Sabtu, 25 Jun 2011

Pakai baju kuning pun kena gari, Malaysia lagi teruk daripada Myanmar


Apa nak jadi dengan polis Malaysia dan pemerintah BN di negara ini?Pakai baju kuning pun kena tangkap dan digari.Undang-undang apa depa guna asal baju warna kuning bertulis Bersih 2.0 kena tangkap.

Sementara itu di Shah Alam petang kelmarin ramai anggota polis trafik dan fru halang orangramai masuk ke UPTOWN Shah Alam gara-gara katanya di situ ada buat roadshow Bersih 2.0.Para peniaga ada yang geram dengan tindakan polis yang telah menyebabkan mereka alami kerugian kelmarin kerana polis halang orangramai masuk ke UPTOWN Shah Alam.UPTOWN Shah Alam sunyi sepi sejak petang kelmarin hingga ke jam 5 pagi yang biasanya penuh dengan orangramai setiap kali hujung minggu .

Malaysia sentiasa mengutuk kerajaan Myanmar atau dulunya dikenali sebagai Burma kerana mengamalkan pemerintahan kuku besi.Myanmar walaupun dicap dan dilabel sebagai kukubesi tapi kalau setakat pakai baju kuning kerana menyokong sesuatu pihak depa tak tangkap.Ni tak demo lagi dah tangkap.Memang polis Malaysia lagi teruk daripada Myanmar.

Sementara itu blogger Umno Aspan Alias menulis Pakai T Shirt Bersih ditangkap - KDN belilah mesin pengimbas periksa seluar dalam sekali.

Berkaitan;
Polis kepung lokasi, jelajah Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam batal-M'insider
Bersih 2.0:Aktivis AMK, Pemuda Pas antara ditahan polis malam tadi-Harakahdaily

Hidung pelakon blue film mirip RTC kata Johari Abdul



Baca juga di sini dan di sini.

Jumaat, 24 Jun 2011

Bersih 2.0 :Pengumuman sila baca

Ini sms yang diterima untuk warga Selangor berkaitan BERSIH 2.0;

"Daripada PJ dan SUBPPNS (PJ Pas Selangor dan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor) : Jika ada mana-mana polis panggil ahli kita untuk ambil statement pasal BERSIH 2.0. Pas negeri TIDAK benarkan ahli ke balai tanpa pengetahuan negeri.Sebaliknya minta polis berkenaan rujuk kepada peguam terlebih dulu.Arahan serta merta.Sebarkan kepada seluuuuruh ahli Pas.CC Peguam Selangor".

Bersih 2.0: Haram bagi polis bagi rakyat tak haram



Polis ada cara halang perhimpunan 9 Julai- Meloya

Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Amar Singh berkata, sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967. - Bernama

Semua rakyat dah tahu bila ada perhimpunan libatkan rakyat yang benci pemerintah kerana tak berlaku adil tak ada yang halal semua haram.Perhimpunan Lynas untuk bantah buat projek simpan sisa radioaktif pun haram mana ada yang halal.Halal lawannya haram.Puak yang bantah demo Bersih pun kata haram tapi depa pun mau demo juga!

Gila! Himpunan tak haram dan tak ada permit bila PM Najib kata berjaya himpun budak-budak belia sampai satu juta di Putrajaya.

Siapa nak kata haram pun boleh nak kata halal pun boleh tapi 9 Julai jangan lupa kita turun ramai-ramai kuningkan Kuala Lumpur.Sila layan lagu di atas sebelum diharamkan.

Tua bangka rasa seronok jadi dalang video lucah

Trio Datuk T mengaku di mahkamah kata depalah yang jadi juara sebar video lucah dan dikenakan denda RM5,500. Duit denda sebanyak tu bagi mereka sikit pun tak jadi hal hanya sentak daripada poket atas ja untuk bayar denda.

Apa yang jadi persoalan mereka bertiga begitu seronok untuk hadir di mahkamah nak mengaku kata depalah kepala juara sebar video lucah.Pengakuan mereka tak mengejutkan kerana dua tiga hari selepas tayang video lucah Datuk T ni dah ngaku di luar mahkamah kata depa yang buat kerja tayang video lucah.Malah seorang daripada Datuk T tu kata dia pun ada dalam video tu.Cuma mereka lambat didakwa yang dipertikaikan.Curi seluar dalam pun tak sampai 3 hari dah didakwa di mahkamah!

Siapa pelakon video tu yang cuba diketengahkan Datuk T tu sebenarnya.Polis dah kata depa dah kenal pasti pelakon video tu tapi hingga kini tak umum lagi.Polis pulak kata hari tu, "jangan cabar kami untuk dedahkan pelakon video tu."

Yang pasti dalang video lucah rasa seronok tambah-tambah kerja tayang video lucah tu dapat sokongan Perkosa di luar mahkamah.Buat kerja kotor dan lucah pun hang pa sokong tapi bila Utusan Meloya hina hukum Islam hang pa tak lawan.Nak bunuh dan ugut Cina pun kerja hang pa jugak supaya tak turun demo Bersih 2.0

Trio Datuk T (dari kiri) Shuib Lazim, Abdul Rahim dan Shazryl Eskay selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May Trio Datuk T (dari kiri) Shuib Lazim, Abdul Rahim dan Shazryl Eskay selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi-Gambar M'insider.Gambar bawah daripada M'kini.

Puak-puak ni tak rasa malu ka kat anak bini jadi penyokong blue film?Yang tua bangka tu dah ada cucu dan cicit tapi siap angkat tangan lagi ..ok...ok..

Khamis, 23 Jun 2011

Bersih 2.0: Ingat kami takut ! jangan mengarut



Ayuh anak muda pergi jahanam dengan ugutan dan amaran.Kita warga Malaysia jiwa merdeka, bukan pendatang haram ! Kita ada hak untuk berhimpun secara aman mengikut artikel 10 perlembagaan persekutuan.Kita bukan buta undang-undang.Hanya yang buta sejarah dan tak sekolah saja kata demontrasi aman tak pernah wujud sejak merdeka dan sebelum merdeka.Ugut bunuh, bunuhlah ..berapa banyak boleh bunuh 100, 200, 300 bunuhlah .Kita mahu kuningkan Kuala Lumpur 9 Julai bukan mahu merahkan Kuala Lumpur dengan darah.Kita masih ada fikiran yang sihat sebagai rakyat yang merdeka.

Woit ! Isa Samad , hutang along pun satu penghormatanka?

Hari ini keluar laporan Isa Samad Pengerusi Felda kata pinjam duit KWSP satu 'penghormatan'.Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dakwa Felda pinjam RM6 Bilion duit KWSP.Fuuhh! senang-senang depa pakat lawan pinjam duit pekerja, tapi bila pencarum nak ambik duit sendiri untuk lunas hutang rumah dan nak pi buat ibadat haji bukan main lagi susah nak keluarkan duit sendiri.Kini dakwaan Anak tu adalah benar bukan bohong bila Isa mengaku kata pinjam sungguh daripada KWSP.

Felda kalau kewangannya kukuh dan selalu dabik dada nafi kata rugi akhirnya nampak kata Felda tu tak berduit dan dah tak bermaya.Kalau tak buat apa nak hutang atau pinjam duit pencarum KWSP sampai RM6 Bilion.Kata Isa Samad ;

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?

"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.-m'kini.

Isa Samad you tak tau ka Khir Toyo bayar cash RM6 juta ubah suai banglonya di seksyen 7 Shah Alam.

Dulu Felda tak mengaku kata pinjam duit KWSP kini bila dah terbongkar semua baru mengaku.Woit! Isa hutang kepada along pun satu penghormatan ka?Pinjam jangan tak pinjam, tu duit KWSP ni duit Majlis Agama Islam Wilayah pun boleh buat langsai hutang lawyer nak kira lagu mana?

Selagi boleh perabih , perabih cepat-cepat , mana yang boleh sapu tak kira duit zakat ka duit apa ka janji ada kuasa semua boleh sapu.Janji duit sendiri tak payah keluar.

Kita kuningkan Kuala Lumpur


Pas Wilayah Persekutuan mau hantar 60,000 anak muda demo Bersih 2.0 9 Julai
Pemuda Perak 30,000 anak muda
Kelantan, Pas dan AMK dengan 30,000 anak muda
Anak Muda Sayang Malaysia dengan 10,000 warga kampus
Pas Selangor dengan 50,000 anak muda

Ini baru mukaddimah.Banyak lagi akan menyusul.Tq kepada yang buat laporan polis terhadap demo Bersih 2.0.Ini demo rakyat Malaysia bukan berdemo atas nama perkauman.Amaran demi amaran termasuk oleh 'Menteri Amaran' Hishamuddin Hussein (blogger Umno yang gelar) dah tak laku .

Demo Bersih ni dapat sokongan semua termasuk Dr Asri bekas mufti Perlis.Demo Bersih 2.0 bukan demo baling batu, bukan demo mau pecah cermin kereta, bukan demo nak tumpahkan darah tapi demo untuk bagi tau kepada si pemerintah rakyat tak boleh lagi diperbodohkan dengan sistem pilihanraya yang tempang dan berat sebelah.SPR mesti dibersihkan daripada campurtangan Umno-Bn dalam menguruskan pilihanraya.

Selasa, 21 Jun 2011

Berita baik buat semua yang akan turun di jalanraya, 99% rakyat sokong

Bancian 'Star'-99 % sokong himpunan Bersih-Malaysiakini

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.-Malaysiakini.

Pihak polis patut buka mata luas-luas, jangan hanya pandai bagi amaran untuk tangkap penganjur Bersih 2.0 sebelum demo diadakan.Pihak polis kena ingat ini suara rakyat yang ada kaitan dengan SPR bukan untuk tumbangkan BN dijalanraya.Buka minda luas-luas jangan jadi pak turut MUBARAK (Persatuan bekas wakil rakyat BN) yang suruh polis cekup penganjur Bersih bawah akta zalim ISA.Polis juga jangan hanya jadi pak turut kepada Perkasa yang boleh arahkan polis bertindak terhadap demontrasi Bersih 9 Julai ini.

Ini menunjukkan lagi banyak laporan polis dibuat lagi banyak rakyat sokong demo Bersih 2.o.Kita cuba dibangangkan dengan laporan polis yang kata demo Bersih akan jadi huru hara, peniaga jadi rugi dan ancam keselamatan negara.

Laporan polis dibuat terhadap Bersih tapi laporan polis terhadap puak Perkasa dan Pemuda Umno yang tumpang sekaki nak berdemo pada 9 Julai ini tidak ada.Perkasa ugut mahu kucar-kacirkan demo Bersih 9 Julai tapi ugutan yang berbaur perkauman ini didiamkan oleh puak yang kata Demo Bersih boleh cetus huru-hara.Orang bercakap isu pilihanraya depa bercakap isu perkauman.

Ingatlah PDRM dan SPR gaji anda hasil titik peluh duit rakyat bukan duit Umno dan Perkasa.Bekerja untuk rakyat bukan bekerja untuk gerombolan BN.

Bersih 2.0: Polis akur perintah siapa, kata Ketua Penerangan Keadilan Selangor


Keyataan media Ketua Penerangan Keadilan Selangor melalui email ke dalam blog ini;

BERSIH yang merupakan Jawatankuasa Bertindak bersama bagi reformasi sistem pilihanraya akan mengadakan 'Walk for Democracy' pada 9 Julai 2011. KEADILAN Selangor, inshallah akan bersama sama kebangkitan rakyat seluruh negara 'berjalan untuk demokrasi dan keadilan'
demi rakyat Malaysia.

Kejayaan BERSIH pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan BERSIH 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan, bahkan juga pemulihan sistem pilihanraya Malaysia yang nyata kotor dimanipulasi oleh parti pemerintah.

Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding. Kalaupun ini merupakan tuntutan asas yang bakal mencerminkan semangat di dalam Perlembagaan Malaysia, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih gagal memenuhi, hatta satu pun tuntutan BERSIH ini. Alasan keperluan meminda perlembagaan bukan alasan terbaik oleh SPR, 'hendak seribu daya' wajar di dalami mereka dari 'seribu daleh' yang mengesah 'cop mphor' SPR adalah antara 'alat kawalan' pemerintah di Putrajaya. Jika alasan pindaan itu yang menjadi masalah, ayuh kemukakan supaya anggota Dewan Rakyat boleh berbahas dan membuat keputusan.

KEADILAN Selangor tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihanraya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia. Di atas semangat Perlembagaan Negara, KEADILAN Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 ini.

KEADILAN Selangor akur pada saranan peringkat pimpinan pusat yang menggesa semua pimpinan peringkat Cabang dan akar umbi untuk siap sedia mengemudi gerakan rakyat dalam himpunan aman terbesar di Kuala Lumpur nanti. Penglibatan KEADILAN Selangor secara langsung dalam BERSIH 2.0 ini akan membuktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.

Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dipandang ringan oleh SPR yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.

Kali ini KEADILAN Selangor yakin BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan oleh rakyat biarpun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan arahan untuk tangkapan pencegahan. Peleknya, pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat di ancam untuk di tangkap!

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Seri Khalid Abu Bakar yang mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan aman BERSIH ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan sedangkan tugas PDRM sewajarnya mengawal keselamatan supaya himpunan rakyat ini tidak disabotaj oleh pihak yang mengamal politik sempit dan cuba menimbulkan kekacauan. Dimanakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang di ikuti PDRM? Jika benar Polis sebuah organisasi bebas, kenapa Ibrahim Ali dibiarkan sewenang wenangnya?

KEADILAN Selangor tegaskan, tidak boleh lagi rakyat negara ini diugut, diperlakukan bagaikan pesalah oleh PDRM sedangkan negara ini terbina kerana kepedulian rakyat pada demokrasi atas kefahaman pada Perlembagaan Negara. Mana mungkin perhimpunan rakyat yang mahu membuat tuntutan asas terhadap pemulihan Sistem Pilihanraya dianggap sebagai kesalahan jenayah oleh PDRM sedangkan pengedar vcd porno masih lagi bermaharajalela menabur fitnah jahat VCD saban hari?

Faktor keselamatan negara yang cuba dibangkitkan oleh menteri di Kementerian Dalam Negeri juga tiada asas kerana sejarah telah membuktikan bahawa himpunan aman oleh rakyat menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam meraikan demokrasi. Keselamatan UMNO BN sahaja yang dikira terjejas atas kesedaran rakyat ini!

KEADILAN Selangor memandang tindakan beberapa pihak dan jabatan yang memberikan kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu keselamatan negara yang lebih berat dan atas sebab itulah BERSIH 2.0 sewajibnya disokong tanpa belah bahagi.

Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang cuba menjadi hero untuk menimbulkan provokasi murahan dengan menyatakan Pemuda UMNO turut berhimpun di himpunan BERSIH sedangkan beliau sendiri mendapat bangkangan keras dari Dato Seri Hishamudin Hussein. Khairi di amaran akan menerima akibat dari keputusan Pemuda UMNO untuk turut serta dalam himpunan BERSIH ini. Secara tak langsung ini menunjukkan behawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terang-terangan ditolak oleh kepimpinan atasan UMNO jika tidakpun ia sebahagian dari 'drama minggu ini' yang diarahkan oleh 'Director PERKASA', Ibrahim Ali.

Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah mengatakan perhimpunan BERSIH ini perhimpunan haram dan cuba menjatuhkan BN adalah satu kenyataan 'turun taraf' oleh Ketua UMNO Cawangan saja layaknya. Ini merupakan pandangan yang ultra-partisan dari seorang yang sepatutnya 'ada suara' menilai semula tahap efisyensi Suruhanjaya Pilihanraya dan memandang serius tuntutan BERSIH memandangkan beliau berada dikedudukan selaku Timbalan Perdana Menteri. Nyata Muhyidin 'kecut perut' dengan kebangkitan rakyat kali ini.

KEADILAN Selangor memberi komitmen akan turun dibarisan hadapan bersama pimpinan BERSIH 2.0 sebagaimana yang telah disepakati dalam Konvensyen Pilihanraya ahad lepas. Apa jugalah amaran yang dikeluarkan baik oleh Menteri KDN mahupun PDRM, KEADILAN Selangor akan tetap membantu himpunan aman ini dan akan mengarahkan semua ahli akar umbi untuk turun beramai-ramai.

Segala macam ugutan dan tafsiran 'zaman batu' oleh PDRM, Muhyidin, Hisyammudin maupun PERKASA berhubung semangat perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman rakyat ini, tidak akan diendah oleh KEADILAN Selangor.
Rakyat sudah bersedia dan tidak akan berundur. Ia adalah soal keupayaan PDRM untuk memahami dengan sejujurnya himpunan ini yang mahu menghantar memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong demi pilihanraya yang adil dan bersih.

PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, KEADILAN Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan 'water cannon' di depan mata!

PDRM, adilah dimata rakyat sebelum lakukan sesuatu!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda

Perkasa macam 'hantu raya'

Ada orang kata kat saya , "Perkasa yang diketuai Brahem Ali macam orang bela hantu raya.Hantu raya kalau longgok telur banyak-banyak dia tak kacau tuan dia.Tapi kalau tak jamu makan mula la hantu raya tu mengamuk dan sanggup gigit telur tuan yang bela hantu raya."

Siapa yang bela hantu raya ni sampai nak mengamuk sakan pada 9 Julai ini hanya semata-mata rakyat mau turun di jalanraya tuntut Suruhanjaya Pilihanraya belaku adil dalam tugasnya kendalikan pilihanaraya?Adakah hantu raya ni mengamuk sakan sebab tak cukup makan, projek tak masuk-masuk walaupun dah menjerit sampai nak terkeluar anak lidah?

Kita rakyat marhaen rasa betul-betul hairan kenapa Brahem Ali dan Perkasa begitu kebal daripada sebarang tindakan walaupun cakap-cakap Tok Ayah Perkasa ini boleh mengundang rusuhan antara kaum di negara ini.

Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara hanya berani bagi amaran kepada penganjur Bersih 2.0 tapi tak kata apa-apa terhadap Brahem Ali yang main kasar dan cuba jadi jaguh ugut rakyat yang mahu berdemontrasi anjuran Bersih 2.0.

Mengapa kata-kata yang ugut rakyat sampai nak berlaku pertumpahan darah langsung tak dapat respon daripada Bukit Aman.Adakah kata-kata Berahem Ali seperti berikut hanya sebagai acara lawak dalam Maharaja Lawak saja?

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Perkasa boleh arahkan polis bertindak terhadap penganjur Bersih 2.0 hebat sungguh Perkosa ni!

Isnin, 20 Jun 2011

Khairy kata Brahem Ali bagi pandangan gila

Hari tu saya ada tulis adakah Brahem Ali ada masalah mental?.Kini nampaknya seakan-akan apa yang dikatakan itu semakin jadi kenyataan.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin yang juga terhegeh-hegeh nak turun demontrasi pertahankan sistem pilihanraya sedia ada pada 9 Julai ini dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata Khairy:Waktu untuk amaran sudah berakhir.Maknanya Pemuda Umno, Perkasa dan Bersih 2.0 akan turun di jalanraya di Kuala Lumpur pada tarik yang sama.

Malaysiakini yang turut memetik kata -kata Khairy dilaporkan berkata pandangan Perkasa yang perkauman sebagai gila;
Dalam pada itu, Khairy turut mengulas laporan yang memetik kenyataan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membayangkan bahawa keadaan huru-hara akan berlaku sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 tidak dihentikan.

Khairy dengan tegas menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendapat Ibrahim yang disifatkannya sebagai pandangan "gila."


“Saya tidak bersetuju juga dengan Ibrahim Ali. Ini membakar perkauman. Ini gila. Kita buat benda yang baik bukan benda yang menghasut,” katanya.-Malaysiakini.

Apakah himpunan Pemuda Umno tidak akan kacau himpunan Bersih 2.0?Perkasa dah awal-awal lagi bagi loceng amaran nak halang himpunan Bersih pada 9 Julai.Halang ka tak halang ka rakyat akan turun dijalanraya pada 9 Julai ini bukan mahu cabar mana-mana pihak cuma maukan kerajaan dengar pandangan rakyat bukan nak bertokak dengan Pemuda Umno dan Perkasa.Kalau Pemuda Umno nak berhempas dan bergasak dengan Perkasa tu hang pa punya pasai.