Ahad, 23 Jun 2013

Lega boleh berhenti penat sat

Tiada lagi Black 505, buat masa ni
Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Black 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ketua umum PKR itu, kumpulan NGO mungkin akan terus menganjurkan perhimpunan itu dan beliau tidak dapat bercakap bagi pihak mereka.

"Untuk masa ini, tidak," katanya dalam sidang media selepas pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan di Ampang hari ini.

Anwar menambah, Pakatan harus melihat ke depan dan akan terus mengasak agenda menolak penipuan pilihan raya yang didakwa berleluasa.-Malaysiakini


Haha..boleh la berhenti penat sat..malas aku nak boh gambaq demo di Padang Merbuk..hang pa cari sendiri la dalam FB aku..
Kepada yang dah jadi Lembu Kenyang malas dah nak Lawan SPR,Lawan  Umno,Lawan Syaiton pakat la pi bawa anak bini pi melancong,mancing ka ikut la nak buat apa pon!

Aku nak tanya hang pa letih ka lawan Umno,Lawan penipuan SPR? Atau hang pa dah pikiaq macam Umno, macam suara Umno dalam PR..yang nak pi..sat tak mau pi demo tentu rasa lega bila Anwar kata tak ada lagi Black 505! Redho dan serah pada takdir ja la kan....! Haha

Khamis, 20 Jun 2013

"Pas takkan bersama Umno..Umno bawa Islam celup"-TGNA

Berita asal daripada FB TGNA.Dah banyak kali TGNA ulang takkan tak faham-faham atau buat-buat tak faham haha.Saja nak tanya apa pulak komen Nik Abduh,Nashruddin Tantawi dan yang seangkatan dengannya?

Cadangan PAS Bersama UMNO : Pungguk Yang Sedang Rindukan Bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua. 

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini? Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini. 

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam? Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat? 

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar. 

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

Aiit! ni bukan kapiaq harbi ka?

Menteri KDN Zahid Hamidi berdakap tangan dengan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang ketika melawat bencana alam yang menumbangkan Menara  Umno Pulau Pinang.

Aiit boleh pulak Zahid Hamidi berpeluk dengan pemimpin Dap yang dituduh Ostaz Umno Abdullah Saamah sebagai kapiaq Harbi..

Woiit hang pa kot bawah dok pakat lawan Blackout di bawah..yang di atas tak ada apa pon ..tah-tah depa pon pakat lawan Blackout nak berUG..haha apa jadi dengan kegilaan Mat Mongglia ke Jakarta minggu lepas..kenapa tak dilayan..tak malu ka ..takkan follow sampai pintu bilik..teruk-teruk Pak Lah pon tak la tunggu depan pintu bilik haha..

Sapa mau pakat ..PM tetap Mat Monggolia..bodo la kalau ikut cakap Mat Monggolia..Apa jadi dengan Ku Li yang dok pakat dengan MP dari Borneo untuk buat undi tak percaya kepada Najib?Jadi ka tak jadi?Jangan hanya hangat-hangat taik ayam..

Selasa, 18 Jun 2013

Mahfuz Omar kata tu betoi..rakyat kena kencing kena main tambang bas naik 10%

Naib Presiden Pas kata dalam Harakahdaily Kadar 30% hanya perangkap untuk naikkan tambang.Antara lain Mahfuz kata,"Isu sebenarnya bukan 30 peratus, isunya adalah kenaikan harga tambang. Kalau bawah 30 peratus iaitu 15 peratus bermakna pengguna akan beli. Ini adalah perangkap kepada pengguna supaya bincang kenaikan harga tambang. Hakikatnya harga tambang pasti akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Hari ni Syarikat Pengangkutan Awam Darat(SPAD) yang jadi lintah darat kata Tambang bas balik raya naik 10% mulai Julai.Maknanya sebelum raya depa sapu duit pengguna kaw-kaw!

Depa test market dulu up 30% nak tengok rakyat kata pa..tengok tak dapat naik 30% depa penaik juga 10%. Ting tong pi ting mai pengguna yang kena..kena main kena kencin..!

Isnin, 17 Jun 2013

Pengerusi SPR kalau takat sedih dan kecewa kucing pon reti

Saya tulih dalam FB;
Takat nk sedeh dan kecewa..kucing hilang anak pon meraung rata rumah..letak la jawatan! Baru rakyat kata hg pa bertanggungjawab takat mngaku kata Aku curi duit hg..hg boleh dak halai duit yg Aku ambik..banyak cantikkk!..tp ni di Msia.xpa kalau di Korea,Jepun ka dah lama letak jawatan...bukan takat spr ,PM pon dah bungkuih walaupun menang pilihanraya!

Dakwat kekal berduka dalam kebenaran
“KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Sabtu, 15 Jun 2013

"Di Kedah kalau nak ceramah nak jual apa bagi rakyat kembali sokong Pas dan PR?"

Seorang penceramah Pas kata apa isu yang boleh dibawa supaya rakyat Kedah kembali sokong Pas dan PR.Beliau mengambil contoh di Terengganu walaupun Pas kalah dan hilang kuasa pada tahun 2004 ada jugak tinggalkan jasa walapun ada pemimpin di Terengganu masa tu pi menebas kebun pakai tali leher..ni ayat perli ja..

Pas semasa berkuasa di Terengganu gubal kanun jenayah syariah yang dijadikan enakmen dalam undang-undang tubuh kerajaan Terengganu yang kekal hingga kini, hapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud,hapuskan cukai pintu dan bagi tanah kepada rakyat.maknanya ada jasa yang Pas Terenggnau tinggalkan selepas Pas hilang kuasa di Terengganu.

Di Kedah pulak selepas Pas dan PR kalah apa yang Pas tinggalkan..hutang KUIN RM300 juta,isu akta kolej dan universiti di mana pelajar KUIN dan pihak kerajaan negeri Kedah meleret sampai ke mahkamah.

Kata penceramah tu lagi kat saya untuk Pas dan PR berkuasa di Kedah banyak nyawa,air mata dan darah terpaksa di korbankan tak macam di negeri lain termasuklah pembunuhan orang Pas di Memali,pembunuhan orang Pas dalam peristiwa Lubuk Merbau dan banyak insiden berdarah untuk Pas berkuasa di Kedah.

Ni antara nikmat orang Islam di Kedah dapat apabila Pas hilang kuasa. Harakah 17-20 Jun 2013

Tun Madey suruh Najib berkeras dengan rakyat..Najib sendiri dah nak terkangkang

Kata bekas PM yang paling berkuasa dalam Umno-BN Tun Madey Kerajaan jangan lagi berlembut dengan pembangkang.Cakap bole la Tun oii zaman Tun dah berlalu nak tekan rakyat sangat-sangat nanti jalanraya tak nampak jalan apabila rakyat berhimpun di jalanraya macam di Turki,Mesir,Jordan dan juga di negara Barat apabila pemimpin jadi ganas nak baham rakyat.Jangan ingat pemimpin ja reti buat ganas tapi tahap kesabaran rakyat jugak ada batasnya.Api kalau tengah marak jangan tuang minyak petrol lebih  baik simbah air bagi padam.

Najib sendiri kini berada dalam keadaan tersepit sedang ditolak ahli Umno,blogger Umno yang tidak mahu lagi Najib jadi PM.Ku Li dan ahli parlimen BN dikatakan sedang merancang untuk jatuhkan Najib dengan buat undi tak percaya terhadap Najib sebagai PM.

Baca jugak apakah benar pertemuan Najib-Anwar sedang diatur di Jakarta untuk elakkan persaingan dalam parlimen apabila mula bersidang.

Jumaat, 14 Jun 2013

Najib dah nak terpelanting,Ku Li nak jadi PM?

Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepadaThe Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.-The Malaysian Insider
Komen saya dalam FB;
Cita-cita Anwar nak jadi PM dah berkubur ni kita kena terima hakikat melainkan ahli parlimen BN lompat masuk Pakatan.Pakatan pulak dok sembang deraih kata puak lompat parti ni katak puru la,katak ong la dan tak munasabah puak Umno nak lompat mai kat PR.Bila timbul isu ada ahli parlimen BN berjumpa dalam gelap dan berpakat dengan Ku LI untuk jatuhkan Najib dan lantik Ku Li jadi PM hang pa mau ka.Ku LI pulak dilihat dah tak mau lagi jadi Gurkha dalam Umno ,jadi kuli Umno dia pon nak merasa jadi PM macam Anwar..puak Pas yang nak sangat Ku LI jadi PM tentu suka..tapi sapa pulak nak jadi TPM?Kalau Muhyiddin baru sama macam Najib haha

Ingat orang tua tu..Tun Madey nak berdiam diri..Tun dah lama dok rancang nak naikkan anak beliau Mukhriz duduk lebih tinggi hinga jadi PM.Semua orang tau Ku Li musuh ketat Tun Madey sejak sekian lama.Jika Ku Li diterima Bn dan PR sebagai PM baru maka hancur leburlah segala warisan Tun Madey.Tapi kini team Tun Madey juga sedang menibai Najib termasuklah bekas Menteri Datuk Zainuddin Maidee,Utusan Meloya dan blogger Umno yang tak dapat apa2 keuntungan daripada Najib.

Agak-agak la kalau Najib terpelanting Rosmah nak jadi apa.

Khamis, 13 Jun 2013

Utusan Meloya Kantoi Lagi

Pembuat kereta sangkal dakwaan Utusan mengenai penurunan harga

 Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187. 
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.-The Malaysian Insider.
Padan muka..kalau tak menipu bukan Utusan Meloya namanya,kalau tak menipu bukan BN namanya.Lompat la sampai terkoyak seluaq lompat!lompat!
Macam mana nak turun harga kereta kalau cukai kenderaan tak turun,cukai import tak dikurangkan..buah durian kebun sendiri boleh la nak jual harga berapa pun..sapa mau rugi haha.
Cuba tengok sekarang mana janji Najib dan Muhyiddin nak bagi duit BR1M 1200?Dah tak dengaq bunyi bila BN menang lagi pru 13.Kalau tak bagi macam yang dijanjikan sila berdemo..

Rabu, 12 Jun 2013

Najib sedang dibelasah gerombolan Umno yang tak puas hati

Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13

Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.
“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.Baca di sini.

Tertekan, PM akan singkirkan lima pembantu yang kalah PRU13

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.
Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.
Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.-The malaysian insider.
Zainuddin Maidin bekas Menteri menulis dalam Utusan Meloya serang Nazir adik kepada Najib kerana pertahankan CEO Air Asia X Azran yang menyerang Utusan Meloya kerana rasis.Kata Zainuddin Maidin,"Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka BN akan mendapat sokongan orang Cina."Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi Najib dan Umno," tulis beliau.Baca di sini.
Najib kini sedang dihambat keluar daripada jawatan PM yang disandang beliau oleh gerombolan Umno yang tak puas hati dengan Najib dan konco-konconya.Muhyiddin Yaasin diam membisu tak campurtangan..ada peluang ka Muhyiddin nak jadi PM Mee Segera?

Selasa, 11 Jun 2013

Kes Altantuya tak selesai selagi tukang suruh bunuh tak ditangkap

Bicara semula boleh kesan pembunuh sebenar Altantuya
Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata biro guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilandaily.
Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat sumpah jawatan)
“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi. Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kesbeliau membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.azilah sirul
Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.
Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.-Keadilandaily.com
Bila-bila pon rakyat dok pikir siapa yang suruh dua anggota polis tu bunuh Altantuya?

Isnin, 10 Jun 2013

Muhyiddin TPM UNTUK BN

Pemimpin Umno semua satu spsesis.MB Terengganu pernah kata hanya mahu dirikan rumah mampu milik di kawasan BN menang manakala kawasan Pas dan PR menang mintak kepada wakil rakyat yang menang.Ini ucapan paling bodo sebagai seorang pemimpin.Politik balas dendam ni hanya akan menambahkan jurang politik yang semakin luas.Rakyat tak kira parti apa pun semua punyai hak yang ditulih dalam perlembagaan Malaysia, mereka warganegara Malaysia bukan pendatang haram Bangla,Indon,Myanmar,Nepal dan Pakistan.

Kerajaan paksa pengundi kembali ke BN dengan bantuan terpilih, kata Pakatan

Barisan Nasional (BN) memaksa pengundi untuk kembali menyokong kerajaan dengan menghukum penyokong pembangkang menerusi bantuan terpilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

Gabungan pembangkang menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk memberi lebih banyak pertolongan kepada mereka ang menyokong BN pada Pilihan Raya 2013, menyifatkan langkah tersebut sebagai “memangsakan” pengundi dalam usaha mengekalkan dominan kuasa politik.
“Ia tidak memeranjatkan memandangkan perkara ini selalu menjadi cara BN yang suka menjadikan pengundi yang tidak memilih mereka sebagai mangsa dan hanya bantu pihak yang menyokong mereka,” kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad kepadaThe Malaysian Insider.
“Ini cara kekal berkuasa. Dengan menjadikan pengundi mangsa. Mereka akan mengekalkan keadaan ekonomi supaya Melayu akan terus menyokong mereka,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.
Semalam,  Muhyiddin dilaporkan berkata akan memberi “bantuan lebih kuat” kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum lalu, ia dilihat bertentangan dengan hasrat pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu mengadakan perdamaian kebangsaan.
“Mesej yang jelas adalah majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN.
“Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan,” kata Muhyiddin dipetik semalam daripada agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.
Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke berkata kenyataan Muhyiddin itu jelas mensasarkan kepada masyarakat Cina yang majoritinya telah mengundi pembangkang pada pilihan raya 5 Mei lalu.
“Ini menunjukkan beliau mahu menghukum masyarakat Cina.
“Segala yang diperkatakannya menunjukkan dia bukan timbalan perdana menteri untuk semua tatapi hanya untuk BN. Lagipun, dia dikenali sebagai seorang yang sering mengatakan dia adalah 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudiaan,” kata Loke kepada The Malaysian Insider.
Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP tersebut kemudiaan memetik analisis yang menunjukkan beberapa peningkatan peralihan sokongan orang Melayu kepada pembangkang dan menuntut kerajaan menjelaskan mengapa mereka hanya menghukum orang Cina.
“Ia kenyataan yang bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Dia mengatakan sesuatu yang sama sekali berbeza  dengan perdamaian yang Najib katakan, malah dia membuat kenyataan yang memecah-belahkan,” tambahnya lagi.
Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut  mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.
Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.
Khalid mengganggap kenyataan Muhyiddin itu mendedahkan sifat sebenar BN dan menegaskan selagi kerajaan sedia ada ini tidak dihumban, mereka akan terus mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang menentang.
“Sebab itulah kami berada di sini. Untuk menentang mereka. Setelah sekian lama dalam kuasa mereka masih tidak memahami bahawa wang itu adalah milik rakyat. Sudah tentu tidak semua orang akan mengundi untuk mereka tetapi apabila mereka dipilih berkuasa, mereka mesti berkhidmat kepada semua orang,” kata beliau.
Walau pun terdapat pemimpin berhaluan kanan dalam BN, beberapa pemimpin dalam gabungan pemerintah berkata sebaliknya dan menyifatkan tidak wajar hanya menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya lalu.
BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.
BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.
Beberapa tangkapan ke atas pemimpin dan aktivis pembangkang kebelakangan ini juga mengaburkan lagi perdamaian kebangsaan seperti yang diuar-uarkan oleh perdana menteri.-The Malaysian Insider