Isnin, 6 Julai 2009

Diam-Diam Ubi Khir Toyo

Setelah agak lama Khir Toyo

menyepi daripada kontroversi, hari ini nama Khir Toyo kembali disebut orang punya bungalow mewah bernilai rm 24 juta di seksyen 7, Shah Alam. Pendedahan berani oleh adun Sekinchan , Ng Suee Lim seharusnya diambil tindakan oleh SPRM untuk siasat bekas MB Selangor itu. Jika tidak benar dakwaan adun Sekinchan itu Khir bolehlah saman Ng Suee Lim. Pintu Gerbang mahligai saja bernilai rm 290,000.00!

Inilah kerja orang yang cerdik pandai dalam Umno, walaupun dulu hanya sekadar dr gigi, setelah jadi MB Selangor sejak 2001-march 2008 dah dapat hidup mewah punya harta puluhan juta ringgit. Bagi Umno si bodoh makanan si cerdik. Yang kaya bertambah kaya , yang miskin bertambah miskin.

Wahai pengundi Manek Urai, biarlah calon Pas tidak seberapa hidupnya, tidak seberapa akademiknya, tapi rezeki yang beliau dapat diberkati Allah tidak timbul fitnah macam pemimpin Umno dan calon Umno yang dituduh rasuah. Bagi Umno selagi berkuasa selagi itulah mereka sapu harta tanpa kira halal-haram yang penting bekal untuk hari tua dah ada untuk kesenangan anak cucu dan cicit mereka.
Apakah pengundi Manek Urai mau pilih calon Umno yang hidupnya difinah orang daripada calon Pas, Abe Uji yang hidupnya mengimarahkan masjid dan sentiasa dikelilingi rakyat bawahan dan beliau sudah sebati dengan rakyat bawahan saban hari.Beliau sudah tahu susah senang rakyat di Manek Urai.

Rasul kita juga , Nabi Muhammad SAW asalnya pengembala kambing, berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan ,tapi Allah Taala angkat Baginda menjadi manusia yang paling mulia dalam dunia untuk bimbing manusia kejalan kebenaran (Islam). Allah Taala tak pandang kepada si bijak pandai tapi jadi penyamun harta rakyat, Allah Taala pandang orang yang bertakwa, yang boleh jadi imam bawa manusia kejalan kebaikan dunia dan akhirat.












Timbalan Presiden Pas Tak Muncul Penamaan Calon Pas Dun Manek Urai

Penamaan Calon Pas Dun Manek Urai tetap meriah walaupun tanpa kelibat TP Pas yang terus menyorok dan tak mau muncul di khalayak ramai. Nasharudin Mat Isa berada di mana ketika semua pemimpin utama pakatan rakyat memberi sokongan kepada Abe Uji calon Pas di Dun Manek Urai?Kenapa beliau tak mau turut bagi sokongan seperti lain-lain pemimpin Pas termasuk Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi dan Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas yang turut serta dalam perarakan calon Pas ke pusat penamaan calon? Adakah TP Pas itu masih tidak dapat terima kenyataan akan kemaafan TGNA kepada beliau yang terlibat dalam isu kerajaan perpaduan yang dah tamat itu?

Takkan lah beliau berdendam dengan TGNA sehingga sanggup pulau atau boikot PRK Manek Urai.Macam-macam persoalan timbul dengan ketidak hadiran beliau kepusat penamaan calon tersebut.

Ahad, 5 Julai 2009

Hapuskan Pula Judi, Toto, Nombor Ekor Dan Arak Di Kedah

Setelah tempat penyembelihan babi di Kg Berjaya dirobohkan dan timbulkan suasana kontroversi dikalangan masyarakat bukan Islam aku sarankan kepada kerajaan Pakatan rakyat di Kedah bertindak pula hapuskan judi empat nombor ekor, toto dan jualan arak secara terbuka di Kedah, kerana inilah sebenarnya yang masyarakat Islam maukan daripada MB Kedah yang sebenarnya.

Walaupun kerajaan pakatan di Kedah bukan kerajaan Pas tulin macam di Kelantan sememangnya inilah tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan tanpa rasa takut dan gentar akan tentangan yang akan dihadapi. Sementara peluang masih ada dan umur masih panjang MB Kedah dan wakil rakyat Pas Kedah kena bersuara dan buka mulut bab ini dalam dewan undangan negeri Kedah. Nak tunggu apa lagi, nak tunggu kalah baru cakap nak hapuskan benda haram ni? Dah ada suara-suara yang bersungut kenapa benda2 ni semua adun2 Pas tak kata apa , dok diam macam mulut kena gam kasut tak berani nak cakap dalam dun Kedah sewaktu bersidang.

Jika dikemukakan dalam dun Kedah kita boleh tengok puak mana yang akan tentang, samaada daripada Umno atau pakatan rakyat sendiri yang akan tentang. Yang penting kena usulkan dulu dalam Dun Kedah, baru orang ramai nampak Pas Kedah ada inisiatif nak hapuskan benda yang di kutuk Allah ini. Percayalah benda baik ini akan dapat pertolongan daripada Allah seperti Kelantan yang berada seperti telor dihujung tanduk pada pru 2004 yang lalu. Pertolongan Allah yang menyebabkan Kelantan terus diperintah TGNA kerana hapuskan judi, toto dan arak daripada dijual secara terbuka. Beranikah MB Kedah dan adun2 Pas berbuat demikian?
Kalau setakat nak bangun negeri repair jalan, longkang, mini tar, buat projek perumahan, tarik pelabur tu baru sama dengan Umno-bn saja. Mesti ada kelainan daripada apa yang Umno buat.

Jadi MB dan wakil rakyat jangan jadi MB longkang dan wakil rakyat parit tapi mesti ada MB dan wakil rakyat yang bertakwa dan kesungguhan nak buat benda -benda yang ada kaitan dengan Islam. Kalau takat MB bersama rakyat turun bendang, adun bersama rakyat makan gulai kawah tu benda biasa, tak dak apa yang berubah dengan Umno, rakyat tengok sama saja cuma berkopiah putih saja yang beza dengan Umno yang berkopiah hitam. Pas Kedah takut kepada rakan kongsi biar bertempat jangan takut lebih daripada takut kepada Allah. Dah setahun lebih dah ni , rakyat Kedah dok tunggu2 benda-benda haram ni dihapuskan.Nak jawab apa di padang Mahsyar kelak kalau Allah tanya- "Hang buat apa dulu masa jadi MB", takkan nak jawab- "aku hapuskan tempat sembelih babi saja yang lain aku tak buat".

Umno Di Ambang Kejatuhan Bukannya Islam

Kata Awang Selamat dalam ruangannya-Melayu di ambang kejatuhan.Beliau buat andaian demikian rupa kerana melihat kuasa politik Melayu Umno dah reput, dah tak laku dan dipandang serong oleh orang yang tidak menyokong Umno.Hanya Melayu Umno saja yang jatuh tapi Melayu Pas dan PKR tidak jatuh. Hanya semata-mata orang Melayu tak sokong Umno, bermakna Melayu dah lemah, tapi di Kelantan orang Melayu Islam tetap kukuh dan kuat serta bersatu padu mempertahankan Islam, malah mendaulatkan Islam sebagai cara hidup.

Begitu juga di Kedah walaupun terpaksa berpakat dengan lain-lain parti pakatan rakyat kuasa politik Melayu tetap kuat walaupun macam2 rintangan terpaksa dilalui. MB Kedah yang naikkan kuota 50% untuk bumiputra beli rumah dalam kawasan bandar mencerminkan betapa Pas tidak pernah abaikan orang Melayu untuk terus maju bersama kaum-kaum lain.



Inilah akibatnya, tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup dalam berpolitik, menjadi bimbang hanya disebabkan takutnya kuasa Melayu hilang tapi tidak takut dan gusar sekiranya Islam tercabar dan dihina. Islam kuat Melayu akan kuat, tapi kalau Melayu kuat, Islam seperti yang Umno amalkan adakah kuat?Umno dulu pernah mau haramkan nama Islam pada apa-apa pertubuhan semata-mata dengki dan khianat pada nama Islam yang ada pada Pas. Nabi Muhammad SAW tidak gusar dan takut kepada kejatuhan bangsa Quraisy dan Arab, sebab tu Nabi perjuangkan Islam tak perjuangkan bangsa Arab.



Mengapa semasa Umno menang besar pru 2004, Awang tak sebut Melayu lemah, hanya semata-mata Umno menang banyak kerusi anggap Melayu kuat. Umno lah punca Melayu lemah, ini terbukti daripada sikap Umno yang kaut hasil minyak Kelantan tanpa bayar satu sen pun kepada kerajaan Islam -Melayu Kelantan. Umno lah yang melemahkan orang Melayu Kelantan, bukan kaum Cina dan lain2 kaum yang tindas Melayu tapi Umno sendiri yang pijak-pijak kuasa Melayu di Kelantan. Begitu juga semasa Pas perintah Trengganu 1999-2004, Umno bertindak tamatkan royalti minyak kepada kerajaan Islam-Melayu di Trengganu. Umno juga yang tindas Melayu, bukan Cina dan India.



Inilah buruk rupanya kalau assobiyah Melayu. Umno patut rasa sedih lihat Islam diperlekehkan. Buat pindaan undang-undang berkaitan orang yang peluk Islam tak menguntungkan Islam.Tidak sedih tengok umat Melayu tukar agama, tidak rasa apa-apa tengok umat Melayu paling banyak hisap dadah, paling banyak orang Melayu gugur anak dan lahir anak luar nikah.

Pemuda Pas Nak Berwacana, Umno Kedah Nak Beli Adun PKR

"Pemuda Umno kata OK"-lapor mStar online mengenai persetujuan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin bos Pemuda umno .Beliau mau bincang selepas prk Manek Urai dengan Pemuda Pas Pusat yang "offer" nak berwacana dengan Pemuda Umno. Maknanya kalau Umno menang di Manek Urai lagi cepatla Umno nak berwacana dengan Pemuda Pas.Kalau menang.

Dalam dok sibuknya Pemuda Pas nak berwacana dengan Umno itu, tercetus pula cerita di kedah Umno tengah pulun nak beli 4 adun PKR yang bergabung dengan Pas bentuk kerajaan di Kedah. Tu dia, kalau betul cerita ni alamat satu negeri lagi pakatan rakyat akan hilang selepas Perak! Dap dah jadi bebas campur 4 wakil rakyat PKR jadi 5, tinggal Pas 16 kerusi, habis-habis. Buat sementara waktu ni PKR nafi keluar pakatan.

Thomas Su ketua Dap Kedah-Perlis buat-buat reka cerita baru mengatakan Kerajaan Negeri Kedah nak roboh kuil dan tokong nak tambah tail dengan kes babi yang jadi punca Dap keluar pakatan di Kedah. Babi satu hal tapi kalau Umno gila babi sapu lagi satu negeri pakatan ,baru terkejut beruk pakatan rakyat.

Sabtu, 4 Julai 2009

Antara Kg Berjaya dan Kampung Buah Pala

Dap yang istihar keluar daripada pakatan rakyat dan wakil rakyatnya istihar bebas tanpa izin Dap Pusat nampaknya cuba main isu perkauman di Kedah dengan tumbangnya tempat sembelih babi di Kg Berjaya di Alor Setar. Dikatakan 200 meter tempat sembelih babi itu 200 keluarga Islam-Melayu tinggal, mereka merasa gembira dengan tindakan kerajaan negeri Kedah itu, sebab dah 30 tahun dah dok rasa bau babi dan darah babi yang mengalir kedalam longkang dan sungai berdekatan. Ada seorang orang kuat pakatan rakyat kata sambil berseloroh-"Sekarang penduduk berdekatan tempat sembelih babi dah tak lalu makan sebab bau babi dah tak ada,dulu bau hari-hari ,makan lalu tiba-tiba bau tak ada selera makan hilang!"


Sensitiviti masyarakat Islam yang dipendamkan dibawah kerajaan Umno terdahulu yang janji nak roboh setiap kali menjelang pilihanraya tak pernah tertunai dan janji itu tertunai dibawah kerajaan Pas yang wakili Pakatan Rakyat di Kedah.Mereka berterimakasih yang amat kepada Pas, mereka tidak terpekik dan terlolong macam di Kg Buah Pala bila pemaju nak bangunkan kg tersebut.Orang Islam masih mampu bersabar kerana yakin Pas tidak akan menipu mereka kerana untuk robohkan rumah babi di Kg Berjaya dah berjaya.

Kedua-dua kes diatas adalah berdasarkan undang-undang bukannya tindakan politik, tapi berbeza sikap antara penduduk Kg Berjaya dan Kg Buah Pala. Kg Buah Pala , Mahkamah Persekutuan istihar tanah tersebut adalah milik Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan pemaju bukannya milik penduduk Kg Buah Pala. Tapi campur tangan politik yang digunakan di kedua-dua kampung tersebut yang jadi isu sebenarnya. Kononnya mereka nak bela kaum masing-masing, nak jadi juara pertahan bangsa mereka walaupun pemimpin mereka sedar itu adalah salah daripada segi Mahkamah .23 keluarga penduduk Kg Buah Pala adalah orang India ,jadi pemimpin India bangun tentang benda yang mereka sendiri faham tapi pura-pura buat tak faham sebab takut dianggap tak bela kaum sendiri.
Begitu juga di Kg Berjaya, sekitar kawasan sembelih babi tu kebanyakkan nya orang Islam, tapi mereka tak bangun menentang walaupun mereka tahu rumah babi tu tak ada lesen dah 30 tahun beroperasi secara haram.Ini semua Dap Kedah faham. MCA Kedah faham, PKR Kedah yang ada orang Cina sokong faham tapi disebabkan nak jadi juara, nak jadi taiko pertahan benda haram dan sememangnya haram pemimpin mereka buat-buat pekak badak kata tak faham , tak fikir kata benda babi tu dah timbul masalah kepada orang Islam dah 30 tahun dah. Mereka pura-pura nak jadi pembela kepada benda yang tak ada lesen 30 tahun tu sebab takut orang Cina kata mereka tak bela Cina.

Pas Pulau Pinang ada satu kerusi dan Dap Kedah pun ada satu kerusi. Mengapa adun Pas tak bertindak macam adun Dap di Kedah?Dap Kedah mau apa sebenarnya?

Jumaat, 3 Julai 2009

Geng Muqabalah Mau Pas Kalah Di Manek Urai?

Siasah terbaru bil 0156 menyiarkan kolum di mukasurat 45 tulisan seorang penyokong kuat muqabalah yang menjurus kepada Pas akan kalah di Manek Urai. Penulis buat bayangan yang lebih memihak Umno dan gunakan bahasa yang agak keras walaupun kononnya itu pendapat orang lain. Kata penulis-"Kalau Pas kalah di Manek Urai terbukti pengaruh Pak Su Weil lebih hebat daripada Tok Guru Nik Aziz kerana sana-sini,hampir setiap pelusuk penjuru, Pas dok pasang gambar Menteri Besar Kelantan sahaja".

Seterusnya penulis berkata-"Sekiranya Pas Kelantan tidak over confident dan angkuh kerana Tok Guru Nik Aziz dapat bertahan selama 5 penggal menerajui Kelantan, tiada sebab untuk mereka kalah di Manek Urai. -"Sekiranya Pas kalah lagi dalam pilihanraya kecil ini, tiada maaf bagimu, kerana semua pilihanraya kecil di Semenanjung dimenangi Pakatan Rakyat,hatta di kawasan BN pun dimenangi oleh Pas, di Kuala Trengganu".

Kalau tulisan Dr Zulkifli Ahmad, MP Pas dikeluarkan daripada ruang Fikrah yang sudah dicetak kerana kononnya mengkritik idea kerajaan perpaduan, kenapa tulisan yang menyokong Umno dibenarkan dalam Siasah? Penulis seolah-olah melepas geram kepada TGNA yang gagalkan kerajaan perpaduan daripada apa yang beliau tulis dalam kolum tersebut.Apa niat penulis sebenarnya?

Isu Babi,Kg Buah Pala dan Tawaran Pemuda Pas Pusat

Umno-bn jadikan isu babi di Kedah, Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan tawaran Ketua Pemuda Pas Pusat untuk berwacana dengan Pemuda Umno sebagai modal politik murah yang gambarkan pakatan rakyat dalam keadaan huru-hara dan diambang berpecah. Zahid Hamidi sifatkan apa yang berlaku di Kedah dalam kes roboh tempat sembelih babi tu sebagai gambaran pakatan rakyat dah teruk berpecah dan berkata"bangkai gajah tak boleh tutup dengan nyiru". Rais Yatim pula hulurkan tangan kepada Pas Kedah untuk bersama UBN perintah Kedah.Zahid Hamidi yang jaga Kementerian Pertahanan sekarang ini tak ingat ka macam mana kes bom c4 boleh bawak lari keluar dari tempat simpan senjata untuk letup Al-Tantuya di Puncak Alam.

Itu baru betul "bangkai gajah tak boleh tutup dengan nyiru", satu dunia tau mayat Altantuya berkecai. Takkan babi punya hal pun nak dipolitikkan, dah tak dak modal lain ka nak bercakap.Setiap kali ada perbezaan pendapat dan tindakan kerajaan pakatan rakyat dalam membuat keputusan bagi kerajaan mereka mesti ada yang sokong dan tentang, Umno dah kata pakatan rakyat dah berpecah-belah sesama pemimpin mereka. Pemimpin Umno pun hulurkan tangan minta supaya kerajaan Pas Kedah bersama Umno perintah kedah. Apa punya pemimpin macam Rais Yatim tak malu, nampak sangat kebulur nak peluk cium Pas .Nampak sangat macam orang gila talak, hari-hari dok tunggu depan rumah janda lama nak rujuk semula.
Gila talak tak berapa teruk, tapi kalau Umno dah kena sawan babi atau gila babi ini dah dikira kritikal, Pas jangan layan orang macam Rais Yatim ni yang dulunya dalam Semangat 46 nak bakar jambatan Umno.

Berkata Khairy Jamaludin, ketua Pemuda Umno Malaysia, kita anggap Pemuda Pas Pusat ajak pemuda umno bincang dan berwacana sebagai ikhlas dan sedia menyambut ajakan KPP Pusat.Semua ni hanya sebagai kempen baik umno di Manek Urai. Murshidul Am Pas dah hantar surat untuk berdebat kepada PM Najib walaupun semua pemimpin Umno tolak awal2 lagi sebelum surat debat sampai.

Khamis, 2 Julai 2009

Tempat Sembelih Babi Kena Roboh, Umno Masuk Pas.

Isu tempat sembelihan babi di Alor Setar Kedah yang berlarutan hampir 30 tahun di Kedah dianggap selesai selepas tapak tersebut akan dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai oleh kerajaan Pas dan pakatan rakyat di Kedah. Punca jadi riuh rendah telah dikenal pasti akibat salah faham cara pelaksanaan rumah babi itu dirobohkan.

Kesan daripada robohnya tempat sembelih babi tersebut 4 cawangan baru Pas telah ditubuhkan. Ramai orang Umno berterimakasih kepada Pas kerana berani buat benda yang Umno tak berani buat masa jadi kerajaan dulu. 30 tahun rumah babi tersebut telah wujud secara haram tapi kerajaan UBN tak berani macam kerajaan Pas Kedah buat. Daripada zaman Syed Nahar, Osman Arof, Sanusi Junid sampailah kepada Mahathir Khalid langsung tak berani bersuara nak roboh rumah babi tersebut. Sekarang di Kedah orang Umno mula buka mata bahawa Pas saja yang dapat diharapkan untuk bantu mereka.

Umno hanya pandai politikkan isu tempat sembelih babi kena roboh tapi tak pandai nak beza mana satu undang-undang kerajaan tempatan dengan mana satu isu yang patut dipolitikkan. Kalau Dap tak setuju dan orang2 Cina yang memang suka makan babi tak setuju rumah babi kena roboh itu memang betul, tapi kalu Mahathir Khalid dan Shafie Afdal yang jadi Ketua Umno Kedah pun tak setuju dengan tindakan kerajaan Pas kedah roboh rumah babi tu, ini perkara pelik!

Mahathir Khalid yang kata kerajaan pakatan di Kedah retak menunggu belah dengan isu babi ni cuba menangguk di air keruh. Tempat sembelih baru boleh dibuat di sebelah rumah Mahathir Khalid kalau beliau tentang tempat sembelih babi kena roboh.
Kepada yang berkata kerajaan Pas Kedah tak buat apa dok sibuk pasai babi kena ingat, babi pun Tuhan sebut dalam Quran bukan takat arak dan tikam nombor saja yang haram. Kalau takat buat cucuq dengan mulut sapa pun boleh buat.

Harakah Kena Buka Ruang Demokrasi

Pendedahan oleh Malaysiakini mengenai pembuangan artikel tulisan Dr Zulkifli Ahmad dalam harakahdaily dan ruangan Fikrah yang telah dicetak mengenai isu kerajaan perpaduan adalah amat tidak patut dan keterlaluan. Tulisan Dr Zul itu hanya sekadar pandangan peribadi beliau sahaja sama dengan gagasan Kerajaan Perpaduan yang merupakan idea peribadi Presiden Pas, bukan idea Pakatan Rakyat.

Tulisan dan pandangan Dr Zul itu juga tidak menggunakan bahasa yang kesat dan kotor seperti kebanyakkan orang lain yang tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan. Pandangan yang beliau kemukakan juga berdasarkan pandangan ilmiah sesuai dengan kedudukan beliau dulu yang pernah jadi Pengarah Penyelidikan Pas Pusat.Beliau juga adalah MP Pas, Kuala Selangor.

Harakah bukan milik golongan tertentu dalam pengurusan Harakah, yang kena tulis mengikut telunjuk dan kelompok tertentu yang menguasai Harakah, tapi ia adalah milik ahli Pas dan lidah rasmi parti Pas yang sudah tentu perjalanannya merangkumi semua pihak dalam Pas.Harakah tidak boleh memihak samaada kepada pemimpin yang pro kerajaan Perpaduan atau sebaliknya dalam membuat berita, mesti adil dan hormati dunia kewartawanan, jangan terlalu kongkong edotorial Harakah nanti nak buat kerja pun tak boleh.

Rabu, 1 Julai 2009

Nak Bincang, Wacana Ilmu Selepas Manek Urai

Selepas PM Najib dan kuncu-kuncunya tak sambut pelawaan debat oleh Murshidul Am Pas, Kini Ketua Pemuda Pas pula nak bincang atau nak buat wacana ilmu dengan Pemuda umno. KP Pas Pusat Nasrudin Tantawi telah buat sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Pemuda Umno, Razali Ibrahim di bangunan Parlimen hari ini.Apakah masa yang sepenting ini untuk kempen di Manek Urai, masa yang sesuai untuk ajak Pemuda umno bincang? Umno yang kutuk calon Pas di Manek Urai, perlekehkan calon Pas itu mengapa diajak dan dipelawa berbincang. Biarlah selepas Manek Urai nak berkira apa pun dengan Umno.



Lebih baik Pemuda Pas Pusat turun berkampung di Manek Urai, atur dan susun strategi bersama pemimpin Pas Kelantan untuk kalahkan Umno daripada ajak Pemuda Umno bincang. Bincang dan debat tak sama.Bincang hanya sekadar bertukar-tukar fikiran, macam tukar tayar kereta, tayar depan tukar belakang, tayar belakang tukar depan tu saja hasil yang dapat.Mengapa Pemuda Umno tentang debat, tapi mau bincang, buat wacana ilmu dengan Pas dan disambut mesra oleh pemimpin Umno.

Sebenarnya Umno amalkan sokong satu pihak dalam Pas dan cemuh dan keji satu pihak dalam Pas dengan tujuan politik pecahbelahkan Pas. Ini terbukti dengan sikap mereka dengan TGNA, kenyataan TGNA ajak debat ditolak dan tuduh Murshidul Am Pas itu ada agenda poltik, nak "cover line" kerana tuduh Umno sesat macam ajaran Ayah Pin dan Komunis.Berbeza dengan ajakan KP Pas pula yang buat tawaran untuk bincang dengan Umno disambut baik oleh semua pihak dalam Umno.

Puak-puak muqabalah dalam Pas buat apa pun Umno sokong, sebab mereka dah jadi penagih dan ketagih kepada Umno.

Babi Punya Hal , Dap Keluar Pakatan Di kedah.

Mstar online melaporkan Dap Kedah telah bertindak keluar daripada pakatan rakyat kerana tidak berpuashati dengan sikap kerajaan Kedah yang kononnya tidak menjaga hak2 bukan Melayu di Kedah. Pengerusi Dap Kedah -Perlis, Thomas Su berkata seperti yang dilaporkan mStar online "keluar, kami sudah buat keputusan...ini keputusan muktamad kami(Dap Kedah).

Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar telah merobohkan rumah sembelih babi di Kampung Berjaya. Alor Setar. Mengikut seorang ahli politik Kedah pula berkata, rumah sembelihan babi itu beroperasi tanpa lesen sejak 30 tahun lalu, mengeluarkan bau yang amat busuk dan tidak disenangi masyarakat Islam setempat. Rumah sembelihan babi yang baru telah dicadangkan di tempat baru dalam kawasan Pendang, tapi belum dapat kelulusan Jabatan Haiwan dan juga Majlis Daerah Tempatan di Kawasan tersebut.

Sebelumnya, pihak Dap juga tidak senang dengan keputusan Kerajaan negeri Kedah yang menetapkan 50% kuota untuk bumiputra beli rumah baru dalam setiap projek perumahan yang dimajukan. Ini disebabkan kerana sudah banyak tanah rezab Melayu diambil oleh pihak pemaju untuk dibangunkan di negeri Kedah oleh kerajaan terdahulu.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kedah itu sebenarnya supaya semua rakyat negeri Kedah dapat merasa beli rumah bukan untuk dimonopoli oleh satu2 kaum saja di Kedah.

Hari ini pula Umno-Bn telah menghapuskan 30% hak bumiputra dalam mendapatkan projek2 kerajaan yang telah lama diamalkan selama ini.
Kalu pasal babi pun nak tinggal kawan apa boleh buat.Namun tindakan Dap Kedah itu tidak jejaskan Pakatan Rakyat di Kedah kerana Dap hanya dapat satu kerusi saja di Kedah iaitu kerusi Dun Kota Darulaman.