Jumaat, 27 September 2013

Ustaz Din Tantawi kalah kerana keras kepala?

Ketua Pemuda PAS kalah pemilihan parti di kawasan sendiri

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 26, 2013
Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan (gambar) dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.
Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.
“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat.
“Kekalahan Nasrudin dalam pemilihan di peringkat kawasan kali bukanlah kerana unsur sabotaj tetapi pewakilan mahu Ahli Parlimen Temerloh itu lebih menyerlah di peringkat pemilihan PAS pusat,” kata Suhaimi ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara itu, seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya didedahkan lega apabila dimaklumkan kekalahan Nasrudin di peringkat kawasan itu.
Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.
“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.
“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.
“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya kepada The Malaysian Insider.



Selasa, 24 September 2013

Ustaz Din 'Lebih Kuah Dari Sudu'

Kaji Semula Ustaz Din dalam Majlis Syura

Sebelum PRU kita sentiasa diingat tv3 dan Utusan adalah agen rasmi UMNO. Tetapi kenapa kini ada juga ahli Pas yang menggunakan Tv3 atau Utusan Malaysia sebagai rujukan.

Yang lebih parah apabila ada juga pimpinan Pas diberi ruang mengunakan medium rasmi UMNO ini. Adakah para penyokong atau ahli Pas kini sudah boleh mempercayai berita-berita yang disiarkan dimedia rasmi UMNO ini. Adakah Hassan Ali 2.0 kini dalam pembikinan?

Hari ini seorang ahli Majlis Syura telah dihubungi TV3 dan memberi komen mengenai hubungan Pas dan pakatan rakyat. Tidak tahu bagaimana TV3 dapat menghubungi beliau. Tetapi sehingga kini beliau tidak menyatakan samaada TV3 memutar belit kenyataan tersebut atau memang itu kenyataan rasmi Ustaz Din.



Ustaz Din kononnya telah diangkat sebagai anggota Majlis Syura Ulama dimana dilantik oleh Dr. Harun Din disebabkan kertas kerja beliau. Maka aku berharap satu kerja khas diadakan untuk mengkaji semula kedudukan beliau sebagai ahli Majlis Syura.

Ustaz Din sebelum ini terkenal kerana secara jelas menghentam Dr Zul dan Yb Khalid Samad. Dr Zul dan YB Zul diantara "orang lama" dalam Pas tetapi atas kapasisti beliau sebagai ahli Majlis Syura secara terbuka menyerang pimpinan Pas yang banyak berjasa kepada Pas.

Hari ini beliau sekali lagi dilihat seolah-olah "lebih kuah dari sudu" apabila memberi komen melalui telefon kepada Tv3. Walau sebelum ini Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan keputusan hubungan dengan Pakatan Rakyat tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Kenapa masih timbul kenyataan seperti ini, dan yang lebih parah apabila menggunakan media Pas. Jika kenyataan ini dieksploitasi, maka Ustaz Din harus membetulkan kenyataan tersebut.

Namun jika ini memang kenyataan dari Ustaz Din, Pas harus membuka kertas kajian khas untuk mengkaji semula kedudukan Ustaz Din dalam majlis syura. Adakah kedudukan beliau dalam majlis syura itu menguntungkan atau memberi kerugian lebih besar. Jika ia merugikan Pas dan Pakatan Rakyat, Ustaz Din sendiri harus meletak jawatan dalam majlis Syur atau Pas sendiri yang mengambil satu keputusan yang tepat. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jeming Hassan

Ni bukan aku kata tapi orang Pas yang kata.." Ngaji ugama tahap Phd tapi jadi selipar jepun ke musuh.. teruskan ketololan tu.."

Lagi komen terhadap pemimpin Pas yang dok mengenyeh kat media Umno;



DULU-DULU DAN KINI-KINI:

Dulu-dulu: Utusan hanya nombor ekor saja yang betul.
Utusan adalah lidah syaitan.
Utusan haram dibaca.
Utusan hanya sesuai untuk lap taik cicak saja.
Utusan hanya layak dibuat bungkus nasi lemak saja.

KINI-KINI: Utusan adalah tempat meluah rasa.
Utusan sudah mengiktiraf kita.
Utusan adalah lidah kita.
Utusan harus dibaca.
Utusan boleh dikepit kemana-mana.

Kenapa?
Kerana di dalamnya sudah ada suara ulama kita

Sabtu, 21 September 2013

'Jangan minta jawatan bagi jawatan ok..'

Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin At Takiri menjawab dan pertahankan jawatan Presiden dan TP kena ulama.Antara lain kata beliau;
4. Mencadangkan Presiden dan Timbalan di kalangan "ulamak yang faqih dan memahami realiti semasa" adalah cadangan berasaskan merit dan kelayakan untuk diberi keutamaan (afdhal/lebih baik) untuk menjadi pemimpin iaitu ilmu agama di samping sifat kepimpinan yg lain seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah.

5 . Cadangan tersebut tidak menafikan kelayakan untuk memimpin bagi individu-individu yang mempunyai sifat-sifat pemimpin seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah namun memiliki kekurangan pada keilmuan dan kefaqihan agamanya.

6. Cadangan tersebut juga tidak menghalang mana-mana individu yg mempunyai sifat kepimpinan seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah tetapi masih kekurangan pada keilmuan dan kefaqihan agamanya, meskipun latarbelakang pekerjaannya pelbagai tetapi masih tetap berkelayakan untuk menjadi pemimpin di semua peringkat parti sama ada cawangan, kawasan mahupun pusat. Dan itulah yang telah berlaku selama berdekad dalam PAS sejak awal penubuhannya. 

7. Cadangan ilmu dan faqih agama sebagai merit kelayakan pemimpin utama gerakan Islam bukanlah cadangan yg undur ke belakang sebagaimana dakwaan setengah pihak kerana ia selari dgn Islam sebagaimana yg telah dicontohkan oleh para rasul dan khulafa rashidin. Kegemilangan mereka menjadi teladan kepada kita dalam mengemudi gerakan Islam pada masa kini. Merit ini perlu turut digabungkan dengan sifat quwwah dan amanah yg menjadi sebahagian kriteria umum kepada sesebuah kepimpinan. Malah menentang cadangan tersebut adalah langkah mundur meninggalkan Islam yg menjadi asas rujukan gerakan islam. Baca semua di sini.

Dalam pada itu seorang pemimpin Pas yang bukan latarbelakang agama ketika ditanya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kena ulama mengulas isu tersebut dengan berkata,"Kalau ada ustaz atau ulamak yang amalnya, zuhudnya dan akhlaknya baik serta mempunyai daya kepimpinan yang baik maka itulah yang layaknya kita pilih sebagai pemimpin seperti almarhumTG Fadhil Nor, TGNA dan TGHH. Tapi kalau Ustaz atau Ulamak yg amalnya, zuhudnya dan akhlaknya sama dengan kita ja...baik pilih mereka yg lebih mempunyai daya kepimpinanya."

Macam-macam Hadis dikeluarkan ketika ini bab jangan memintak-mintak jawatan..katanya jawatan itu amanah jika tidak ditunaikan boleh bawa bala di akhirat kelak.Peringatan ini memang baguih tapi yang bercakap jangan mintak jawatan tu pon ada jawatan dan nak jawatan!Memang adat mana-mana parti pon tak kira la parti komunis ka,parti kaum Yahudi ka memang ada pertandingan ini kita kena terima kenyataan.Sama ada tawarkan diri untuk bertanding dan dicalonkan untuk bertanding adakah bawa kepada haram dan masuk neraka semata-mata kerana menentang calon sedia ada?Mana boleh menang percuma..syok la macam tu!

Kepada ulama muda Pas yang jadi ulama pelapis jangan sampai jadi ulama penapis sudah la..jangan terlalu bernafsu buat kempen hingga boleh bawa kepada fitnah semata-mata mau semua jawatan dalam parti dibolot geng ulama.Menang kalah adat bertanding tapi jangan terlalu 'menggila' kempen hingga boleh bawa fitnah kepada golongan ulama lain yang tidak terlibat.

Rabu, 18 September 2013

PJ dan TPJ Pas Selangor lantang dan tegas tolak kerjasama Pas-Umno

PAS tolak kerjasama dengan Umno

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad (gambar) berkata, tidak ada ruang kerjasama dengan Umno selagi ia tidak mengubah dasar dan perjuangan parti itu.
Khalid berkata, tawaran kerjasama yang diumumkan Umno hanyalah mainan politik parti itu semata-mata.
"Selagi Umno tetap Umno maka tidak ada ruang kerjasama, ia tidak akan langsung berlaku," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada satu sidang media PAS Selangor hari ini di Shah Alam.
Khalid yang dilihat menyindir parti itu berkata, isu kerjasama Umno dan PAS sering dibangkitkan parti tersebut.
"Mereka cerita hendak kerjasama tapi seolah-olah Umno ini biasanya kata mahu jadi kawan kita lepas itu dia ketuk kepala kita jadi bagaimana untuk kita mempercayai mereka," katanya.
Pada masa sama, PAS Selangor turut menjelaskan salah faham yang berlaku berhubung tahaluf siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat (PR) ketika Multaqa Ulama Se-Malaysia minggu lalu.
Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abul Rani Osman media memberi gambaran salah berhubung perkara tersebut.
"Tidak salah dengan tahaluf siyasi tersebut kerana ia bertujuan menambah baik namun perbincangan mengenai keluar dari PR itu telah disalah tafsirkan," katanya.
Menurut Rani, PAS juga tidak memberi kekebalan kepada mana-mana ahli yang menggugat hubungan parti Islam itu dengan PR.
"Sejarah PAS membuktikan naib presiden PAS sebelum ini telah digugurkan pesuruhjaya juga kita pecat apabila mereka ini kita lihat terkeluar dari dasar perikatan PAS dan PR," kata Rani merujuk kepada Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hassan Ali.
Ia turut disokong oleh Khalid yang mengakui PAS gagal menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi parti itu.
"Kerana itu kita bertekad ingin meningkat kefahaman terhadap ahli-ahli PAS tentang perikatan ini,"kata Khalid yang juga merupakan ahli Parlimen Shah Alam.-TheMalaysian Insider
Hebat PJ dan TPJ Pas Selangor ni.. lantang bersuara..ni baru baguih ada black n white tak ada nak kona-kona,jelas,tegas tak melencong cakap pusing 360 darjah! Tabik!
Pemimpin macam ni layak duduk dalam barisan kepimpinan tertinggi Pas, jadi benteng untuk selamatkan Pas daripada ditelan Umno yang sedang nazak menunggu hari masuk lubang kubur.

Selasa, 17 September 2013

Umno sakit tua dan bakal mati..Pas sakit apa?

Kata mantan PM Tun Madey yang juga 'Murshidul Am' Umno...Umno "sakit tua dan bakal mati".Ada ahli Umno yang marah bila Tun Madey kata lagu tu..

Saya tak mau komen panjang cuma nak kata jika umur Umno dah sampai nak masuk lubang kubur.. saja la nak tanya bagaimana pulak dengan nasib Pas yang kini dilanda 'Pas For Ulama' bukan lagi 'Pas For All'!.Ketua Dewan Ulama Pas Haron Taib dikatakan mau Pas kaji semula hubungan dengan PKR dan PR.

KP Pas Nasruddin Tantawi dan Azli Musa Ketua Penerangan Ulama Pas Perak turut sokong dengan mengatakan jika kajian menunjukkkan hubungan tahaluf siyasi dengan PR bawa mudarat ia boleh jadi Haram!

Tu dia aihh! hebat politik puak ni aku cuma teringat TGNA kata kilik kitab hulu ke hilir.. .serban melengkoi panjang belom tentu cerdik politik.

Banyak komen aku dalam FB sila tengok isu ulama Pas yang kini naik minyak mau bolot jawatan Presiden,Tim Pres,Naib Presiden dan Kp Pas..

https://www.facebook.com/misai.merah boleh komen sokong atau tidak ..

Khamis, 12 September 2013

Memilih Timbalan Presiden sesebuah parti politik adalah seperti memilih panglima perang -Khalid Samad

Pemilihan Timbalan Presiden PAS

Ada yang bertanya kepada saya, “siapa patut disokong untuk jawatan Timbalan Presiden?”

Saya jawab, “Lihat pada yang ada. Bagaimana prestasinya? Baik atau tidak baik? Memuaskan atau tidak memuaskan? Kalau baik kekalkan. Kalau tidak baik dan dirasakan ada yang boleh memberi prestasi yang lebih baik, maka tukarlah.”

Maka ditanya balik, “Bagaimana soal ulama’ atau tidak ulama’?” Saya jawab lagi, “jawatan ini bukan sebagai suatu ‘penghormatan’, iaitu yang dihormati sebagai ulama’ maka diberi jawatan tersebut. Jawatan ini datang dengan satu amanah tertentu. Hendak diberi kepada yang boleh melaksanakan tanggung-jawab dan amanah yang datang bersama dengan jawatan tersebut. Iaitu kepimpinan, ‘kepengurusan’, kebijaksanaan berpolitik, mampu membaca strategi lawan, keberanian, ketangkasan, keamanahan dan lain-lain yang perlu sebagai Timbalan Presiden. 

Bukan kemampuan membuat hukum. Untuk buat hukum dan kawal perjalanan parti dari sudut dasarnya, sudah ada Majlis Syura Ulama’ dan Dewan Ulama’. Di situ keahliannya mesti ‘ulama’. Akan tetapi untuk Timbalan Presiden perlu dipilih orang yang boleh memenuhi ciri tersebut. Ciri ini mungkin ada pada ulama’, seperti Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor, TGNA dan juga TGHH. Dan ia mungkin juga ada pada yang bukan ulama’. Yang penting yang dipilih mesti atas dasar siapa yang lebih mempunyai ciri ini di kalangan barisan calon yang diketengahkan.

Memilih Timbalan Presiden sesebuah parti politik adalah seperti memilih panglima perang yang akan memimpin tentera dalam medan perang. Khalid Al-Walid bukan yang paling alim ketika dilantik menjadi panglima. Bahkan semasa perang Mu’tah beliau baru sahaja memeluk Islam. Namun setelah Zaid, Jaafar dan Abdullah Ar-Rawahah gugur, Khalid yang dipilih untuk memimpin tentera Islam kerana kemahirannya memimpin walaupun ada yang lebih ‘alim fiid-dinn darinya. Begitu juga semasa kempen di bilaadil Syams. Khalid Al-Walid menjadi panglima utama sehingga digantikan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah atas arahan Umar kerana terlalu berjaya sehingga dianggap menjejas I’tiqad ummat Islam!

Dalam soal memilih Timbalan Presiden, kita memilih Panglima memimpin ‘perang’ di ‘medan perang’ politik.

Maka saya harap, jangan dipilih seseorang atas sebab semata-mata kerana beliau ulama’ ataupun bukan. Jangan juga menolak seseorang kerana semata-mata dia ulama’. Jangan menyokong seseorang kerana semata-mata dia bukan ulama’. Jangan juga menolak seseorang semata-mata kerana dia bukan ulama’!

Pilih seseorang kerana dia mampu memainkan peranan sebagai Timbalan Presiden secara yang terbaik! Memimpin parti mengharungi liku perjuangan politik melalui lembah fitnah dan tribulasinya, meredah paya penipuan dan kejahatan lawan serta menggalas cabaran ketinggian puncak kemenangan dan kejayaan. Orang yang tidak mudah dikelirukan dengan fitnah dan tribulasi, malahan mampu membacanya dan menangkisnya sebelum ianya melanda. Orang yang tidak mudah termakan kata memuji dan janji kosong malah mampu membaca kejahatan disebalik kata manis itu. Orang yang mempunyai wawasan kemenangan yang jelas dan kaedah realistik untuk mencapainya. 

Pilihlah orang seperti Sallahuddin Al-Ayubbi atau Muhammad Al-Fatih, atau Nuruddin Az-Zanggi atau Saifuddin Qutus. Mereka bukan dari golongan Juhala’ walaupun bukan juga dari golongan ulama’ namun mereka merupakan pimpinan yang mendepani cabaran zaman mereka dan mengatasinya dengan bantuan seluruh alim ulama’ dan cendiakawan Islam serta dokongan ummat dan rakyat mereka.

Atau pilih orang seperti Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim atau Shah Wali Allah Delhi. Mereka ulama’ mujtahidiin wa mujahidin, yang mampu memutuskan hukum tetapi pada masa yang sama mempunyai ketangkasan dan kepimpinan yang sukar ditandingi oleh mana-mana pihak. Dan kepimpinan mereka berserta dengan ketajaman bacaan politik mereka menyebabkan mereka dilihat sebagai ulama’ mujahid yang memberi inspirasi kepada ummat Islam sepanjang zaman.

Pilihlah, bukan atas dasar klasifikasi dan kelompok, tetapi atas dasar kesesuaian dan kemampuan seseorang itu untuk jawatan yang mencabar sebegini rupa, iaitu Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia!”

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD
MP Shah Alam dan Ajk Pas Pusat

Aku punya komen jika mensyuarat parti tidak hadir selalu ponteng,lebih utamakan yang lain daripada agenda parti,pentingkan agenda peribadi,tidak kedepan dalam hadapi isu semasa,nampak mandom dan liat turun padang bersama rakyat eloklah jangan dipilih galas jawatan TP Pas.

FIKIRKAN HALA TUJU PAS BUKAN ISU

Penulis Pak Abd Syukur Harun 
Ketika PAS Kawasan seluruh negara sedang rancak mengadakan mesyuarat agung dan disusuli oleh mesyuarat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat peringkat negeri, menjelang Muktamar Tahunan PAS November nanti, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Terutamanya media massa, politikus Umno dan pihak yang menyokongnya yang sentiasa mencari salah PAS untuk menyerangnya. Ini biasa berlaku setiap menjelang Muktamar PAS.

Kini, isu yang hangat diperkatakan ialah isu Syiah iaitu ada pihak dengan segala prejudisnya menuduh PAS terlibat dengan Syiah, sedangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abd Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan menafikannya. 

Bagaimanapun, isu ini terus diperhangatkan atas kepentingan tertentu dengan melabelkan Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu kononnya sebagai ‘orang Syiah’, padahal beliau telah menafikannya berulang kali.

Kemudian ditimbulkan pula isu sampingan – melaga-lagakan golongan ulama dan profesional - menjelang Muktamar PAS dan beberapa isu lain yang saling bermunculan yakni dijangka akan semakin rancak ditimbulkan semakin dekat Muktamar. 

Bagi pendukung PAS yang setia, mereka sangat faham bagaimana musuh PAS memanipulasi isu ini setiap kali muktamar untuk memecahbelahkan PAS. 

Oleh itu, mereka tidak perlu melayannya, menjelang Muktamar tahu lalu – sebelum PRU ke-13, masyarakat dihangatkan dengan isu supaya PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan PAS dengan DAP, namun pendukung PAS yang amat setia tidak terpengaruh dengan hasutan ini, yakni akhirnya PAS terus bersama Pakatan menghadapi PRU tersebut.

Kini musuh politik PAS bangun kembali dan berusaha menimbulkan isu-isu yang disebutkan tadi dan tidak mustahil akan berusaha lagi merekacipta isu untuk memecahbelahkan PAS. Tetapi kita yakin, usaha musuh politik PAS ini akan terus gagal, sama seperti kegagalan mereka pada masa lalu, justeru pengalaman dan ilmu yang ada pada pendukung PAS mampu mempertahankan keutuhan parti.

Mengenai isu Syiah, Presiden PAS telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan agenda Barat yang hendak melemahkan Islam dengan masalah mazhab Sunni-Syiah. Beliau menyifatkan isu kontroversi ini perkara lama yang sengaja ditimbulkan kembali.

Justeru, katanya, secara sedar tetapi bodoh atau jahil, isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam mengenai kebangkitan Islam di seluruh dunia. Kata beliau, kerana asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya iaitu Israel serta kuasa-kuasa besar dunia. Untuk itu, Presiden PAS menyeru supaya
umat Islam memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel.

Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini, katanya, masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah. Oleh itu, saya percaya isu Syiah ini tidak akan ‘menggegarkan’ Muktamar PAS November ini. Tetapi jika timbul juga, maka memang sangat malanglah. 

Yang penting diberi fokas dalam Muktamar nanti ialah hala tuju PAS akan datang, melakarkan road-map parti dalam menghadapi politik baru negara ini iaitu PAS, sebagai parti politik Islam kontemporari, mesti menyediakan dirinya benar-benar kukuh dan berperanan penting dalam politik arus perdana Malaysia.

Ia tidak boleh lagi dilihat hanya ‘berlegar’ dalam kelompok atau lingkungan partinya saja, tetapi ia mesti menyerlah di mana-mana, mengambil bahagian  penting dalam semua situasi, justeru sebagai parti dan gerakan Islam, ia menjadi ‘pengimbang’ atau dalam bahasa yang mudah difaham sebagai pengadil dalam semua pergolakan dan keadaan.
Ini sesuai dengan sifat Islam sebagai agama wasatiyah, pengimbang dan penyaksi kepada manusia dan Rasul menyaksikannya, seperti yang disebut di dalam al-Quran Surah Al-Baqarah, 143.

Oleh itu para muktamirin perlu menyediakan gagasan dan idea besar ke arah itu, tidak perlu lagi mengulang-ngulang retorik dan slogan serta frasa lama. Atau membangkitkan isu yang bersifat remeh-temeh atau kritikan dalaman yang hanya ‘mencederakan’ sesama pendukung parti. Lebih-lebih lagi, seperti biasa, ada puluhan wakil media massa – dalam dan luar negara – yang membuat laporan Muktamar di samping para tetamu.

Mungkin ada hujah mengatakan bahawa bila lagi hendak mengkritik atau mengemukakan pandangan kalau bukan di Muktanar. Pada pendapat saya, itu memang benar bahawa kritikan atau teguran serta pandangan berbeza itu boleh saja dilakukan, tetapi pandangan dan teguran itu jangan sampai ke tahap dilihat sebagai tidak releven, tidak faham isu, malah bodoh. Maknanya, kritikan atau pandangan berbeza mestilah didukung dengan fakta, kemunasabahan atau logik akal serta dibawa dalam lingkungan akhlak Islam.

Sementara itu, saya percaya dalam Muktamar kali ini, akan timbul perihal kekalahan PAS di Kedah, kekalahan hingga 15 kerusi PAS di Kelantan, peningkatan prestasi PAS Terengganu yang sangat menjanjikan, kemenangan 15 kerusi PAS di Selangor, kemenangan beberapa kerusi PAS di Johor, sebuah kerusi PAS di Melaka, prestasi PAS Perak yang dan lain-lain akan dibahaskan dalam suasana yang tenang dan matang.

Juga perlu dibahaskan dalam Muktamar itu mengenai usaha PAS untuk menawan kerusi Melayu lebih banyak di luar bandar, di samping mengekalkan sokongan yang ada. Dalam masa yang sama mengeratkan kerjasama dengan semua parti dalam Pakatan rakyat dan berusaha memperkukuhkan lagi Tahaluf-Siyasi.

Kesimpulannya, Muktamar PAS kali ini mesti menghantar isyarat jelas bahawa PAS  sebagai parti politik Islam mampu berdiri gagah (Walking Tall) menghadapi cabaran yang ada betapapun kompleksnya. Ia bukan lagi parti yang berlegar di lingkungannya saja, tetapi ia parti yang hadir dan berperanan dalam arus perdana politik Malaysia. Untuk itu paduan antara ulama, profesional, veteran, tokoh aktivis dan pelbagai golongan lagi amat perlu. -Harakahdaily

Rabu, 11 September 2013

TGNA nafi kata Tim Pres Pas mesti ulama

Saya cakap lain mereka tulis lain-TGNA
 “Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.

Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.

Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.

Polemik tersebut seperti sengaja diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada akhir November hadapan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.

“Percakapan dia berdasar kepada al Quran dan Hadis. Ada pihak sekarang sengaja hendak pelaga-lagakan ulama dan professional. Mereka ini orang yang berfikiran kebangsaan.

“Ini bukan cara memberi ilmu kepada rakyat tentang gerakan Islam. Kita bangun berucap bukan pandai-pandai kita sendiri. Orang pertama yang membuat ucapan ialah Nabi Muhammad saw.

“Jadi bila berucap kita sambung apa yang diberitahu Nabi Muhammad saw dengan membawa dalil al Quran dan Hadis. Ini barulah kita benar-benar jadi pendokong gerakan Islam, bukan sekadar ahli PAS sahaja,” ujarnya.

Oleh yang demikian katanya, mana-mana pemimpin PAS berucap hendaklah diikat dengan nas al Quran, Hadis dan Sirah.-Harakahdaily

Baru-baru ni beberapa pemimpin Pas termasuk pemimpin Pemuda menyokong apa yang disebut Utusan Meloya supaya jawatan TP Pas mesti ulama kononnya TGNA berkata demikian..sila tarik balik! Dulu bukan main lagi buat kempen boikot Utusan,suruh bakaq la..tapi bila akhbar tu kini jadi ejen perosak Pas pakat timpa kutip berita dari tepi jalan untuk kukuhkan kedudukan pihak tertentu dalam parti.

Kalimah Allah



Bab pertahankan kalimah Allah depa la jadi juara..bab lawan hukum Allah depa jugak la kepala juara..hebat..pastu dok tuduh kata kita ni tak pertahankan kalimah Allah depa ja ..cuba kaji pasai pa Allah SWT perintahkan runtuhkan masjid yang Abdullah bin Ubai bina tu..solat belakang Nabi tu..Abdullah bin Ubai bapa munafik tu bina masjid tapi ada pulak yang jenis baling kasut dalam masjid..cintanya depa kat kalimah Allah ..

NGO Perkasa, Jati, Ikdas, Isma, Alaf Baru, Yadim dan lain-lain sedang berhimpun di hadapan Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk selamatkan kalimah "Allah". Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 September, 2013.

'PM Sewel': Layak lagi ka Najib jadi Presiden Umno dan PM?

Dulu ada Mahafiraun,PM Kaki Tidoq,dan yang paling teruk dalam sejarah Malaysia ialah apabila PM Najib dituduh Sewel ! Tak guna lagi 1Malaysia..BR1M ka.Kr1m ka..last2 orang Umno sendiri kata PM SEWEL..patut masuk dalam buku Guinness Book Of Record..Kenapa Najib sendiri tak jawab?BIg Mama senyap tak kata pa laki dia dituduh SEWEL..

Ini secara tidak langsung kempen memburuk-burukkan Najib menjelang perhimpunan agung Umno.Walaupun tak pasti samaada jawatan Presiden Umno dipertandingkan atau tidak memberi kesan buruk buat Najib.

Ahli Parlimen Umno (Pulai) Nur Jazlan Mohamad pulak kata rakyat telah muak dengan Umno..Bekas bos NST Datuk Kadir Jasin turut sokong apa yang dikatakan oleh ahli parlimen tersebut."Saya setuju (kenyataan Nur Jazlan) ... Umno hari ini ada masalah kewibawaan yang sangat teruk," kata Kadir kepada The Malaysian Insider selepas forum anjuran Sinar Harian petang ini.
Umno jelasnya perlu menampilkan bukan sahaja pemimpin parti, tetapi juga dasar yang di bawa mereka untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang dijadualkan penghujung tahun ini."Mereka bertanding atas dasar apa, apa agenda mereka?" soal Kadir.
Semua ini menunjukkan bahawa Najib kini diserang kiri dan kanan supaya beliau cepat mengundurkan diri daripada jawatan PM yang disandangnya selepas keputusan pru 13 yang lebih teruk daripada Pak Lah berkuasa dulu.

Tuduh menuduh dalam Umno ni sebenarnya masing-masing mahu bolot jawatan kerana jika ada jawatan besar dalam Umno banyak wang dan faedah boleh dikaut.Mereka semua serupa sebenarnya tak ada beza.

Pemandu akhirnya jawab isu “Najib sewel”

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja.
Menurut satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses media semalam, Pemandu juga menjelaskan, kakitangannya yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
"Memang dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata pelajaran subjek teras.
"Farah menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua," kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu.
Pemandu juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu.
Penjelasan ini dibuat Pemandu bagi menjawab segala tuduhan yang dikenakan blogger Umno terhadapnya baru-baru ini sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “sewel”.
Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.
Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.
Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team – Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.
Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.-M'insider

Isnin, 9 September 2013

"Bank Muamalat Munafik Dan Amalkan" Apartheid-NUBE



National Union Of Bank Employees tunjukkan rasa tak puashati di kompleks PKNS Shah Alam dengan menuduh Bank Muamalat munafik dan amalkan dasar apartheid kerana pecat seorang kakitangannya berbangsa India tanpa alasan yang kukuh.

Pemilihan Tim Pres Pas:Game makin panas

Pemuda setuju ulama jadi timbalan presiden
Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mencerminkan hasratnya untuk menyaksikan ulama mengisi jawatan timbalan presiden parti itu tidak bermakna beliau mengetepikan pihak lain.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berpendapat, memandangkan parti itu memperjuangkan Islam, maka jawatan tersebut perlu diisi dengan calon yang mendalami Islam.

“Jawatan presiden dan timbalan presiden adalah tunjang parti. Sebab itu ia perlu digalas oleh mereka yang betul-betul mendalami Islam.

“Saya setuju dengan cadangan yang beliau utarakan. Tapi bagi saya cadangan itu juga tidak membawa sebarang maksud  memperkecil atau mengetepikan peranan pihak lain yang ada dalam parti,” katanya pada Sinar Harian semalam.

Katanya, semua pihak, termasuk ulama, profesional dan aktivis, berperanan memperkukuhkan parti itu.-Sinar harian

Apa sebenarnya yang TGNA kata?Kenapa follow apa yang Utusan Meloya kata sebagai hujah?Macam mana pulak dengan komen TGNA yang kata secara mantik 'semua ahli Pas ulama cuma yang beza ialah sedikit atau banyak ilmu yang mereka ada..ekor serban panjang belum tentu cerdik politik awat tak berani komen?

Benarlah bahawa mereka cuba sedaya upaya kini untuk rebut kerusi Tim Pres daripada tangan bukan ulama supaya senang depa 'buat kerja'..

Pemuda Pas kini tidak lagi hebat sudah hilang taring hanya macam buih Coca Cola ja habih buih habis la..tak dak apa..

Jawatan besar dalam parti mesti diisi oleh mereka yang bertanggungjawab, buat kerja bukan hanya seronok pegang jawatan tapi jadi pemalas,tidak ke depan dalam apa jua isu yang libatkan parti dan negara,sedia berdamping erat dengan rakyat bukan hanya kilik kitab di masjid 24 jam.