Rabu, 22 Februari 2012

Pengkhianat dan pembelot celaka dunia akhirat

Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata presiden parti parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya.Berita asal Bernama









Selasa, 21 Februari 2012

Bantah sampai pindah!

Jangan sampai jadi macam di bawah.Bantah sampai pindah .Turun ramai-ramai.Menyesal kemudian tak berguna.Hingga kini belum terjawab kenapa projek sisa bahan buangan ini dipindahkan ke Malaysia.Kalau selamat kenapa Australia  tendang projek LYNAS ni ke Malaysia?

Baca juga;
Himpunan Hijau 2.0 juga diadakan di luar Kuantan-M'kini
Kesan Gebeng mampu sampai ke Thai, Singapura-M'kini
Bantah Lynas:Pas kerah 10,000 ahli ke Kuantan-M'kini

Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, kata Presiden Pas

Abdul Hadi : Pas tidak jadikan Islam senjata politik-Sinar harian online


 Pas tidak pernah menjadikan Islam sebagai senjata politik untuk meraih kuasa.
Sebaliknya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang telah menjadi tanggungjawab bagi umatnya untuk berjuang menegakkan hukum Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari, termasuk urusan politik. 
 
Sehubungan itu, menu­rutnya, tanggapan pihak tertentu bahawa parti itu menggunakan agama sebagai senjata politik, sama sekali tidak benar.
 
 “Politik adalah sebaha­gian daripada ajaran Islam, bukan sebaliknya. Kita tidak boleh mempolitikkan Islam, tetapi perlu mengislamkan politik. Siapa kata politik terpisah daripada Islam?,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menggesa pemimpin politik supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai senjata politik.
 
Abdul Hadi berkata, Islam sentiasa mengajar umatnya supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu.
 
“Bukan sahaja ikhlas dalam bersolat, tetapi dalam politik juga kita perlu ikhlas. Ada orang ber­juang dalam politik hendak dapatkan nama, pangkat, projek atau harta, ini adalah tidak betul dan sudah tentu tidak dapat pahala,” katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Dokumen Negara Berkebajikan dan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan Pas kawasan Kuala Pilah, di sini, kelmarin.-Sinar harian

Kalau tak berpolitik macammana nak pegang kuasa.Macammana nak jadi MB.Macammana nak jadi PM.Umno akan jadi PM sampai kiamat kalau kita tolak politik.

Isnin, 20 Februari 2012

Debat la kalau berani jangan hanya berani pecah cermin kereta, pukul dan buat kacau

Malaysia kononnya amalkan sistem demokrasi yang berkiblatkan negara bekas penjajah British.Tapi apa yang kita nampak ruang demokrasi terutama dalam media arus perdana hanya dikuasai sebelah pihak iaitu Umno-BN.Pihak pembangkang hanya bergerak melalui ceramah dan media internet, blog dan FB.Kalau kita tengok dalam tv yang jadi barua dan pencacai Umno diberi ruang yang seluasnya untuk kutuk parti lawan.Pihak lawan pulak tak dapat ruang nak jawab sebab tak diberi peluang.Jadi jawabla dalam lidah parti sendiri dan tempat ceramah.Yang duduk diceruk kampung hanya berpandukan siaran berita TV yang penuh dengan propaganda Umno-Bn.TV berbayar pun sama tak sampai 5 peratus pun ruang untuk parti pembangkang suarakan hak mereka.Depa ingat yang langgan tv berbayar hanya Umno belaka.

Memang seronok buat forum atau program apa pun dok hentam parti lawan dalam tv sebab tak jemput parti pembangkang suarakan hak mereka,Ini namanya program syok sendiri.Yang tanya dengan  dengan yang jawab satu lubuk dan sama spesis.Ini namanya dayus dan pengecut.Dok tipu diri sendiri.Di negara luar parti pembangkang ada tv sendiri di negara kita hanya parti pemerintah yang gila kuasa saja ada hak atas badan penyiaran.TV kerajaan jadi tv Umno walaupun guna duit rakyat.

Tu pun dengan kuasa Allah SWT Umno tumbang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu.Ini kuasa Allah SWT sapa boleh halang.Tak cukup dengan cengkam arus media perdana tapi masih buat kerja gila dok ganggu ceramah parti pembangkang dengan pukul, tumbuk, pecah cermin kereta , tendang  kereta sampai kemek walaupun ada segala-galanya.Mungkin ini yang dikatakan hak asasi bagi samseng Umno-BN.Matlamat halalkan cara.Terkini samseng Umno menggila di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.Di Kedah mungkin sebab kerana masing-masing ada kepala masam jadi kalau nak berlawan tumbuk mungkin ada yang lari tak cukup tanah.Atau depa dah kawtim ha ha!

Woiittt sampai bila nak main politik samseng taik kucing.Dunia makin menuju ke depan bukan patah balik ke belakang.Debatla kalau berani takkan hanya berani dalam tv dan media sendiri ja.Takkan nak tunggu bini bagi signal baru berani debat.Takut apa ....Kalau Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek berani debat PM Najib, Hishamuddin sepupu Najib, Muhyiddin, Khairy debatla .TGHA dah ajak, Anwar dah ajak, Mahuz dah ajak debat la tunggu apa lagi.Takkan nak biarkan anak buah jadi samseng taik kucing sampai dunia kiamat.Jangan jadi macam Hasan Jati Tiga Jalur, Khalid Samad ajak debat dia senyap.Berani kot jauh saja.

Macam-macam boleh debat dan tajuk boleh pilih sendiri takkan tak berani?Contoh Siapa kebas duit sahama Bumiputera lesap RM52 bilion?, Pas kuda Dap, Dap Kuda Pas, NFC RM250 juta, Warga Asing dapat MyKad, Siapa arahkan bunuh Altantuya?, Komisen kapal selam Scorpene, Guna duit KWSP sesuka hati,Siapa sokong Israel Umno atau Anwar?, Boleh pinjam duit zakat dan macam-macam lagi.Jangan hanya jadi jantan dalam kelambu saja.

Baca juga;
Pemimpin BN, Pakatan mahu lebih banyak debat-M'kini
PKR:Tengku Adnan patut atur debat PM-Anwar-M'kini
Mahfuz cabar Hishamuddin debat-Harakahdaily
Hisham restu kereta Anwar diserang di Sembrong?-Harakahdaily
Samseng Umno pecahkan cermin kereta Anwar-Keadilandaily

Dividen KWSP: Kenapa 6% bukan 10% atau 12 %?



KWSP umum dividen 6 peratus-Bernama


 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.
Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.
"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini.Baca semua di sini.
Pencarum wang KWSP ialah golongan pekerja termasuk golongan buruh bawahan yang mengharapkan wang tabungan tersebut pada usia tua.Adakah berbaloi sangat dengan dividen 6 peratus?Pihak kerajaan sering melaungkan kekukuhan ekonomi negara malah menaburkan wang BR1M Rm 500 kepada rakyat menjelang pru 13.Ini menunjukkan kerajaan banyak wang!Kenapa berkira sangat dengan dividen KWSP dan dividen Tabung Haji yang juga 6 peratus untuk tahun 2011?
Bukan semua rakyat dapat duit sedekah BR1m RM 500 kerana kerenah birokrasi yang lebih utamakan kelompok penyokong kerajaan untuk dapat duit RM500.
Kenapa KWSP tidak boleh bagi dividen macam tahun 1983 dan 1987 atau lebih tinggi daripada dua tahun tersebut.Ini wang pekerja yang dilaburkan bukan wang poket pemerintah.Buat bisnes pelaburan duit pekerja untung berbilion ringgit tapi untuk pekerja hanya sedikit keuntungan yang dapat.Hang pa rasa besaq sangatka dividen 6 peratus?
Kenapa kadar dividen makin menjunam berbanding tahun 1980-an dan 1990-an sedangkan kita diwar-warkan kehebatan ekonomi negara kita.Contoh macam Tabung Haji kadar dividen bagi tahun 1994-1999 ialah antara 9.5 peratus -8 peratus.Jangan nak menipu hanya bandingkan dividen tahun 2011 berbanding tahun 2010 saja!

Ahad, 19 Februari 2012

Dr Asri kata golongan berjubah agama pembodek raja dan sultan

Atas nama Tuhan & agama-Dr Asri (Malaysiakini)

Sokong rejim

Hitler juga mendapat sokongan sebahagian gereja di Jerman. Kedua aliran yang bertentangan - Katolik dan Protestan - menyokong tindakan beliau terhadap Yahudi atas nama Tuhan. Demikian Assad di Syria yang membunuh rakyat sejak sekian lama. Begitulah juga regim-regim yang lain.

Pakaian dan bahasa agama juga digunakan untuk menghiasi amalan salah atau penyalahgunaan nama Tuhan. Jika orang seperti Hitler dan Assad mampu mendapat restu golongan agama, maka tidak pelik jika ada dalam dunia ini ada mufti atau syeikh yang sanggup memuja-memuji pemerintah atau raja atau sultan dalam khutbah Jumaat dengan perhiasaan kata yang berlebihan.

Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis.

Sebaliknya berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan perhiasaan kata puja dan puji seakan mereka lebih tinggi dari para nabi. Khutbah Jumaat yang menjadi tempat umat memuja dan pemuji Tuhan, bertukar pada bahagian doanya sebagai ampuan memuja dan memuji kerajaan dan sultan.

Hal ini bukan sangat dengan pemintaan penguasa atau raja, tetapi ‘sang berjubah agama' yang mempunyai agenda hidupnya yang tersendiri. Inilah yang berlaku di seluruh dunia ‘berjubah agama' tapi bertujuan sebaliknya.

Orang-orang agama ini mendapat gaji dan berjubah yang jauh lebih hebat dari segala ulama yang terbilang dahulu, tetapi sekadar berperanan untuk membaca doa yang puitis untuk sang singgahsana dan mengeluarkan fatwa yang meredhakan penguasa dan raja.

Kegerunan mereka kepada hilang jawatan lebih hebat dari kegerunan mereka membohongi hukum Tuhan.

Sebab itu, ramai panguasa, raja dan sultan dalam dunia dan sepanjang sejarah sekalipun buruk tingkah laku dan ketamakan harta serta kezaliman mereka terhadap hak rakyat, terus merasa selesa kerana ada yang berlidah dan berjubah agama yang membodeknya.

Syurga seakan sudah tempah untuknya, neraka pula seakan sudah tertutup rapat baginya sekalipun dia tidak menunaikan hak rakyat dan memakan harta secara haram.


Dr Asri juga berkata Seperti yang saya pernah catatkan bahawa saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik, tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Saya inshaAllah akan bahaskan tentangsecular state dalam tulisan yang akan datang.Baca semua di sini.

Sistem beraja bukan hanya di Malaysia malah ada juga di negara arab seperti Arab Saudi yang dikuasai bani Saud sejak beberapa dekad yang lalu.Nasib baik Dr Asri tidak tunjukkan sokongannya secara terus samaada kepada Pas atau Umno jika tidak sudah tentu Dr Asri akan dianggap sebagai penderhaka.Kita akan lihat apakah reaksi Pas-Umno bila Dr Asri berani kritik secara terbuka golongan berjubah agama bodek sultan dan raja.Apakah Perkasa dan Jati Hasan Ali akan buat laporan polis terhadap kenyataan Dr Asri ini?

Di Malaysia yang berani cabut kuasa raja dan sultan ialah Tun Dr Mahathir yang buat pindaan perlembagaan pada tahun 1993.Yang berani derhaka raja dan sultan dan maki hamun raja juga ialah Umno yang berani kata 'natang' kepada sultan Terengganu selepas pru 12 dalam isu perlantikan MB Terengganu.Golongan bukan Umno jika kritik raja dan sultan maka ramailah yang datang mengampu dan membodek untuk raih sokongan politik istana dengan buat laporan polis.Umno kebal daripada tindakan polis jika kritik raja maupun sultan.


Ada golongan kaya yang mengidam pangkat Datuk sanggup keluarkan duit untuk beli gelaran Datuk malah ada yang tertipu gara-gara kejar pangkat datuk.Yang lebih hairan lagi tu dah dapat gelaran datuk tapi masih lagi dapat pingat dan kebesaran datuk.Berapa banyak datuk untuk seorang individu nak bagi?


Yang tak boleh dibeli dan ditipu ialah Taqwa kepada Allah SWT.

Sabtu, 18 Februari 2012

Samseng Umno warisi perangai buruk Abu Lahab dan Abu Jahal

Pemuda Pas kesal samseng politik berleluasa-harakahdaily


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib .

"Pemuda PAS sangat kesal dengan trend politik akhir-akhir ini yang dipenuhi dengan provokasi dan perbuatan pukul memukul," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam.

Shukri yang dihubungi hari ini berkata, insiden itu berlaku Isnin lalu di Taman Sri Serinau, ketika beliau sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.

Shukri yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.

Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.

Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.

"Pada mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.

Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.

Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.

"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.

"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.

"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.

Sementara itu, Nasrudin meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan samseng sedemikian sebaliknya berpolitik secara matang.

"Kita minta mana-mana pihak khususnya pihak lawan tidak terus provok beginilah. Pihak berkuasa pun kena peka dengan kejadian sebegini," katanya.-Harakahdaily

Kelmarin dalam khutbah Jumaat di Masjid An-Nahdah , seksyen 18, Shah Alam berkata Tok Khatib dalam khutbahnya kita jangan jadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab yang begitu gembira sambut kelahiran Nabi Muhammad SAW.Bagaimanapun apabila Nabi membawa risalah Islam, berdakwah tentang Islam Abu Jahal dan Abu Lahab lah yang jadi kepala juara menentang Nabi Muhammad SAW.Ganggu ceramah Nabi,sabotaj ceramah Nabi.

Di Malaysia Umno janganlah sampai dianggap warisi sifat buruk yang ada pada Abu Lahab dan Abu Jahal.Hujah jawabla dengan hujah bukan buat kerja samseng macam Abu Lahab dan Abu Jahal!Pergilah Umrah 30 kali, haji 30 kali pun tapi kalau perangai buruk macam Abu Lahab dan Abu Jahal semua amalan jadi 0.

Jumaat, 17 Februari 2012

"Jangan kira apa warna kulit atau agama, kita kena tukar kerajaan"

Peniaga akhbar lama dan pemandu teksi

Tengahari Isnin lalu, pintu pagar kediaman saya digoncang kuat. Seorang peniaga akhbar lama tercegat menanti. "Harga sekarang turun sikit, tapi untuk taukeh kita kira harga lama," katanya, merujuk timbunan suratkhabar lama setinggi enam kaki di halaman rumah. 

"Okey, ambiklah," balas saya selepas mengecam lelaki Tionghua dalam usia 30-an itu. Dia bagai pembeli tetap akhbar dan majalah lama saya.

"Harakah? Ini PAS punya, ya?" tanyanya menunjukkan minat, sambil membelek naskhah terbaru di buaian besi, berdekatan pintu rumah.  "You baca Harakah?" tanya saya. "Saya orang roket," jawabnya pantas, tanpa selindung. 

Sambil beliau menyusun akhbar lama secara tertib, kami bersembang santai isu-isu politik. Ternyata dia mempunyai minat yang tinggi tentang perkembangan semasa. 

"Ada minta bantuan RM500?" saya menduganya. "Tak mahulah, lagi pun belum tentu dapat, ramai juga kawan-kawan saya yang susah mohon, tapi tak berjaya,  yang senang, ada bas, dapat pula, " katanya. 

"You sudah kaya, kot?" usik saya. "Tak adalah ... boleh cukup makan aja, tapi biarlah orang lebih susah dari saya yang dapat," jawabnya, jujur. Saya agak terkedu mendengarnya. 

"Kerajaan bukannya ada duit, saya dengar Najib guna EPF untuk beli undi, nanti rosak teruk ekonomi kita," tambahnya lagi.

Mungkin menyedari saya mempunyai minat politik yang sama, lelaki yang kaya dengan senyuman dan berwajah ceria itu ghairah bercerita: "Saya kenal rapat dengan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai." Dia merapati saya, bangga menunjukkan telefon bimbitnya, "tengok ini nombor Tan Kok Wai, dia selalu jawab call saya kalau dia tak sibuk".


Seterusnya dia nampak seronok berbicara tentang  kesederhanaan hidup Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Kawan-kawan saya di Penang suka dengan kerajaan negeri. Rakyat yang susah ditolong, wakil rakyat tak cari untung sendiri," katanya. "Saya ingat, kalau menang Putrajaya lagi senang kita cari makan ... tapi lagi lama BN perintah, negara boleh bankrap," tambahnya.

"Kali ini, kita mesti ajak semua kawan-kawan, adik-beradik, sama-sama undi roket, undi bulan," katanya, sambil memegang tangan saya dan menunjukkan lengannya. "Jangan kira apa warna kulit atau agama, kita kena tukar kerajaan. Ini bukan soal bangsa, kita mesti ubah Putrajaya,"Baca semua di sini. Ahmad Lutfi Othman Ketua Pengarang Harakah

Khamis, 16 Februari 2012

Apa beza Hasan Ali dengan orang kampung saya?

Saya tertarik dengan komen Hasan Ali isu Israel laknatullah  dan  Anwar Ibrahim Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang dilaporkan Malaysiakini;

Bahkan Hasan berkata ramai rakannya di Eropah dan negara Arab berhubung dengannya menyatakan mereka memandang berat dengan apa yang disuarakan oleh ketua pembangkang itu.Baca di sini.
Saya tak kata Hasan Ali cakap bohong cuma tergelak tapi tak terkejut sikit pun.Saya teringat kisah orang kampung saya yang suka cakap merapu dan melalut-lalut.Ketika hujan lebat dan guruh berdentum dentam orang tak dengar suara dia dok cerita dia tanam rebung.Disebabkan orang tak dengar dia pun kuatkan suara dia berkata ," Aku tanam rebung 10 relung." (orang Kedah cakap relung tak kira ekar).Orang yang dengar cakap dia kata lagu tu semua pakat gelak tapi tak terkejut sebab orang tau dah kata dia cakap bohong.Dia kata,"Awat hang pa gelak?".Orang lain jawab,"Tak dak apa aihhh cuma kami nak tergelak ja bukan ada apa pun."
Bila si melalut tu balik kawan-kawan pakat kata ,"Kaki temberang tu pi dunia mana pun orang kenal dia cuma dia saja tak kenal orang."
Imam tempat saya yang berkelulusan UKM kata kat saya, Betulkah Hasan Ali ramai kawan di Eropah dan negara Arab.Adakah gerakan Islam dunia kenal akan Hasan Ali?" Saya kata kat ustaz tu,"Dia orang hebat ada PHD tentu ramai kawan."Kata ustaz tu lagi ,"Hasan Ali bukan dalam Pas saja dikatakannya parasit tapi orang ada PHD yang tak duduk dalam Pas pun kalau tegur dia dituduhnya parasit."


Menarik;
Pemimpin politik harus henti guna agama demi kepentingan peribadi, kata Dr Asri-M'insider

Umno-MCA masih berdondang sayang 'Pas Kuda Dap'

MB akui Johor bukan deposit tetap BN-Sinar Harian Online

Keputusan Pas meletakkan calon mereka bertanding dalam PRU-13 di Johor dan menjadi Menteri Besar juga adalah bersandarkan keyakinan palsu bahawa masyarakat Cina akan menyokong mereka.

"Oleh itu saya menegaskan agar masyarakat Cina tidak menyokong DAP kerana ia sama seperti memberi kuasa kepada Pas," katanya.

Abdul Ghani berkata, beliau yakin, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia akan terus berdaya maju untuk mencapai status masyarakat berpendapatan tinggi dan stabil dari segi ekonomi.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Soi Lek meminta masyarakat Cina berhati-hati agar tidak terpedaya dengan janji manis pakatan pembangkang terutamanya DAP.

Menurutnya, DAP kini dilihat sering mengalah kepada Pas biarpun parti itu memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

"Terbaru, Pas bakal meletakkan Ahli Parlimen dari Kelantan untuk menjadi Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13.

"Keadaan yang sama dapat dilihat di Kedah dan Perak yang mana DAP berjaya menakluki banyak kerusi, tetapi jawatan Menteri Besar diberikan kepada Pas," katanya.

Soi Lek berkata, apa yang dibimbangkannya ialah pembangunan ekonomi di negeri ini akan terjejas jika ditadbir pembangkang.

“Jika Pas berkuasa, projek besar seperi Iskandar Malaysia juga berisiko gagal dan pembangunan akan terbantut termasuklah kemasukan pelaburan dan pelancong asing.

“Kerajaan Barisan Nasional memang tidak sempurna, tetapi komited dalam melakukan pelbagai transformasi baik dari segi politik, pendidikan dan ekonomi. Malah kadar jenayah juga menurun,” katanya.-Sinar


Bagaimana dengan yang di bawah kenapa tak jawab-jawab?Kenapa mereka masuk Dap?Takkan mereka jadi kuda Dap?


Kenapa cakap pembangunan di Johor terjejas PR berkuasa?Selama ni negeri Johor adalah antara negeri yang banyak hutang dengan kerajaan persekutuan berbanding Kelantan yang dikuasai Pas.Kelantan juga antara negeri yang terbaik bayar hutang.Jangan cakap bohong dengan isu pembangunan.Cuba lihat Selangor aset kerajaan negeri sekarang cecah hampir RM2Bilion! Lihat pulak di Pulau Pinang tak kan tak nampak-nampak.


Jangan hanya takut hilang kuasa politik pembangunan terus dijaja.Rakyat semua dah celik tak buta macam pemimpin Umno dan MCA takut hilang negeri Johor.Rakyat nak ABU (asalkan bukan Umno).





Rabu, 15 Februari 2012

Menipu dalam pilihanraya ubatnya turun di jalanraya

Semakan audit dapati lebih 200 ribu pengundi diragui-Malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar  pengundi yang meragukan.


Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya  230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut ahli PSC Anthony Loke , taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.

Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepadaMalaysiakini.

Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".

Menurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.

"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.

Belum boleh bubar parlimen

Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

Semasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.

Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.

Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.-Malaysiakini

Berkaitan;

Pakatan jangan harap ke Putrajaya jika isu ini tidak diselesaikan.Ubat mujarab dan terbaik ialah turun ke jalanraya.Hingga kini belum ada pihak agama berani keluar fatwa menipu dan merasuah dalam pilihanraya.


Tengok pekerja Maybank pun dah berani berdemontrasi tuntut hak mereka.Baca di sini.

Lembu RM250 juta: "Ini kali keberapa kerajaan Umno pecah amanah duit rakyat?"- Tim Pres Pas

Umno bersubahat jika NFC pecah amanah -Harakahdaily

 Jika National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melakukan perbuatan pecah amanah, kerajaan Umno BN bersubahat dalam perbuatan itu, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Ini kali ke berapa kerajaan Umno pecah amanah duit rakyat?

"Sekarang, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abd Aziz) sendiri yang mengaku berlaku kes pecah amanah bila NFCorp langgar syarat pinjaman. Kenapa dari awal lagi kerajaan tidak bertindak?

"Keengganan kerajaan mengambil tindakan terhadap perbuatan yang disebutkan oleh Nazri sebagai pecah amanah itu merupakan bukti yang sangat jelas bahawa kerajaan bersubahat dengan perbuatan itu," kata beliau.

Mohamad menegaskan, kerajaan tidak ada alasan lagi untuk berpura-pura tidak bersalah dan tidak pecah amanah kerana terlalu banyak perkara yang berlaku dalam NFCorp telah terdedah dan didedahkan.

"Ketua Audit Negara telah bersuara, Pengerusi NFCorp (Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail) sendiri mengaku mereka membeli kondominium di Bangsar menggunakan duit untuk projek lembu itu dan mendakwa ia pelaburan bijak, (Pengarah Strategik PKR) Rafizi (Ramli) telah membuat pendedahan demi pendedahan yang disertakan pelbagai bukti, dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) juga kita difahamkan banyak yang didedahkan dan sekarang Nazri pula kata berlaku kes pecah amanah dalam NFCorp.

"Hanya (Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) sahaja yang mendakwa tiada unsur pecah amanah dan penyelewengan sedangkan siasat pun belum habis lagi. Orang seperti itu, tidak perlu ambilkira," katanya.

Bagi Mohamad, adalah tidak memadai jika keluarga keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja yang dipertanggungjawabkan.

"Kerajaan Umnolah pihak yang bersalah dalam isu dana RM250 juta untuk projek lembu fidlot ini.

"Mula-mula didedahkan kerajaan Umno bagi pinjaman mudah kepada NFCorp dengan melanggar peraturan kewangan, dan selepas itu sengaja tidak mahu dan enggan mengambil tindakan malah berdolak dalik dengan pembelaan demi pembelaan termasuk dari Perdana Menteri sendiri," katanya.

Mohamad mengingatkan Nazri supaya jangan sekadar membangkitkan perbuatan NFCorp melanggar syarat pinjaman sahaja.

"Mengapa diam terhadap pendedahan bahawa kerajaanlah yang terlebih dahulu melanggar peraturan kewangan apabila memberikan pinjaman mudah kepada NFCorp?" soal beliau.

Malaysian Insider semalam melaporkan, Nazri berkata, NFCorp telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.