Ahad, 6 Januari 2013

'Mufti dan PM kalau tak mau jumpa di dunia kita jumpa di Akhirat'-Presiden Pas

Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi-Harakahdaily

 Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji Hadi’.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.

“Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.

“Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” tegasnya.

Beliau berkata ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.

“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk Umnolah.

“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.

Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.

“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.

Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.

“Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.

“Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.

“ Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,” ujarnya.-Harakahdaily


Kehendak Presiden Pas itu untuk jelaskan isu kafir-mengkafir yang ditimbulkan kembali oleh Umno di RTM1 dan TV3 kini dah tak jadi apabila dapat tentangan keras  pemimpin Umno dan juga bekas ahli Pas yang kena pecat.Umno pulak jemput bekas pemimpin Umno Yusuf Nor, bekas Ketua Polis Negara Rahim Nor yang juga dikenali sebagai 'Mike Tyson' kerana tumbuk Anwar dalam penjara  balun Presiden Pas  dalam rancangan Hujah di TV3.

RTM1 pulak jempaut Hasan Ali bekas pemimpin Pas yang kena pecat bincang Amanat Haji Hadi.Tuan tubuh tak dipelawa.Ini kerja gila.Hasan Ali tu takkan tak tau masa dia masuk Pas dulu Amanat tu dah wujud?Takkan dah kena pecat daripada Pas baru sedar kata Amanat Haji Hadi tu wujud?

Kalau debat Umno-Pas dulu pun tak jadi tambah la siaran lansgung satu jam oleh Presiden Pas.Negara kita ni kononnya nak ikut negara maju macam Amerika Syarikat dan Britain.Sewaktu berlangsung pilihanraya presiden di Amerika Syarikat tahun lepas 2012 antara Obama dan Romney mereka boleh berdebat berjam-jam dalam tv yang disiarkan secara langung untuk sampaikan apa yang mereka mahu berikan kepada rakyat Amerika Syarikat.Ni mintak 1 jam live pun takuuuuut!Demokrasi ka kukubesi?RTM1 bukan Umno yang punya itu rakyat yang punya.Ingat la sikit jangan bazirkan duit rakyat panggil kucing kurap untuk cakap bohong kepada rakyat dalam RTM1

Ni ubat terbaik untuk semua jangan lupa 12 Januari 2013 kita jumpa di sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan