Khamis, 9 April 2009

"Kambing Hitam" Gantung Sampai Mati, Kambing Gurun Macam mana?

Politik Malaysia tak pernah sunyi daripada isu panas dan hangat sepanjang masa.Selepas prk dua bukit satu batang berakhir dengan keputusan BN 1 Pakatan Rakyat 2, timbul pula keputusan kes pembunuhan paling ngeri dan paling hangat di Malaysia iaitu Altantuya.Tertuduh koperal Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri telah dijatuh hukum gantung sampai mati oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin.Sebelumnya, semasa perbicaraan yang lepas, koperal Sirul Azhar berkata beliau telah dikambing hitamkan, menjadi mangsa pembunuhan kes Altantuya, pembunuh sebenar berkeliaran di luar mahkamah, lebih kurang begitulah maksud beliau.Kedua2 tertuduh merasa yakin akan terlepas tapi hakim dah jatuh hukum gantung sampai mati, apa boleh buat dah nasib.Mereka berdua masih boleh merayu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam itu, tu pun kalau nasib menyebelahi mereka.Razak Baginda yang terlepas daripada tuduhan bunuh Altantuya tentu rasa lega kerana lepas ni bolehlah beliau tidur lena kerana mungkin hantu Altantuya mungkin tak cari beliau lagi tu pun kalau Razak betul2 tak buat salah. Bapa Altantuya tentu tak puas hati kerana Razak tak di dakwa sama bunuh Altantuya.Media Perancis, akhbar Liberation mendakwa, Razak Baginda dan Najib dilihat bersama Altantuya di sebuah Kelab Malam di Paris pada tahun 2005.Tapi berita ini menjadi sunyi sepi di Malaysia macam tak ada apa2 pun tentang hubungan mereka bertiga ini.Semasa kempen PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai kes Altantuya dilarang sebut dalam ceramah2 oleh pemimpin pakatan rakyat.Kambing hitam dah kena hukum gantung, tapi mungkin kambing gurun dok sembunyi celah2 batu di gurun Sahara macam Osama ben Ladin sembunyi, sampai hari ini Amerika Syarikat cari tak jumpa.Mungkin kambing gurun ni juga sedang bersenang lenang makan lazat2,dapat layanan vip, bersama keluarga bercuti di luar negara . Siapa kambing gurun ni?Kambing gurun memang payah nak tangkap, tapi kambing hitam , kambing biri, janna pari, boer memang senang nak tangkap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan