Rabu, 2 Januari 2013

Betul la live TGHA tak akan jadi punya walaupun Umno ada 23 jam

Saya dah agak Umno hanya suka main tarik tali ja bukan ada kesungguhan untuk jadikan permintaan Presiden Pas TGHA untuk bersiaran langsung dalam RTM dan TV3 untuk jawab isu Amanat Haji Hadi.
Timbalan Presiden Pas ketika ditanya perkara tersebut juga berkata,"Tak jadi!".
Pelawaan Rais Yatim juga hanya sekadar ajak-ajak ayam.Umno ada 23 jam untuk jawab balik dalam media yang mereka kuasai samaada media kerajaan maupun media swasta tapi main dengan takut ni masing-masing bagi macam-macam alasan.Yang syok lagi tu bekas ahli Pas yang kena pecat juga tak setuju buat live! Depa lagi takut daripada orang Umno pulak.

Khairy :Siaran langsung penjelasan Hadi bahaya-Sinar harian online
Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ingin bersiaran secara langsung di televisyen selama sejam bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi boleh mengundang risiko kepada masyarakat.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan pemimpin itu dikhuatiri mampu merosakkan minda pendengar dan seterusnya berupaya menggugat keharmonian lantaran segala kenyataan bakal dibuat tanpa melalui sebarang penapisan.

“Sekurang-kurangnya kita perlu tahu terlebih dahulu isi kandungan mesej yang ingin disampaikan beliau sebelum boleh disiarkan menerusi kaca televisyen.

“Kita risau seandainya perkataan yang keluar dari mulut beliau nanti mampu meracuni minda penonton untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar,” katanya pada satu sidang media semasa menghadiri program Selamatkan Bumi Gaza, Malam Kutipan Dana Bersamamu Palestin anjuran VIC Motorsports Club Malaysia di Dataran Senawang, semalam.

Menurutnya, Abdul Hadi tidak perlu bersusah payah untuk bersiaran secara langsung, tetapi cukuplah sekadar membuat penjelasan melalui YouTube, sidang media, blog atau penulisan artikel.

“Cara ini dilihat lebih wajar, selamat dan praktikal bagi semua pihak selain dapat hindar sebarang kontroversi,” katanya.-Sinar
TV3 dan Utusan Meloya hanya hangatkan isu Amanat Haji Hadi termasuklah angkat bekas ahli Pas yang kena pecat bagi penjelasan tapi pendedahan towkey karpet Deepak isu Altantuya yang dakwa Najib -Rosmah terbabit dalam akuan bersumpah P.Bala langsung tak keluar.Berani londeh isu Amanat tapi penakut siarkan pendedahan Deepak. Baca juga;
Padanlah Ketua Pemuda Umno macam tu-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan