Khamis, 21 Jun 2012

Al-Quds-Al-Quds juga..jangan lupa Umno-Bn bayar Apco RM77 juta!

NAJIB menerima cenderahati daripada Dr Moh’d Akram (lima dari kiri) ketika menerima lawatan Ahli Majlis Institut Antarabangsa Al Quds di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.
AHLI Lembaga Pengarah Ketua Komuniti Perhubungan Antarabangsa Palestine/Lebonan, Dr Moh'd Akram Al-Adlouni (kiri), membuat kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut sama Pengerusi Ali Lembaga Pengarah Yayasan Al Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa (kanan),


Aiit..takkan Nasa tak bawa pi jumpa Presiden Pas dan Murshidul Am Pas?Takkan bawa jumpa Najib dan Muhyiddin ja.Apa nasib rakyat di kawasan parlimen Bachok yang diwakilinya?Apa reaksi pemimpin tertinggi Pas?Apa reaksi ketua-ketua Pas di Bachok?Seronoknya dapat jadi pengerusi Al-Quds Malaysia.Berapa elaun sebulan?Tentu lumayan.Jenguk-jenguk la sama rakyat di Bachok.


Kalau masuk jumpa Najib dan Muhyiddin melalui pintu UG sudah sudah tentu kena hempok tapi masuk jumpa Muhyiddin dan Nasa atas nama Al-Quds sapa berani kata apa.


Dua tiga hari ni media arus perdana gambarkan kepada kita betapa sayangnya Najib dan Muhyiddin Yaasin kepada rakyat Palestine.Bantuan dihulurkan kepada rakyat Palestine sebanyak RM15.8 juta untuk bina kolej di Al-Quds,Baitulmaqdis.


Lupakah kita jumlah yang dibayar kepada Apco Worldwide syarikat Yahudi Israel yang jadi penasihat kerajaan BN sebanyak RM77 juta?Baca di sini.Lupakah kita dengan kapal dagang Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang?Baca di sini.
Adakah Nasa nak betulkan remoih pemimpin Umno yang tercalar dalam isu Apco?
Orang Pas di bawah bermandi hujan, duduk dalam keleboq (selut) dalam himpunan hijau nak pi Putrajaya yang di atas dah duduk semeja.Al-quds -Al-Quds lama-lama kena angkut!Macam mana nak lawan Umno,nak tutuh  Umno lagi ..semua dah kena palam.Ini politik macam-macam boleh jadi.

2 ulasan:

  1. Ustaz yang sorang ni aku tak berapa nak percaya! Tengok stail pun macam asan akidah je! Sudah sudahlah jadi 'pretender' kalau nak sangat jawatan dalam UMNO atau isytihar je... Tak payah la nak Quds sana Quds sini. Bandingkanlah sapa yang 100 persen sokong palestin. Takkan tak boleh buat wajaran antara kerajaan dan lain2. Kerajaan UMNO bayar apco yahudi 77 juta sedangkan lain NGO takda bayar pun pada yahudi! Alih2 pi buat kunjungan hormat pada PM dan TPM je?...!awak gi jumpa pemimpin umno je...pemimpin parti sendiri cam mana stad oi!! Agak-agak la!

    BalasPadam
  2. apakah tindakan pas seterusnya? jangan jadikan pru 13 sebab untuk tidak mahu bertindak. mana perginya jawatankuasa disiplin pas? apakah rahsia 'pertemuan dalam gelap' yang ada pada nasha sehingga pas menjadikan perhimpunan hijau lebih utama dari menyelesaikan karenah nasha? jangan jadikan himpunan hijau sebagai usaha untuk mengalih dari isu nasha. inilah gamaknya kenapa saranan tgna untuk muktamar khas dielakkan. banyak rahsia yang tersimpan oleh nasha...

    mana2 organisasi yang umno terlibat di dalamnya akan tergelincir dari landasan tanggungjawabnya. 'pertemuan dalam gelap' merupakan usaha umno yang disambut oleh pas sekali gus menjemput umno ke dalam organisasi parti islam semalaysia. terbukti sudah apa yang berlaku selepas peristiwa tersebut. pas membuang masa selama 3 tahun kerana terpalit dengan 'kerajaan perpaduan' dengan umno yang nyata bertembung akidah dengan pas!

    wallahu'alam

    BalasPadam