Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevMenurut The New York Posthari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010. 

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.-Gambar dan berita Malaysiakini.