Khamis, 10 November 2011

Dulu Awang Adek nak jadi MB, kini Tok Pa pula nak jadi MB Kelantan

Kelantan: Mustapa sedia jadi MB, tapi serah pada Najib-M'insider

Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider, "di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)."
Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan di tangan PAS pada pilihan raya umum 1990. Sejak itu negeri tersebut diketuai parti Islam tersebut.
"Pertama, dia (ketua Umno negeri) akan mengetuai parti dalam pilihan raya. Secara konvensyen, itu yang akan berlaku. Jika kami menang, lazimnya dia akan menjadi MB.
"Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu.
Ketua Pembangkang di Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad juga menggambarkan Mustapa yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" sebagai bakal menteri besar Kelantan dari sebelah Umno-BN.
Mustapa, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam jurusan ekonomi dan ijazah sarjana pembangunan ekonomi kini mengetuai gerakan kempen "Gelombang Merah" untuk mendapatkan balik negeri Kelantan daripada penguasaan dua dekad PAS.
Difahamkan pemimpin-pemimpin PAS juga bimbang mengenai aspek pengganti kepimpinan di negeri itu dengan mengambil kira usia Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, mencecah usia 80 tahun pada tahun ini. PAS didakwa tiada gambaran yang jelas mengenai bakal pengganti Nik Aziz.
Mustapa pernah dilihat sebagai bakal menteri besar ketika pilihan raya umum 2004, di mana beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai negeri itu.
Ketika itu PAS menang 24 kerusi manakala BN pula 21.
Empat tahun kemudian, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membawa peranan sebagai bakal menteri besar tetapi Umno hanya menang enam kerusi.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.-m'insider

Macam mana nak tanya Najib , ahli Umno pun mau Najib letak jawatan untuk selamatkan Umno-Bn. Takkan tak mau tanya pendapat Ku Li ahli veteren Umno yang juga MP Gua Musang.Ku Li dah tubuh NGO Amanah untuk bersuara dari luar Umno kerana suara Ku Li dah tak laku dalam Umno.Semua nak jadi MB sejak zaman Anuar Musa tabal Sultan tengah padang, zaman Awang Adek dan kini Tok Pa pulak mencuba nasib.


Umno Kelantan hanya pandai nak merebut jadi MB tapi pekakkan telinga tuntutan rakyat Kelantan untuk dapatkan royalti minyak daripada kerajaan pusat.

MB Terengganu didakwa ditangkap khalwat: ''Saya akan jadi jutawan selepas ni' kata Ahmad Said

Ahmad Said akan saman penulis blog fitnah beliau ditangkap khalwat-Mstar

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.
Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.
"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.
"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, pada Rabu.
Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.
Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.
"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya. - BERNAMA

Ha ha siapa yang tuduh?Blog mana ?Kenapa tak sebut nama?Dah dekat pru cari publisiti minta simpati.Ramai yang macam ni nak glamour macam artis.Kena buat gossip sendiri untuk keluar nama dalam media.Kata orang 'tak tumbuh tak tak melata tak sungguh orang tak kata' hi hi.Tim mana ni buat lawak?Takkan Deris Jusuh kot hi hi.

Musuh Umno bukan orang luar tapi yang tidur satu kelambu dan satu tilam takkan tak kenal atau saja-saja nak bagi musuh buka mulut kata ini bukan kerja saya hi hi.Kalau Sultan sendiri pun Umno kata natang apa lah sangat dengan mu Mat Said oiii.Berak tengah jalan sapa mau ngaku.

Laporan SPRM pagi ni di Shah Alam, lembu tinggal dalam kondominium!

SMS yang saya terima seperti berikut tanpa edit;

Lembu tinggal dalam kondominium! Laporan oleh Jingga 13terhadap penyelewengan wang rakyat  oleh National Feedlot Corporation (NFC) di SPRM Selangor, Bangunan PKPS (depan Blue Wave Hotel), Shah Alam, jam 11.30 pagi Khamis 10-11-11.Sila hadir ramai-ramai.

Nampaknya sebelum PM Najib demam kerana desakan ahli Umno suruh PM Najib letak jawatan untuk selamatkan Umno-BN , Shahrizat Ketua Wanita Umno terlebih dulu demam tak kebah-kebah.Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat sepatutnya letak jawatan kerana kes ini libatkan keluarga beliau.

 Gambar bawah ehsan FB Pejuang Rakyat

Rabu, 9 November 2011

Buku 'Kesilapan2 Najib' sambut Haji Najib pulang dari Mekah

Buku :Najib perlu undur sebelum pru, korban selamatkan Umno-Bn-M'insider

Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.

Muka depan buku terbaru tulisan Shahbudin Husin, merumuskan Najib perlu berundur demi menyelamatkan Umno dan BN.
Tulisan buku (gambar) itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu. Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."
Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.
"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."
Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil.
"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.
Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."
Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk dicapai."
Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.
"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.
Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik.
"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.
"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.
Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".
Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".
Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011.
Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.
"Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi.
"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin lagi.
Dengan merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar bahawa jalan bagi BN masih belum cerah untuk menang besar, penulis ini menambah, "di sinilah Najib perlu berjiwa besar" demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein, yang juga bapanya dan perdana menteri kedua.-m'insider

Kesian haji Najib baru nak pijak kaki bumi Malaysia setelah pulang dari Mekah dah kena tibai, kena balun dengan ahli Umno sendiri.Adakah Haji Najib akan senasib cerita Lebai Malang ha ha.Sama -sama kita lihat nanti.Kecuali kalau Hajah Rosmah kata , "Bang Haji berkorbanlah , berhentilah jadi PM sebelum kita dikorbankan." ha ha
Percayalah haji Najib tak akan dengar nasihat penulis buku ini kerana Najib pernah kata 'pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun'.
Kalau ikut kepala tajuk buku tu semua mardud tak ada yang mabrur.

Jadi wakil rakyat apa MES pun tak tau ha ha malu oii maluuuu



Inilah sikap pemimpin Umno tak kiralah yang jadi menteri ka , wakil rakyat ka, adun ka semua serupa berlagak pandai tapi bodoh dan bebal saja yang lebih.Bukan depa tak tau tapi pura-pura tak tau taktik lama nak cari publisiti , nak tunjuk jadi jaguh tapi nampak sangat tak berapa cerdik.Malu oii malu .Cakap dalam sidang dun macam cakap dalam kandang lembu.Kata orang bodoh tapi tak sedar perbodohkan diri sendiri.Malu wooo dapat wakil rakyat macam ni.Dah dapat air paip free pun tak tau apa itu MES ha ha.Ini orang beranak mana ni dah 3 tahun lebih PR perintah takkan tak sedar-sedar !?

Berkaitan;
Bajet 2012 Selangor peruntuk RM1.6 bilion , program MES diperkasakan-TVS
Baru 30 minit bermula , adun batang kali diarah keluar dewan-TVS
Bonus untuk akitangan awam setengah bulan-TVS

Menteri bebal lawak bodoh

Noh Omar tawar projek NFC kontroversi kepada Pakatan-M'insider
Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk menawarkan wakil rakyat pembangkang mengendalikan sendiri pusat ternakan lembu ― projek ternakan berkandang kebangsaan (NFC) yang berkontroversi. ― pendirian dibuat ketika bertikam lidah di Parlimen berhubung projek tersebut.
NFC dimiliki oleh suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya Izran and Izmir.
“OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  ini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.
“Saya sedia tawar projek ini kepada mana-mana anggota pembangkang. Saya akan beri kepada sesiapa sahaja yang berupaya untuk mengendalikan projek NFC,” katanya.
Noh menjawab soalan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang bertanya mengapa hanya 20 daripada 71 pusat ternakan satelit yang dirancang untuk NFC beroperasi.
Omar juga berjata NFC tidak boleh mengeluarkan kesemua pinjaman RM250 juta yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.
Katanya, ada syarat-syarat yang dikenakan untuk dipenuhi sebelum boleh mengeluarkan wang daripada dana tersebut.
Katanya, pengeluaran daripada dana tersebut untuk projek itu perlu diluluskan oleh jawatankuasa teknikal, yang diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Noh menjawab dakwaan PKR bahawa penyata-penyata kewangan yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan NFC telah mengeluarkan kesemua RM250 juta sehingga 31 Mac 2009.

Selasa, 8 November 2011

Suara Ku Li tak laku dalam Umno..lainlah Zul Kulim

Ku Li: Saya tubuh Amanah sebab tiada ruang suara dalam Umno-M'insider

Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno. Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.
“Masih ada keyakinan (terhadap Umno) tapi saya bersama NGO (badan bukan kerajaan) kerana ada ruang...kalau tiada ruang dalam parti, bagi saya tiada (ruang dalam Umno)...tiada.
“Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan tiada kebebasan tidak seperti dulu,” katanya pada sidang media di sini.
Tambah beliau: “Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa.”
Tengku Razaleigh  yang mesra dengan panggilan “Ku Li” berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu akan merancangkan program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.
“Kita sudah dapat kelulusan RoS, kita akan gerakkan pertubuhan ini...selama ini kita senyap kerana kita masih belum dapat kelulusan, kita tidak mahu nanti dikatakan pertubuhan haram,” kata presiden Amanah ini.
Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan Umno sekarang tidak seperti pimpinan terdahulu yang mengamalkan prinsip kebebasan bersuara.
“Zaman dulu siapa yang nak bercakap boleh bercakap...sekarang kalau dalam perhimpunan agung nak bercakap pun kena dapat kebenaran, apa yang nak bercakap pun kena dapat kelulusan dan kalau bercakap semua yang sedap didengar,” katanya.
Dalam pada itu seorang lagi timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat berkata sejak melibatkan diri dalam pertubuhan itu banyak tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.
“Ini adalah platform NGO, tidak perlu nak cakap yang bukan-bukan. Sejak dulu saya sudah terlibat dalam NGO dan ia adalah hak saya untuk sertai mana-mana NGO.
“Itu hak saya untuk sertai mana-mana NGO dan ia adalah hak bersuara baik dalam program kemasyarakat atau politik yang mana saya tidak nampak percanggahan,” katanya.
Tambah Tengku Razaleigh, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil.-M'insider

Inilah nasib Ku Li tubuh parti Semangat 46 pun lingkup lalu kembali kepada Umno.Masa tu suara Ku Li tak laku zaman Tun Mahathir jadi PM.Ku Li hampir-hampir kalahkan Tun Mahathir rebut jawatan Presiden Umno yang menang tipis dengan 40 undi lebih.Hingga kini Tun Madey masih tak suka Ku Li sama macam Tun Madey tak suka Pak Lah mantan PM.

Zaman Najib jadi PM pun suara Ku Li terus tenggelam.Hanya sekali sekala Ku Li diangkat dan dijulang seperti dalam prk Galas.Betullah kata Ku Li dalam klip video Undilah ,"Negara kita memang cukup indah tapi ada macam-macam masalah, tak perlulah saya sebutkan ...ia memang banyak masalah."

Sama macam Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Saifuddin Abdullah yang lantang suarakan keadilan dalam Umno-Bn tapi suara beliau tak laku walaupun sekupang.Tak lama lagi nasib Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ini akan senasib Ku Li dimasuk dalam frozen.

Umno lebih suka dan dengar cakap Zul Kulim , Zahrain, Braheng Ali , H****Ali daripada dengar suara Ku Li ha ha.Suara depa lagi laku Ku Li oiii.Zul Kulim ni ditatang macam minyak yang penuh bersama kaki lompat yang lain dalam Umno asal saja berani hentam bekas parti yang depa tidur sebantal.Kaki auta, kaki kelentong memang Umno suka.

Saya dok tunggu lagi seorang 'Ali' masuk Umno.Kalau tak masuk pun jadi mesra Umno.Banyak projek bagi kat kawan-kawan Umno di Selangor .Untung kawan-kawan 'Ali' ni di Selangor.Gambar bawah Zul Noordin dan Hasan Ali dalam rancangan Bicara Rakyat di RTM1.Ku Li pun tak dapat peluang macam ni walaupun banyak berjasa kepada Umno!


Gambar

Lembu Feedlot: Untung atas angin RM666,000


Lapor Suara Keadilan edisi cetak bilangan 40 'Wang rakyat RM250 juta projek lembu lebur dalam simpanan tetap';
Keluarga Shahrizat untung atas angin RM666,000
Penyata kewangan jadi bukti penyelewengan 
Kerajaan dijangka lupus kerugian NFC(National Feedlot Corporation Sdn Bhd)
Punca halang KEADILAN tinjau tapak projek

Baca laporan penuh dalam akhbar terhangat di pasaran di muka 8&9 pendedahan oleh Rafizi Ramli Pengarah Strategi Keadilan .

Semua dah terdedah dan barai tak ada apa lagi nak disembunyikan.Tak boleh nak tutup dengan tudung periuk. Sharizat hingga kini diam membisu macam mulut kena gam tak boleh nak kata apa.

Haji mardud, haji jelek dan haji tayang

Tak berapa hari lagi Haji Najib dan Hajah Rosmah Mansor akan pulang daripada Mekah .Kita akan tengok sama ada bini Najib yang kontroversi dengan barangan mewah akan menukar cara hidupnya.Adakah hajah Rosmah akan menutup kepalanya supaya tidak nampak jambul macam jambul Shahrizat Ketua Wanita Umno.

Tu bini PM Najib.Bagaimana pulak dengan Najib sendiri.Najib kata beliau dah selesai tunai ibadah haji pada 6 November tarikh kalendar Islamnya ialah 10 Zulhijjah.Betul ke dah habis ibadah haji pada tarikh 10 Zulhijjah?Bagaimana dengan acara melontar atau baling setan dengan batu kecil di tiga jumrah.Ini adalah perkara wajib dalam ibadah haji.Mungkin Najib terlupa atau ingat -ingat lupa.

Apa pembaharuan Najib akan buat bila pulang daripada Mekah?Takkan tak ada perubahan.Kalau takat berubah pakai kopiah putih saja tanpa lakukan tuntuan rakyat maknanya tak ada apa yang mengubah Najib sewaktu berada di Mekah.

Semalam saya tengok astro oasis dok tayang gambar Najib dan Rosmah di Mekah dalam pakaian ihram wow! orang kampung tengok habis cair la semua pakat kata baguih sungguh PM kita ha ha.Jangan dapat haji tayang-tayangan sudah la.

Pm Najib bila pulang saja daripada Mekah selepas baling setan tolong umumkan bahawa 8 tuntutan rakyat dalam pru akan ditunaikan.Ini penting kalau tidak jika Najib umumkan pru akan diadakan tanpa tunaikan 8 tuntutan maka Najib lagi sekali akan berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat kali ketiga untuk bersihkan pilihanraya.Rakyat akan ke jalanraya bukan lagi pilihanraya.Jangan cakap flip-flop macam mau hapuskan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pakat lawan bertelagah yang rugi budak-budak sekolah.Sekejap nak hapus sekejap nak teruskan.Ni yang rakyat mau haji Najib;

http://greencastle.files.wordpress.com/2011/07/tuntutan-bersih.jpg
Haji Najib juga kena selesaikan hutang kerajaan pusat kepada Kelantan dalam isu tuntutan royalti minyak yang kini terpaksa dibicarakan di mahkamah.Terengganu, Sabah-Sarawak dapat royalti tapi Kelantan yang 99 peratus orang Melayu Islam dianiaya daripada dapat hak mereka.

Rakyat sedang menunggu-nunggu ole-ole daripada haji Najib tapi bukan ole-ole buah kurma, biji tasbih, jubah dan kain serban tapi rakyat mahu haji Najib tunaikan kehendak rakyat yang cukup mudah.

Jangan sampai orang kata PM Najib dapat haji mardud, haji jelek atau haji tayang-tayangan sudahla.Tunaikan kehendak rakyat pembayar cukai yang membayar gaji semua menteri , ahli parlimen,adun tak kira parti apa pun semua makan duit rakyat.Jangan buat-buat lupa isyaAllah dapat haji mabrur!

Baca juga Mufti Perlis terkejut Najib-Rosmah dah selesai kerja haji.

Isnin, 7 November 2011

Bolehkah lembu percuma yang diberikan kerajaan dan syarikat dibuat korban?

Salam Aidiladha buat semua..saya rasa semua pakat kenyang makan daging kurban.Apalah yang ada untuk hari raya Aidiladha jika tidak ada sembelihan kambing , lembu dan kerbau untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Haji ini untuk diberikan kepada fakir miskin, anak yatim dan juga orang yang jarang-jarang dapat merasa makan daging.

Trend masa kini saya perhatikan ialah sumbangan lembu oleh pihak kerajaan negeri tak kiralah negeri PR ka atau BN ka pakat bagi sumbangan lembu untuk dijadikan korban sempena Aidiladha.Kalau lembu yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri atau syarikat GLC hanya setakat dijadikan kenduri makan ramai-ramai itu tak jadi hal.Tapi kalau lembu untuk korban mestilah lembu duit hasil titik peluh sendiri bukan lembu percuma oleh pihak kerajaan.Lembu kerajaan tu duit rakyat dan pihak kerajaan bagi pulak kepada rakyat untuk dibuat lembu korban.Persoalannya bolehkah lembupercuma ini dibuat korban dengan memasukkan nama-nama peserta korban kepada 7 bahagian untuk seekor lembu?

Sebagai contoh pihak masjid dapat seekor lembu korban daripada YB yang dapat lembu yang diagihkan kerajaan negeri ke setiap Dun.Pihak masjid pulak yang dapat duit daripada peserta korban masukkan nama peserta korban ke dalam lembu yang diberikan percuma oleh YB .Sahkah korban itu?Siapa nak tanggung kalau tak sah korban si polan dan si polan? Lain -lain contoh pulak pihak Masjid yang dapat lembu korban percuma masukkan nama peserta korban untuk AJK masjid seramai 7 orang, sahkah ibadah korban itu?

Ibadah Korban ialah sunat muakkad tapi kalau tak ada duit nak buat korban tak payahlah buat.Macam juga badat Haji wajib bagi yang berkemampuan tapi kalau tak ada duit nak pi lagu mana?Yang ada duit pun tak boleh pi Haji sebab dah cukup kuota!

Kita buat pesta sembelih lembu atau ibadah korban?

Wallah hu a'lam .Sekadar bertanya..


Sabtu, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada  semua umat Islam.Berkorbanlah harta dan nyawa demi agama Islam tercinta.Bukan senang nak lakukan pengorbanan seperti pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S demi menurut perintah Allah SWT.

Hari ini kita umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban dengan menyembelih binatang seperti lembu, kambing dan unta sempena sambutan Aidiladha atau disebut juga Hari Raya Haji pada 10,11, 12, 13 Dzulhijjah untuk disedekahkan kepada fakir miskin sebagai memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail A.S

Firman Allah SWT yang bermaksud;
Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, atau mengendarai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh, agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Dia berikan kepada mereka berupa haiwan ternak .Maka makanlah sebagian darinya dan (sebagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.(Ayat 27-28 surah al-Hajj)

Daging (haiwan kurban) dan darahnya itu tidak sekali -kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ketaqwaan kamu.Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan  Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu.Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.( ayat 37 surah al-Hajj).

Jumaat, 4 November 2011

Hasan Ali dan Zul Noordin dalam satu pentas di RTM1

Ketika dok tekan-tekan chanel remote TV tertekan TV RTM1 tengok-tengok keluar muka Hasan Ali Ecxo Kerajaan Negeri Selangor dengan Zulkifli Noordin dalam rancangan Bicara Rakyat yang bertajuk 'Kesatuan Umat'.Saya pun tengok sat apa depa sembang.Daripada apa yang dilihat Hasan Ali banyak bersetuju  dengan pandangan Zul Kulim ahli parlimen yang dah dipecat daripada parti PKR.Begitu juga dengan Zul Kulim pun setuju dengan pandangan Hasan Ali.Tak ada pro dan kontra antara depa berdua .

Ketika ditanya oleh pengerusi majlis kepada Hasan Ali, "Kenapa Pas tak sokong Himpun (Himpunan Sejuta Umat)?" Jawab Hasan Ali lebih kurang begini ," Itu pandangan parti politik masing-masing yang berbeza-beza tapi saya hadir sebagai individu dan alhamdulillah saya tak dikenakan tindakan."

Tunggu tak lama lagi kalau dah muka boleh keluar dalam TV RTM1 sampai sejam yang kebanyakkannnya hanya yang jadi beruk -beruk Umno saja boleh masuk akan adalah yang akan menyeberang duduk atas pagar atau lompat duduk dalam rumah Umno! Sayonara ! sayonara !sayonara!

Kata kawan aku Pas akan mengalami proses buang buruk.Elok la tu macam saya kata la pi pon tak berkurang ada pon tak menambah.Jadi beban ada la. Klik gambar untuk besarkan.