Rabu, 20 Mac 2013
Keluarga Taib Mahmud kata tiada siapa di dunia ni bila jadi pemimpin tak rasuah
Pada minit 14.33 keluarga Taib Mahmud kata ,"Saya sedar rakyat cakap macam-macam mengenai rasuah dan lain-lain hal tentang beliau .Tetapi saya rasa siapa yang tidak melakukannya di dunia ini?Terutamanya apabila mereka ini seorang pemimpin."
Baca di sini.
Selasa, 19 Mac 2013
Lahad Datu:Najib tak berani tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja,kata Datuk Mat Zain Ibrahim
‘PM tidak berani siasat pencerobohan Sabah’
K Pragalath
| March 19, 2013
PETALING JAYA: Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah kerana kepentingan politik dan kroni.
“Kuasa ada di tangan Perdana Menteri dan beliau sepatutnya boleh mengisytiharkan pembentukan RCI itu serta merta, jika kerajaan yakin yang tidak ada isu yang ingin disembunyikan atau dipolitikkan.
“Selain daripada menumpukan minat untuk menyiasat dalang disebalik pencerobohan tersebut,kerajaan juga wajar mengenalpasti kesilapan, kecuaian dan campurtangan pemimpin politik yang dipercayai telah menyumbang kepada tragedi berdarah pertama di-Kampung Tanduo dan disusuli di-Semporna ketika diperingkat Ops Sulu.
“Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh, Najib nampaknya masih lagi teragak-agak dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk membentuk RCI tersebut.
“Beliau seolah lebih mementingkan kedudukkan politik beliau dan kroni-kroni beliau sahaja, daripada mencari punca dan kecuaian, bagaimana sebegitu ramai anggota keselamatan kita khasnya dari Pasukan Polis, bukan sahaja terkorban malahan ditawan,diseksa dengan kejam sebelum dibunuh,” kata Mat Zain dalam sepucuk surat terbuka kepada Ketua Polis Negara. Tan Sri Ismail Omar.
Bersandiwara
Mat Zain turut menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie atau Abgimuddin kerana Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Filipina.
“Mereka berdua tidak menerangkan perkara sebenar kepada rakyat, bahawa proses mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie Kiram itu, bukan sahaja memerlukan kerjasama erat pihak berkuasa Filipina, malahan memerlukan kelulusan daripada Manila,” jelas Mat Zain.
Tambahan pula Mat Zain turut menyoal peranan Patail dan Hamza untuk mengelakkan Manuel Amalilio ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana menipu 15,000 rakyat Filipina dalam skim cepat kaya berjumlah RM900 juta.
“Sekiranya Hamza dan Gani Patail mempunyai peranan dan terlibat secara langsung dalam “merampas”
Manuel Amalilio daripada tangan pihak berkuasa Filipina, beberapa minit sebelum penjenayah yang sangat mereka kehendaki itu, menaiki pesawat ke Manila di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 26 Januari lalu maka apakah kerjasama yang Gani Patail dan Hamza Taib boleh harapkan dari Manila, untuk mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie pula?

Setiausaha Dalam Negeri Filipina,Mr.Mar Roxas telah dilaporkan sebagai menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman campur tangan dalam menghalang saudara bau bacangnya, Manuel Amalilio daripada dibawa balik ke Filipina pada saat-saat akhir.
Mat Zain membuat spekulasi bahawa keengganan Malaysia untuk menghantar Manuel ialah antara sebab yang akan menyebabkan usaha ekstradisi kumpulan Sulu akan gagal.
Apa kaitan dengan Manuel Amalilio?
“Persoalannya ialah apakah kaitannya proses ekstradisi Manuel Amalilio dengan pencerobohan bersentaja pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, sehingga menyebabkan Manila membatalkan proses membawa Amalilio balik ke Filipina? Jika ia tidak ada kaitan,mengapa pula Setiausaha Jabatan Keadilan Filipina Leila de Lima berkata sedemikian?
“Perlu diingatkan bahawa Leila de Lima membuat kenyataan tersebut hanya beberapa hari sahaja selepas Gani Patail mengumumkan di Putrajaya akan meneliti proses ekstradisi keatas Jamalul Kiram.
Pada 13 Mac Leila menyatakan usaha ekstradisi Manuel dibatalkan ekoran konflik di Sabah.
Seterusnya Mat Zain turut menyifatkan kelemahan tentera Malaysia yang menjaga sempadan dan kenyataan menteri yang mengelirukan menyebabkan krisis di Lahad Datu berterusan.
Sebagai contoh beliau memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 16 Februari dan Ketua Menteri Sabah Musa.
Hishammuddin dilaporkan berkata: “Kesemua ahli kumpulan bersenjata dari Filipina yang telah mendarat di Lahad Datu,Sabah, akan dihantar pulang ke negara asal mereka seberapa cepat yang mungkin. Berdasarkan daripada sumber inteligen, mereka bukan terdiri daripada kumpulan militen atau pengganas. Mereka merupakan penyokong Kesultanan Sulu dan beliau berharap dan berdoa mereka dapat diusir keluar segera”.
Musa pula dilaporkan berkata: “Kerajaan telah selesai mengadakan perbincangan (dengan penceroboh)dan mereka akan dihantar pulang ke negara asal.”
Menurut Mat Zain kenyataan sebegini telah mengelirukan tahap kewaspadaan pihak keselamatan dan menyebabkan Sabah dibolosi pengganas.
Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh sejak mereka menceroboh Sabah 12 Februari lalu.Free Malaysia Today.
Terimakasih Pas Kedah bertokaklah sampai kalah
Malaysiakini melaporkan Pharolrazi tak 'diculik' orang Azizan cuma dinasihati.Pertelagahan kepimpinan Pas Kedah memang berlaku dan tidak dapat disangkal lagi.Satu puak MB Kedah dan satu puak lagi yang menentang MB Kedah.
Mereka tidak fikir penat lelah orang bawah yang bertungkus lumus melawan Umno-BN supaya Pas Kedah dan PR terus berkuasa.Apa yang ada dalam kepala otak pimpinan Pas Kedah sebenarnya?
Saya cuma nak kata 'Terimakasih Pas Kedah bertokaklah sampai kalah!'
Adakah benar cakap-cakap orang bahawa MB Kedah (Pas) akan cipta sejarah yang pertama dan terakhir ialah ustaz Azizan Razak?
Kalau Pas Kedah tidak lagi berkuasa tak payahlah nak tuding jari kata rakyat Kedah tolak Pas dan PR tapi hang pa salahlah diri sendiri.
Kalau di Terengganu Umno terbelah dua antara Team Idris Jusuh dan Team Ahmad Said begitulah juga dengan Pas Kedah retak menunggu belah.Umno tak payah la nak pulun sangat tawan Kedah kerana pimpinan Pas Kedah sendiri sedang berkempen untuk hang pa menang!
Orang lain pun berkelahi laki bini tapi tak la sampai bercerai berai..ni dak lagi teruk pada tu berpatah arang berkerat rotan.Ada orang kata kat saya kalau mengaji tak tinggi tak jadi kurang ajaq ok lagi ni belajar tinggi-tinggi tapi pakat jadi kurang ajaq!
Kalau puak ni pakat ceramah ayat Quran dan hadis tak lekang di mulut tapi bila tiba time depa berkelai semua pakat ikut perangai Setan.
Sekadar kenangan

Persoalan tak terjawab kenapa Najib didakwa arahkan peguam Cecil Abraham deraf akuan bersumpah kedua?
Dapatkan akhbar 'Meletop' SK bil 109 di pasaran untuk bacaan lanjut.
Suruhanjaya sangat munasabah untuk siasat pembunuhan Altantuya
Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menyifatkan, suruhanjaya berkenaan membolehkan nama-nama yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu disiasat, khususnya melibatkan pendedahan mendiang Bala.
Suruhanjaya sangat munasabah untuk siasat pembunuhan Altantuya
Suruhanjaya bebas bagi menyiasat peguam yang menyediakan draf akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam sangat wajar ditubuhkan.
Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menyifatkan, suruhanjaya berkenaan membolehkan nama-nama yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu disiasat, khususnya melibatkan pendedahan mendiang Bala.
“Memandangkan pendakwaan kes ini tidak menyeluruh di mahkamah Malaysia, maka perlu kepada suruhanjaya bebas lebih-lebih lagi apabila banyak pendedahan mendiang Bala yang menimbulkan persoalan,” kata Pengarah Juham, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi.
Sabtu lalu, peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu mendedahkan seorang peguam senior, Cecil Abraham mengaku menyediakan SD kedua Bala atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu didedahnya ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam dekat sini.
Ahmad Zamri berkata, peguam negara perlu membuka semula kes pembunuhan itu berdasarkan pendedahan Bala dan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
“Peguam negara ada kuasa buka semula kes ini selepas pendedahan Bala dan Deepak. Tapi perkara ini tidak dilakukan. Jalan terakhir ialah penubuhan suruhanjaya bebas,” katanya dipetik Harakah Daily.
Sementara itu, Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara berhubung dakwaan ke atas salah laku Cecil Abraham itu.
Balasubramaniam pada Julai 2008, membuat akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya.
Bagaimanapun, Bala menarik balik SD tersebut dengan membuat SD kedua sehari selepas mendedahkan SD pertama.
Beliau yang pernah berkhidmat dengan Abdul Razak Baginda itu kemudian menghilangkan diri selepas mendakwa menerima ancaman.
Bala pulang ke tanahair 24 Februari lalu, dan kemudian nekad untuk menjelajah negara bagi mendedahkan skandal berkenaan.
Bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung. – NS (Keadilandaily.com)
Haji Najib tengok ni apa hukum pakai rantai
Ni gambar lama Najib tapi semasa berlangsungnya himpunan 1milion women purple walk di Putrajaya baru-baru ni semasa saya lihat berita Bernama dengan jelas Najib pakai rantai tengkok ketika berucap.
Baru-baru ni Najib berlagak jadi ulama jadi-jadian dengan menghukum Pas dan PR lakukan 7 dosa besar.
Baru-baru ni Najib berlagak jadi ulama jadi-jadian dengan menghukum Pas dan PR lakukan 7 dosa besar.
'ISMA patut pertahankan Kelantan''-Dr Asri
Kalau tukar kerajaan Islam tunggulah pembalasan-Dr Asri
“Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak,” kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin.
Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.
“Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin.
Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.
Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan.
Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.
Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab.
Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan.
Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.
“Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam,” ujarnya.
Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008.
Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.-Harakahdaily.com
“Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula,” tambahnya.
Isnin, 18 Mac 2013
Ketua wanita BN dah belemoih taik tapi masih emosional
'Serangan Rafizi bukti ketakutan dengan kekuatan Wanita BN'
Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini menuduh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dengan mengatakan serangan keatasnya melibatkan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah kerana takut dengan Wanita Barisan Nasional (BN).
Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Shahrizat yang merupakan bekas menteri Kabinet dan ketua Wanita Umno tidak bersetuju dengan tindakan Rafizi yang menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar apabila menuduh kedua-dua mereka menipu kepada Parlimen pada 2011 tentang pinjaman kerajaan berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).
“Anak guam kamu menyerang saya selaku ketua Wanita BN kerana dia takut dengan kekuatan Wanita BN,” kata Shahrizat kepada peguam Rafizi Ranjit Singh disini, dengan nada agak marah.
“Kamu menyaman anak guam saya atas kata-katanya dalam satu kenyataan media. Baca ini, adakah kamu bersetuju anak guam saya akan mengejar perdana menteri dan menteri pertanian dan industri asas tani,” tanya Ranjit semasa soal balas dalam perbicaraan kes saman fitnah Shahrizat berjumlah RM100 juta keatas Rafizi dan MP PKR Zuraida Kamaruddin.
“Dia yang menyerang saya... ia selalu tentang keluarga Shahrizat (yang Rafizi tuduh),” balas Shahrizat.
Ranjit berkata kenyataan media Rafizi adalah bertujuan untuk membidas Najib dan Noh yang memberitahu Parlimen pada Oktober dan November 2011 bahawa pinjaman kerajaan RM250 juta tidak sepenuhnya disalurkan kepada NFCorp.
Beliau menambah Rafizi telah berkata penyata kewangan NFCorp yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat tersebut telah mengeluarkan wang sebanyak RM250 juta hingga tempoh 31 Mac 2009.
Apabila disoal lagi, Shahrizat menuduh Rafizi berniat jahat dan bertindak atas tujuan tidak baik, menyebabkan Ranjit terpaksa membalasnya dengan baik, “Awak betul-betul perlu kawal diri sendiri.”
Shahrizat juga berkata beliau tidak sedar tentang dua kondominium yang dibeli menggunakan dana NFCorp.
Beliau menambah menyatakan kerajaan mengeluarkan RM250 juta ke dalam sebuah akaun pinjaman istimewa, tetapi “jumlah sebenar syarikat tersebut telah gunakan ialah RM181 juta.”
Sharizat yang merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata Real Food Company (RFC) yang menjalankan perniagaan rangkaian restoran Meatworks dan 70 pembeli lain menerima diskaun daripada NFCorp berjumlah RM2.9 juta.
“RFC memperoleh diskaun bersama dengan 70 pembeli lain,” kata beliau.
NFCorp dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan tiga anak pasangan tersebut.
Rafizi sebelum ini menegaskan walaupun telah berulangkali menimbulkan persoalan konflik kepentingan dalam penganugerahan projek NFC kepada syarikat Mohamad Salleh semasa Shahrizat masih lagi dalam Kabinet, sehingga kini hanya pengerusi NFCorp yang didakwa di mahkamah atas salahlaku.
Pada 12 Mei tahun lalu, Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dalam dana NFCorp menerusi pembelian dua unit kondominium.
Rafizi antara yang lantang dalam pendedahan skandal tersebut telah didakwa bersama bekas kerani Public Bank Johari Mohamad dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 kerana mendedahkan dokumen perbankan melibatkan NFCorp.
Kedua-dua mereka boleh dijatuhi hukuman maksimum RM3 juta atau dipenjara tiga tahun jika didapati bersalah.
Sesi pendengaran sebelum itu bersambung tengharai ini dihadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.-The M'inisder
Yang dedah skandal lembu jika didapati salah akan masuk penjara dan kena bayar denda.Yang telan duit lembu NFC RM250 juta terlepas.Dapat kondo lagi..macam mana sampai beli kondo Sharizat tak tahu menahu?haha macam-macam ada.Ish..ingat kita rakyat ni macam lembu ka?
'P.Bala mati tinggalkan anjing bernama Altantuya'-Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Zaid Ibrahim seorang peguam,bekas menteri dan bekas ahli PKR menulis dalam blog beliau seperti berikut;
"Three days ago Balasubramaniam Perumal, the former private investigator, died of a heart attack. He was 53. He left behind a wife, three young children and a dog named Altantuya."(Tiga hari lalu, bekas penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung. Beliau berumur 53 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri, tiga orang anak dan seekor anjing bernama Altantuya.)
Kata Zaid Ibrahim lagi ;
"I met Bala in London two years ago. I was able to ask him questions that many of us Malaysians wanted to know: Did he know why Altantuya was killed? Who ordered the killing?"(Saya bertemu Bala di London dua tahun lalu. Saya dapat bertanya kepadanya soalan-soalan yang banyak kita semua rakyat Malaysia ingin tahu: Adakah dia tahu mengapa Altantuya dibunuh?Yang mengarahkan pembunuhan itu?)
Seterusnya Datuk Zaid berkata ,"Those who have made accusations against Bala—that he was paid to make his first statutory declaration—are not only stupid but malicious. Bala would not dare to make false accusations against the most powerful man in the country just for money. After what happened to Altantuya, Bala knew better. The only reason he did what he did was because he wanted to know the answers to the questions you and I want to know. He wanted justice for Altantuya."(Mereka yang telah membuat tuduhan terhadap Bala yang dia telah dibayar untuk membuat akuan bersumpah pertama yang bukan sahaja bodoh tetapi berniat jahat. Bala tidak akan berani untuk membuat tuduhan palsu terhadap seorang lelaki paling berkuasa di negara ini hanya untuk wang. Selepas apa yang berlaku kepada Altantuya, Bala jadi lebih baik. Satu-satunya sebab beliau melakukan apa yang dia lakukan adalah kerana dia ingin tahu jawapan kepada soalan-soalan anda dan yang saya ingin tahu. Dia mahukan keadilan untuk Altantuya.)
"He believed that there had been an obstruction of justice and a criminal conspiracy at the highest levels. He had a conscience and he wanted to tell the world what he knew so that the Police would investigate the matter, and so that we would all know what actually happened. It is unfortunate that Tan Sri Musa Hassan, the former Inspector-General of Police, was not willing to come forward and tell us what he knew. His plan to give a Press conference in Bangkok was aborted at the last minute, and instead of responding to these serious allegations, the powers-that-be chose to malign Bala and relocate him and his family to India."(Beliau percaya bahawa terdapat halangan keadilan dan konspirasi jenayah di peringkat tertinggi. Beliau mempunyai hati nurani dan beliau mahu memberitahu dunia apa yang dia tahu supaya Polis akan menyiasat perkara itu, dan supaya kita semua akan tahu apa yang sebenarnya berlaku. Ia adalah malang bahawa Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara, tidak bersedia untuk tampil ke hadapan dan memberitahu kita apa yang dia tahu. Rancangannya untuk memberi sidang akhbar di Bangkok telah dibatalkan pada saat-saat akhir, dan bukannya bertindak balas kepada tuduhan-tuduhan serius..)Baca semua di sini.Terjemahan bebas tak betoi dan tak faham tolong bagi faham
Peguam P1 Bala kata terpaksa mungkir janji-Malaysiakini
Semasa mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam tempoh hari, peguam Americk Sidhu membuat satu aduan serius semasa membahaskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat pengarang akuan berkanun kedua P Balasubramaniam.
Angin tak ada,ribut tak ada tengok-tengok MUhyiddin Yaasin kata pembangkang cuba kaitkan kematiian P.Bala dengan Umno.Sapa yang tuduh atau sengaja nak kasi Najib bertambah parah?

Americk mendakwa beliau menemui pengarang tersebut, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham yang memberitahunya bahawa beliau berbuat demikian atas arahan timbalan perdana menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Razak.
Malaysiakini berusaha menghubungi Abraham sejak Deepak Jaikishan mula-mula menimbulkan dakwaan tersebut. Malaysiakini berpeluang bertemu dengan Cecil namun beliau enggan mengulas dakwaan tersebut.
Dalam ucapan itu, Americk berkata beliau mengingkari janjinya dengan Balasubramaniam untuk merahsiakan pengakuan yang didakwa dibuat oleh Abraham.
Americk berkata beliau terpaksa berbuat demikian walaupun ia melanggar hukum kerahsiaan antara beliau dan anak guamnya itu, yang meninggal dunia pada hari Jumaat lalu – sehari sebelum beliau mendedahkan perkara itu di AGM Majlis Peguam.
Sekiranya pendedahan itu tidak dibuat, beliau tidak akan dapat menghadapi kenyataan hidup, katanya.
“Saya tahu ini perlu dilakukan sebagai tanda hormat ke atas pengorbanan Balasubramaniam, yang berjuang begitu gigih dan menderita begitu banyak hanya kerana beliau percaya apa yang dilakukannya itu adalah benar,” katanya.-M'kini
Malaysiakini berusaha menghubungi Abraham sejak Deepak Jaikishan mula-mula menimbulkan dakwaan tersebut. Malaysiakini berpeluang bertemu dengan Cecil namun beliau enggan mengulas dakwaan tersebut.
Dalam ucapan itu, Americk berkata beliau mengingkari janjinya dengan Balasubramaniam untuk merahsiakan pengakuan yang didakwa dibuat oleh Abraham.
Americk berkata beliau terpaksa berbuat demikian walaupun ia melanggar hukum kerahsiaan antara beliau dan anak guamnya itu, yang meninggal dunia pada hari Jumaat lalu – sehari sebelum beliau mendedahkan perkara itu di AGM Majlis Peguam.
Sekiranya pendedahan itu tidak dibuat, beliau tidak akan dapat menghadapi kenyataan hidup, katanya.
“Saya tahu ini perlu dilakukan sebagai tanda hormat ke atas pengorbanan Balasubramaniam, yang berjuang begitu gigih dan menderita begitu banyak hanya kerana beliau percaya apa yang dilakukannya itu adalah benar,” katanya.-M'kini
Angin tak ada,ribut tak ada tengok-tengok MUhyiddin Yaasin kata pembangkang cuba kaitkan kematiian P.Bala dengan Umno.Sapa yang tuduh atau sengaja nak kasi Najib bertambah parah?
Muhyiddin Yaasin merapu lagi tak tahan kena gasak
Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin kata "Pembangkang ini buka kilang 25 jam sehari, dalam sehari kita hanya ada 24 jam tapi pembangkang 25 jam,".Ha ha cuba cakap mana satu fitnah?
Keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia terbabit sapu duit lembu NFC RM250 juta.Pendedahan ini dibuat oleh Ketua Audit Negara.Takkan Ketua Audit Negara buat fitnah?
Cincin RM24 juta memang wujud dan diakui Menteri di Jabatan Perdana Menteri cuma Rosmah nafi kata cincin bukan dia yang punya.Cincin yang mana satu Rosmah tak bagi tau!
Duit haram Umno Sabah berjumlah RM40 juta adakah fitnah?
Akuan bersumpah P.bala 1 dan 2 adakah fitnah.Dalam akuan bersumpah pertama P.Bala kata Najib terlibat dalam kes Altantuya.Akuan bersumpah 2 pulak P.Bala kata Najib tak terlibat.Kini P.Bala yang dah mati tu apabila pulang ke Malaysia kata akuan bersumpah 1 itu yang benar.Adakah fitnah?
Akuan bersumpah kedua P.Bala dibuat atas arahan Najib adakah fitnah?
Skandal jual beli kapal selam Scorpene adakah fitnah yang ada kaitan dengan Razak Baginda kawan Najib?
Duit Tabung Haji disedut masuk ke dalam akaun peribadi CEO Tabung Haji berjumlah RM300,000 adakah fitnah?
Guna duit zakat digunakan untuk bayar kos guaman berjumlah RM63,650 adakah fitnah?Ketua Audit Negara 2010 yang dedah.
Duit Saham Bumiputera lesap RM52 bilion adakah finah?Najib sendiri mengaku.
Bagi IC kepada pendatang haram di Sabah adakah fitnah.Tun Madey sendiri yang mengaku.
Sejarah juga membuktikan Umno roboh masjid di Terengganu bukan fitnah.Akhirnya kuasa Allah SWT Yang Maha Kaya ditunjukkan banyak kejadian runtuh berlaku di Terengganu.
Umno mengaku kata segala projek pembangunan Umno yang buat pada hal itu tanggungjawab pemerintah.Tapi apabila berlaku salah guna kuasa dan seleweng wang rakyat Umno tak mau mengaku haha
Mari kita berdoa supaya Umno-Bn berkubur dalam pru 13 yang dah tak berapa lama lagi.

Ahad, 17 Mac 2013
Muhyiddin Yaasin tembak peluru kapur
TPM masih enggan tunjuk bukti 'porak poranda'
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya mengenai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.
"Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya ketika ditanya bila pendedahan dokumen itu akan dilakukan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.
Rabu lalu, ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.
Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13.
Katanya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. -Malaysiakini.
Zaman sekarang cakap bohong,penipu dan kaki fitnah boleh jadi menteri,Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.Malu la sikit kepada negara luar yang bukan dipimpin orang bukan Islam apabila berbohong dan kaki kedarah rasuah gerenti tak ada tempat dalam kerajaan.
Insiden Lahad Datu Umno mau rakyat percaya bulat-bulat apa yang media arus perdana sajikan kepada rakyat.Kalau Muhyiddin sendiri cakap bohong macam mana kita nak percaya perkara lain?Lagi aaaa,,kalau orang Umno sendiri dah mula hilang kepercayaan kepada pemimpin depa takkan kita nak percaya dengan Umno lagi!

Tipu helah terbesar di Malaysia
Kata Ustaz Azhar Idrus di Padang Kelab Sultan Sulaiman,Kg Baru semalam, "Jangan tanya bila pru 13 akan diadakan tapi yang penting ubah tetap ubah!"
Langgan:
Catatan (Atom)