Selasa, 1 Januari 2013

Kalau ikut Tun Madey Umno pun sama ganas macam 'Boko Haram'

Ada orang kata buat apa dok bantai Mahathir dia bukan PM dah.Tapi bila Najib mengaku dia budak suruhan Mahathir maknanya kuasa yang ada pada Najib hanyalah macam buih sabun ja lah.Mantan PM Tun Madey tulih dalam blog beliau BOKO HARAM sebuah gerakan Islam  di Nigeria yang kononnya bunuh orang Islam dan bukan Islam.Tun kaitkan pertubuhan tersebut dengan apa yang terjadi dalam politik di Malaysia.
Antara lain Tun kata ," Kita orang Melayu di Malaysia semuanya terdiri dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berimam dengan Imam Shafie. Sepatutnya kita tidak menghadapi apa-apa masalah fahaman Islam yang berbeza-beza. Malangnya Islam diperalatkan oleh segolongan politikus sehingga berlaku tuduhan bahawa orang yang tidak bersama dengan parti mereka tidak Islam dan murtad. Walaupun mereka tidak ganas seperti “Boko Haram” tetapi permusuhan oleh orang yang anggap mereka sahaja yang Islam dengan orang yang tidak bersama dengan mereka yang didakwa tidak Islam berjaya memecah-belah dan melemahkan orang Islam di negara ini. Apabila lemah maka mudahlah orang Islam diperkosa oleh orang lain."

Kini yang ganas siapa?Siapa yang jadi PM semasa arahkan pembunuhan umat Islam di Memali pada 19 November 1985,kalau bukan Tun Madey sendiri.Hingga kini tak keluaq sepatah ayat pun daripada mulut Tun Madey untuk minta maaf kepada keluarga mangsa Memali yang dibunuh seramai 14 orang tu.Nah ...Islam bunuh Islam,Melayu bunuh Melayu ni kerja siapa.
Melayu mana yang baling batu,simbah cat merah,tikam parti lawan mereka yang juga Melayu hingga cedera parah kalau bukan yang satu parti dengan Tun Madey.Jadi Umno pun adik beradik 'Boko Haram' jugak la.

Adakah keganasan Umno sejak zaman Tun Madey hingga kini berkurang?Orang Melayu Islam di Memali bukan mati di tangan DAP tapi mati di tangan regim Tun Madey yang juga mengaku Islam dan Melayu.Tun kata orang Melayu mudah lupa,Tun jugak kata Umno parti rasuah yang dah busuk hingga ke usus tapi dalam masa yang sama Tun pun duduk dalam parti rasuah tu.Kita orang Melayu tak akan lupa apa yang Umno buat kepada orang Melayu-Islam yang lawan Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan