Khamis, 17 Januari 2013

Bubar parlimen 22-2-13,penamaan calon 16-3-13 dan mengundi 30-3-13?

Inilah Malaysia negara kita yang paling pengecut dalam dunia pemimpinya nak umum tarikh pilihanraya.Jadi kabar angin bertiup kencang kata tarikh cadangan pembubaran parlimen ialah pada Jumaat 22-2-13, penamaan calon Sabtu 16-3-13 dan hari mengundi pru 13 ialah Sabtu 30-3-13.Betul atau tak betul ini sms yang diterima.Rakyat terpaksa korek sana korek sini dan buat ramalan kerana PM Najib jadi gelabah dengan kebangkitan rakyat yang akan jadi satu sejarah dalam ibu segala pilihanraya kali ini.

Semua pemimpin Umno-BN dalam keadaan gelabah ya la dah 55 tahun berkuasa kalau hilang kuasa dalam sekelip mata boleh jadi gila dibuatnya.Mereka tidoq tak lena makan tak kenyang mandi tak basah dok pikir kalau hilang kuasa jadi lagu mana.Bukan dok pikir nak menang tapi pikir nak kalah haha.

Kita rakyat tak kisah buat la bila pun dalam hati nawaitu kita nak tumbangkan Umno-Bn ja bukan pikir apa pon.Tak pikir pun RM100 dan RM500 bagi kita sapu bukan duit Umno tapi duit rakyat.Bila undi kita pangkah Asalkan Bukan Umno!Kalau bagi kita sapu undi pulak BN maknanya nilai diri kita,maruah kita  takat duit yang BN bagi.BN dah banyak menipu rakyat sekali sekala kita kenakan BN pulak umpan kita makan undi lawan BN.

Menarik;
Mahathir kata k'jaan pimpinan Najib lemah-Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Kembali ke jalan benar19 Mac 2013 pada 2:26 PTG

    Sapa yang sebenarnya takut? Pakatan Rakyat AKAN DIMUSNAHKAN DENGAN UNDI RAKYAT YANG KINI TELAH MEMBUKA MATA HATI. TUNGGUUUU!

    BalasPadam
  2. bekas staff sjn TUDM19 Mac 2013 pada 2:37 PTG

    Mana ada betul puak PR ni cakap, pelawak belawok,

    BalasPadam