Rabu, 16 Januari 2013

Jasa Umno kepada orang Melayu tak ternilai hingga jadikan orang Melayu paling miskin di Johor

Negeri termpat Umno beranak ialah di Johor tapi apabila baca berita ni faham lah saya bahawa orang Melayu bawah-bawah ni memang miskin tapi yang kaya raya ialah pemimpin Umno.Tak ada seorang pun pemimpin Umno bahagian yang hidup susah sebab banyak dapat kontrak kerajaan.Tu baru peringkat bahagian belum lagi yang berjawatan menteri termasuk PM yang kaya raya.

Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM-M'insider

Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.
“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.
“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.
DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.
“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.
“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.
Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.
Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.
Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini.-The Malaysian Insider

4 ulasan:

  1. org johor kaya wooooo...kaya ngn semangat jawa. ketuanan melayu,pejuang bangsa dan tanah air...huk huk huk anak kecil main api

    BalasPadam
  2. Melayu yang rajin kerja raya raya..hot malas memang dos miskin, malas nak wat macam mana ..bangun tidor pun kul 12...tak termasuk yg makan ubat lebih.. nasib engkaulah labu..

    BalasPadam
  3. Ish!ish,,,menang sorak, kampung tergadai.,,,

    BalasPadam
  4. Ini lah cara org UMNO/BN berfikir. Kalau pakaian dalam kita habis dijual pada org, apa gunanya kita miliki duit berkepok-kepok, tapi badan berbogel?? - adlan

    BalasPadam