Jumaat, 22 Jun 2012

Pengerusi SPR jangan la buat lawak

SPR: Siaran manifesto parti politik di RTM secara rakaman-M'insider

Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
“Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
“Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing,” katanya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 7 Jun lepas berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.
Akses media yang bebas dan adil adalah antara 22 saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April.
Abdul Aziz berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya akan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka menerusi RTM jika mendapat kelulusan daripada SPR.
Beliau berkata ini bagi memastikan hanya parti politik yang berdaftar dan bertanding sahaja layak mendapat keistimewaan tersebut.
Mengenai waktu siaran, Abdul Aziz berkata perkara itu akan ditentukan oleh RTM dengan mengambil kira nilai berita selain memberi jaminan semua parti yang bertanding akan mendapat jumlah waktu siaran yang sama.
 “Kalau siar pukul 3 pagi siapa nak tengok? Kalau adapun mungkin tak ramai. Penyiaran pada waktu perdana akan dipertimbangkan dan SPR dengan KPKK akan perkemaskan perkara ini,” jelasnya.
Beliau berkata setiap parti diberi peluang untuk menyiarkan bahan mereka di TV1 dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib, manakala penyiaran dalam bahasa lain boleh dibuat menerusi stesen radio.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata tempoh kempen dalam PRU ke-13 nanti mungkin melebihi 11 hari atas permintaan pelbagai pihak, termasuk parti politik.
Beliau berkata tempoh tersebut dirasakan sesuai walaupun terdapat tuntutan daripada pihak tertentu yang mahu kempen pada PRU-13 dijalankan selama tidak kurang 21 hari.
“Ada juga permintaan supaya tempoh kempen tidak terlalu panjang kerana pada mereka kempen di Malaysia sangat meletihkan bukan sahaja kepada calon tetapi juga kepada petugas media kerana perlu bertugas ‘around the clock’,” katanya.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata SPR akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk kos pengendalian yang mungkin tinggi jika kempen dibuat dalam tempoh yang panjang. — Bernama

Buat apa nak buat rakaman, video Bersih3.0 polis pun hingga kini tak keluar-keluar lagi sebab edit belum habis.Janganla buat lawak bodoh.Kalau rakaman sapa nak tengok.Bolasepak Euro pun dibuat secara live semua perlawanan, peminat bolasepak tunggu sampai subuh sebab nak tengok live kalau rakaman balik kerja baru tengok haha.Kalau anak jantan buat la pukul berapa pun rakyat mesti tunggu.


Ni bukan zaman 80-an rakyat diperbodohkan dengan video Memali yang cuba bodohkan orang Melayu.Potong sana potong sini edit sana edit sini lama-lama jadi macam baju tak cukup kain.




3 ulasan:

  1. tak habis2 nak tipu rakyat..
    mmg betul kerja dia Suruhanjaya Penipu Rakyat..

    BalasPadam
  2. Boleh gi jahanamlah dengan syarat barua UMNO neh!! Sudah sudahlah Aziz suruhan! Tiap tiap malam UMNO dok kempen dan tibai peribadi DSAI tanpa tapis dan live dalam buletin dan berita perdana serta utusex meloya.. Ada SPR kisah ke selama neh? Sementara berpeluang buat dosa dan cuba memenangkan penguasa korup buat dan silakanlah! Bila disentap nyawa kelak, sendri mau ingat dan kau buatlah syarat pada mungkar nangkir pula untuk rakam dulu hukuman atau pukulan yang nak dikenakan...tengok amacam!

    BalasPadam
  3. hahahaha..gila babun punyer syarat...btullaa..hak depa, ikut suka ati bapak depa laa nk buat cmana..hurmmm...mampuih BN pru13 nnti ..hang tgok laa lngit tu tggi ke rndah

    BalasPadam