Peguam Syarie Malaysia merasa terkejut dengan keputusan Nazri dan menteri kabinet itu. Aku harap NGO2 Islam dan Pas membantah keputusan menteri kabinet dan menyekat undang2 tersebut dilaksanakan.Apa lagi yang ada pada mahkamah Syariah kalau kes cerai berai dan penjagaan anak yang melibatkan orang Islam dibicarakan di mahkamah sivil?Takkan nak bicara kes khalwat saja di mahkamah Syariah? Nazri memang terkenal dengan sikapnya yang terlalu liberal dalam hal yang melibatkan Islam. Lama kelamaan kahwin campur akan menjadi perkara biasa kalau dah berlainan agama, boleh hidup sebagai suami isteri, perkahwinan tidak bubar macam Nazri cakap tu. Dalam satu keluarga ada macam2 agama, Nauzubillah! Hanya ulama yang berhak bercakap mengenai hukum hakam Islam bukannya orang yang jahil tentang Islam bercakap tentang hukum hakam Islam.Agama Islam akan jadi hancur jika pemimpin yang jahil membuat undang2, pinda sesuka hati ,tidak merujuk kepada Quran dan Hadis dalam membuat keputusan melibatkan keluarga Islam. Janganlah hanya untuk memuaskan hati sebelah pihak sehingga sanggup menggadai agama Islam dengan begitu murah harganya!
Jumaat, 24 April 2009
Nazri Dan Menteri Kabinet Halalkan Kahwin Campur
Mahkamah Syariah begitu rendah nilainya pada pandangan umno dengan pengumuman Datuk Nazri Aziz, menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang berkata , segala isu yang berkaitan penjagaan anak2 dan penceraian perlu diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya di mahkamah syariah. Nazri juga menyatakan penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam-petikan daripada Sinar Harian. Kitab mana Nazri buka kalau dah seorang Islam dan seorang lagi bukan Islam boleh duduk serumah sebagai suami isteri. Ini secara tidak langsung Nazri dan menteri kabinet yang menyuruh penguatkusaan perkara tersebut berkuat kuasa serta merta menghalalkan kawin campur antara pasangan Islam dan bukan Islam. Inilah yang dikatakan Islam liberal anutan puak2 ni untuk melingkupkan ajaran Islam yang sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Anak2 juga kekal menganut agama asal ibubapa masing2 semasa berkahwin,walaupun ibubapa mereka memeluk agama lain. Tujuannya tidak lain untuk menyekat orang bukan Islam yang berminat dengan Islam menganut agama Islam. Persatuan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan