Khamis, 7 Jun 2012

Hari Raya terakhir buat Umno sebelum pilihanraya

Tadi sewaktu bersembang dengan seorang lelaki India yang suka bincang pasal politik tanahair dia tanya saya,"Bila pru 13?" Saya kata la, "lepas raya puasa kot atau bulan Julai." Dia kata kat saya,"Tak mungkin bulan puasa atau lepas raya tapi tahun depan sebab Najib nak bentang belanjawan dulu.Tahun ni masa suntuk.Bagi Umno raya puas-puas dulu sebab ni raya terakhir Umno berkuasa di Putrajaya."

Jika dilihat sekarang ini Umno begitu bimbang dengan kemaraan orang Cina yang begitu bersemangat mahu BN tumbang di Putrajaya.Pergilah ke mana-mana pun kebanyakkan orang Cina dah tolak BN.Selama ini orang Cina dan India bantu BN berkuasa di Putrajaya sejak sekian lama.Perkara ini sudah diketahui Najib melalui SB-SB mereka dan tidak boleh lagi dibendung.Hanya masa saja yang menentukan.Setiap yang bernyawa pasti mati.Begitu juga setiap yang berkuasa pasti ada masa jatuhnya.Kita tunggu dan lihat.

Jika bumiputera Sabah /Sarawak sedar bahawa selama ini mereka diperkudakan BN maka kedudukan BN akan jadi bertambah parah dalam pru 13 akan datang.

Baca juga ;
Umno akan hormat mandat rakyat-Sinar Harian Online
Perjuangan Umno terhenti setakat lubang kubur-Free Malaysia Today
TPM cadang beri lagi bantuan BR1M-M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan