anda tertipu dengan mainan politik Najib dan Mahathir yang sekarang ini berganding bahu untuk menarik simpati anda semua, ingatlah kuasa undi anda adalah ditangan anda jangan beri undi anda kepada umno-bn yang telah banyak menyusahkan rakyat dari dahulu ,kini dan selamanya.Ingatlah akan segala kekejaman dua pemimpin ini,kita tidak akan lupa macam Mahathir lupa apa yang telah beliau lakukan kepada kita semua, kepada Pak Lah yang dihinanya sehingga terpaksa berundur awal dalam keadaan yang tidak bermaruah.Kepada saudara Ezam, apa pendapat anda dengan penyertaan semula Mahathir ke dalam Umno?Bukankah dulu, kamu Ezam begitu kuat mengecam Mahathir sekarang kamu terpaksa duduk bersama Mahathir dalam parti yang penuh dengan rasuah dan penyelewengan itu.KATAKAN TAK NAK UMNO-BN wahai pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.Tunjukkan undi protes anda dengan pemilihan Najib sebagai PM.Kuasa di tangan anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan