Khamis, 30 Disember 2010

Jangan Sampai Orang Kata Kempen Pas Ganti Umno Jadi Kempen Pas Bersama Umno!

Ada 3 isu utama yang dijadikan berita utama. Pertamanya berita menteri kabinet Najib ada perogol yang dikatakan merogol amahnya. Tok Guru Nik Aziz dikatakan meninggal dunia. Terkini dalam blog-blog utama lawan Umno posting utama ialah perjumpaan sulit Umno-Pas di istana Kuala Terengganu untuk bincang perpaduan Melayu pada 24 disember yang lalu.

Pertemuan
itu dikatakan dihadiri pemimpin utama kedua-kedua belah pihak iaitu Presiden Pas, Timbalan Presiden Pas, Presiden Umno dan Timbalan Presiden Umno . Turut hadir ialah mantan PM Tun Abdullah yang turut menjadi tukang jemput kepada Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan untuk turut hadir dalam majlis tersebut.

Bagaimana TGNA boleh hadir dalam majlis tersebut itu kena diperjelaskan oleh semua mereka yang hadir. Kalau kita boleh membongkar laporan berita menteri rogol amah adakah pihak yang membongkar laporan tersebut tidak boleh membongkar laporan pertemuan sulit Pas-Umno di Kuala Terengganu 24 hb Disember yang lalu?Dikatakan juga pihak pemimpin Umno dan yang cintakan Umno pedih telinga dengan ucapan TGNA dalam majlis tersebut mengenai perpaduan Melayu.

Itu satu bab. Pihak mana pulak yang sebarkan berita bahawa TGNA dah meninggal dunia.?Adakah ini ada kaitan dengan ketidakpuasan dalam perjumpaan 24 Disember itu lalu buat fitnah kata TGNA dah meninggal dunia? Puak mana, pihak mana?

Kempen Pas nak gantikan Umno akan jadi tawar hebiaq kata orang utara kalau nak lagi buat perpaduan Melayu dengan Umno parti yang dah busuk hingga keususnya. Jangan sampai orang kata kempen Pas gantikan Umno jadi kempen Pas bersama UMno! Begitu juga angan-angan Pas nak ke pusat Putrajaya tak akan sampai yang sampai hanya ke pusat Umno!

Pemimpin Pas kena bagi penjelasan segera apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan tersebut.

Rabu, 29 Disember 2010

Dewan Ulama Pas Kedah 'Reject' Buku Mujahid


PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus “dinasionalkan”.

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

“Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata,” katanya dalam satu kenyataan.

Yusuf berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

“PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain,” katanya.

Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

“Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut,” katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional.

“Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.

“Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya,” katanya.

Katanya idea “menasionalkan PAS” adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.

“Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri,” katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

“Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil,” katanya.

Mujahid adalah juga Ahli Parlimen Parti Buntar. – Bernama

Apa sudah jadi dengan GLC di Kedah, tak masuk tender dapat projek

Berita perletakan jawatan Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena sebagai pengerusi syarikat GLC Kedah Sato Sdn Bhd telah pun diketahui sejak semalam lagi dengan pendedahan awal blogger penarik beca. Hari ini berita tersebut dah jadi kenyataan bahawa memang betoi pun Mahfuz dah letak jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan syarikat Kedah Sato Sdn Bhd yang berikan tender projek kepada pihak yang tidak masuk tender.Awat jadi lagu tu?

Mahfuz letak jawatan pengerusi GLC Kedah-The Malaysian Insider/Bernama

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan Kedah berkuatkuasa serta merta.

Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

“Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.

“Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...,” katanya.

Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata: “Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya,” katanya.

Desas desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

Agenda 'kerajaan bawah dagu Umno' kembali muncul?

Tak habis-habis lagikah agenda kerajaan perpaduan dan ketuanan Melayu Umno yang cuba diresapkan kembali dalam batang tubuh Pas walaupun berulangkali kata 'kerajaan bawah dagu Umno' (kerajaan perpaduan) dah mampoih lama dah.

Mungkin candu dan syabu 'kerajaan bawah dagu Umno' ini sukar dipulihkan kerana pengedarnya sukar ditangkap kerana licik bermain silap mata.Woit! pilihanraya dah dekat jangan jadi bodoh dipermainkan Umno dan 'geng bawah dagu Umno' .Adakah luka lama akan berdarah kembali?Luka dah hilang tapi parut 'kerajaan bawah dagu Umno' masih ada.

Sila baca- TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan Pas?-Penarik beca

Isu Khusrin: Kerajaan negeri dilayan macam main bola

Kerajaan Negeri Selangor jadi macam bola ditendang ke sana ke mari dalam isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor.Cuba baca berita di bawah;

MB Selangor lewat serah surat-Berita harian online

pix_gal0
Sultan Sharafuddin perkenan pelantikan SUK baru pada 10 Disember

SHAH ALAM: Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.
Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar.

Ini bermakna Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai kuasa memilih calon berkelayakan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Sultan memegang kuasa eksekutif pada peringkat negeri dan kerana itu baginda perlu disembah maklum calon bagi jawatan itu untuk diperkenankan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Munir juga berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu kepada pihak istana kerana Abdul Khalid menyerahkan tiga nama dalam sepucuk surat bertarikh 7 Disember sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata mengikut Bab 3 Kuasa Eksekutif Fasal 52, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara dan mana-mana pegawai yang difikirkan relevan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, seseorang yang dilantik itu hendaklah orang Melayu beragama Islam.

"Menteri Besar tidak ada kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Cuma, orang yang dilantik hendaklah mengangkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan di hadapan Menteri Besar, " katanya.-Berita harian online.

Bila Khusrin nak angkat sumpah eloklah MB Selangor pulak pergi bercuti biaq padan muka. Baru seri! Hanya Melayu Umno boleh jadi SUK Selangor , Melayu lain tolak tepi. Inilah yang dikatakan ketuanan Umno.

Baca juga- Kemelut perlantikan SUK Selangor- www.niknazmi.com

TGNA Belum Meninggal VS Menteri Rogol Amah

Kisah seorang menteri yang didakwa merogol amahnya ketika zaman mantan PM Pak Lah, hingga sekarang masih belum ada pihak-pihak dalam kerajaan BN yang diketuai PM Najib menafikan atau buat sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Zaman dulu-dulu kalau meminang anak dara orang paknya bertanya kepada anak gadisnya , "Maukah engkau kepada peminangan pihak lelaki ini?". Kalau anak gadis tu tak jawab lari masuk dalam bilik itu tanda setuju.

Dunia siber dah riuh bagai nak rak tapi pemimpin Umn0- Bn buat pekak badak sepatah tak jawab. Kenapa kerajaan masih berdiam diri isu menteri rogol amah ni?

Rakyat dikejutkan pulak dengan berita MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia pada hal beliau ada buat sidang akhbar nafikan berita tersebut. Kata TGNA,

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.Baca di sini.

Berita Tok Guru meninggal sudah dinafi kisah menteri rogol amah belum lagi..

Selasa, 28 Disember 2010

Satu Kapal Dua Nakhoda


Aziz Bari:Pusat -negeri konflik, elak lantik Khusrin SUK Selangor-The Malaysian Insider

Pakar perundangan Prof A Aziz Bari berpendapat pelantikan Pengarah Jais Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru perlu dielakkan memandangkan sudah wujud konflik awal antara negeri dan pusat.Gambar dicopy daripada Malaysiakini.

“Dalam keadaan Khusrin telah sedia berkonflik dengan pentadbiran negeri, pelantikannya perlu dielakkan. Apatah lagi apabila kerajaan negeri telah pun mengemukakan nama-nama lain,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Nama Khusrin disyorkan oleh Putrajaya manakala kerajaan negeri pula telah mencalonkan tiga nama hasil temu duga khas yang diadakan iaitu ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majis Daerah Sabah Bernama.

Malah Aziz juga berpendapat Sultan Selangor juga perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dalam soal pelantikan penyandang jawatan tersebut.

“Soalnya sekarang ialah apakah memang selama ini khususnya ketika pentadbiran BN... memang Sultan mempunyai kata putus? Apa pun melihat kepada apa yang berlaku di Perak dan Selangor, khususnya dalam kes Khusrin, sepatutnya istana bertanya dan berbincang dengan kerajaan negeri,” kata Aziz lagi.

Malah menurut Aziz, perbincangan seumpama itu perlu kerana setiausaha kerajaan negeri ialah ketua pentadbiran negeri dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi kerajaan.

“BN sendiri, khususnya di zaman pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), begitu tidak selesa dengan campur tangan istana.

“Jadi sekarang BN tidak harus, kalau ia benar-benar memegang prinsip campur tangan. Apa yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan memberi isyarat campur tangan.

“Sepatutnya, kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan negeri dahulu,” kata beliau yang menegaskan, pelantikan Khusrin perlu dielakkan bagi mengelakkan konflik.

Aziz menambah, kontroversi yang melibatkan Khusrin dengan sendirinya tidak melayakkan beliau diletakkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Sepatutnya dicari pegawai lain. Meletakkan Khusrin memberi isyarat yang istana tak peduli soal itu.

“Kerajaan persekutuan, yang dipimpin oleh Umno, tidak sepatutnya dibiarkan oleh istana. Keputusan istana mengesahkan Khusrin meletakkan istana dalam kontroversi sebagaimana di Perak dan Kelantan.

“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.Baca lagi di sini.

Khusrin bercakap bahasa BN , Tan Sri Khalid bercakap bahasa PR. Rusa dengan harimau mana boleh duduk sebumbung, tidur malam takkan lena. Telunjuk Bn ada pada Khusrin membaham penganut syiah yang dikatakannya sesat sesesatnya tanpa mahu berbincang dan bermuzakarah.Adakah Khusrin akan guna taktik 'Talibanisasi' untuk hancurkan PR dengan jawatan yang baru yang beliau sandang?

Taik Rasuah Pun OK, Semua OK


Apa pandangan anda dengan pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru?Kalau tanya ahli Umno yang katanya berjumlah 3 juta orang tentu mereka tak kisah . Ini perkara biasa bagi Umno.Bagi Umno taik rasuah, politik wang, makan suap, tumbuk rusuk, kaki betina jadi pemimpin Umno tak mengapa yang penting projek dan kroni sama-sama boleh sapu sudah cukup tutup semua kerja jijik yang mereka lakukan.Hatta menteri yang didakwa terlibat jadi perogol amah pun tak mengapa janji ada habuan untuk cover semua tuduhan yang dilemparkan.Kalu negeri 'orang putih ' belum masuk mahkamah dah kena terajang dah keluar daripada kabinet kerajaan.Mereka bersembunyi di sebalik tabir diamkan diri tak kata apa atas dakwaan kerana Umno ingat semua orang Melayu mudah lupa.

Umno bukan digerakkan golongan ulama yang berada di bawah tudung saji dalam Umno tapi digerakkan oleh pemimpin Umno yang bersarang dengan segala salahlaku dan perangai kotor yang dibersihkan dengan hanya sepatah perkataan , tu dulu sekarang dak dah..Mak cik Felda pun dah tak ingat kata Isa Samad pernah terpalit dengan politik wang dalam Umno pada tahun 2005.Orang Felda pun tak tahu apa Isa Samad buat mereka syok dengan kenaikkan harga getah dan kelapa sawit. Sapa jadi Pengerusi Felda pun tak apa itu bukan kita punya kerja.Kalau Felda tak bangkrap pun tapi pemimpin Felda bangkrap perangai dan taik rasuah. Tun Mahathir pun tak suka Isa Samad jadi calon di prk Bagan Pinang kerana terbabit dengan rasuah politik tapi Isa Samad tetap menang di Bagan Pinang.Tahniah!

Rasuah politik dalam Umno tak mengapa itu hanya salah dalam Umno saja , mereka tak didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia jauh sekali di Monggolia yang ada Altantuya yang mati di bunuh di Malaysia.Negara kita yang diperintah Umno-Bn berbeza dengan negara-negara lain, rasuah dalam Umno tak boleh didakwa dalam mahkamah, hang pa tak pelik ka?Pemimpin jadi penyamun di laut sapu komisen kapal selam Scorpene pun tak mengapa tambah yang jadi penyamun harta rakyat yang ada di daratan.Inikah konsep 'pencapaian diutamakan' dalam 1Malaysia?Pertahanlah 1Malaysia tapi pemimpin buat salah laku , korupsi itu tak mengapa . Ini budaya kita orang Malaysia apa boleh buat. Berani tak bertempat.

Berkaitan;
Felda:Patutlah usaha perangi rasuah gagal-Harakahdaily
Pengerusi Felda: Saya tiada impian perbadi, kata Isa-TMI
Pengakuan Isa , hanya mahu tutup rekod rasuah-Harakahdaily

Lagi kisah Menteri rogol amah, 'tolong kami Pak'

Kes Perkosa Bermula Bila Adik Buat Aduan-Harakahdaily

Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.-Harakadaily.

Kerajaan BN belum ulas sepatah haram ini kisah menteri rogol amah. Nafi pun tidak ngaku lagi la.Mereka buat macam tak ada apa yang berlaku walaupun mereka tahu ini kisah sudah terbongkar..

Tambah sikit lagi , mantan PM Pak Lah kenapa terus tidur zzzzzzzzz ?Bangunla hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara ,bangsa dan agama. Takkan terus tidur ja. Nafi la kalau tak betul. PM Najib pulak macam mana, rakyat mahu tahu kebenarannya takkan nanti sampai orang kata kenapa simpan perogol dalam jamaah menteri Malaysia.

Isnin, 27 Disember 2010

Woit! Demo Barang Naik Tak Beranika?



Parti Makkal Sakti berkumpul di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam, bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap kerajaan Selangor ekoran larangan guna logo 1 Malaysia pada papan iklan.—Foto Bernama


Ini demo mau 1Malaysia, tak ada gas pemedih mata, tak ada pancutan meriam air, tak ada tembakan pom!, pom!, pom! yang ada pak pacak cekak pinggang tengok dan lihat. Ini Selangor negeri bebas demo, macam -macam demo ada. Dulu demo kepala lembu gerombolan Melayu sekarang demo pertahan 1Malaysia gerombolan India. Meriah! orang Cina belum demo kerana Teoh Beng Hock terbunuh ,jatuh bangunan belum selesai.

Dulu zaman Khir Toyo, Abu Hasan tak ada demo sekarang zaman Tan Sri Khalid macam-macam ada.Makkal Sakti sayang 1Malaysia , pemuda Umno tak nampak pertahan 1Malaysia depan SUK. MIC dan MCA pun tak ada.Siapa arah Makkal Sakti demo pertahan 1Malaysia?Silap-silap ini negeri demokrasi sapa-sapa boleh demo, no hal!

Demo barang naik harga tak berani, kecut perut, kecut telor. Demo 1Malaysia ada untung nanti pemimpin Makkal Sakti boleh jadi calon pilihanraya . Ada dapat janji ka?Ini demo mau 1Malaysia minyak petrol, gas masak, gula boleh turunka?

Rakyat boleh lupa ka barang naik harga bila ada demo mau 1Malaysia?Mau tanya sikit itu demo gambar MB Selangor tak boleh gantung dekat sekolah ada beranika demo?Ini bukan politik punya pasal ka?Itu 1Malaysia larang gambar MB taruh dekat sekolah ada betulka ini macam?Ini macam ka 1Malaysia?Betul-betul dua bulat satu tajam..

Kerajaan Selangor Dapat 'Khusrin' Lagi?


Saya ada kata dalam blog saya khabar angin di Malaysia banyak yang betul daripada yang tak betul. Terkini kerajaan negeri Selangor yang diperintah PR terpaksa menerima Khusrin bekas Pengarah Jais orang yang tidak sealiran dengan mereka untuk menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

'Khusrin' dalam bahasa arab kalau tak silap bermaksud kerugian.Pusing pi pusing mai Khusrin juga yang kerajaan negeri Selangor dapat. Dah tak boleh nak elak kerana jawatan tersebut pihak Ketua Setiausaha Negara lebih berkuasa tentukan siapa yang layak jawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Nama lain pun ada dipilih pihak kerajaan negeri tapi ditolak. Kenapa?

Siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi dengan kedudukan Khusrin sebagai SUK Selangor? Khusrin akan jadi 'lembu laga' kerajaan pusat untuk bertembung dengan kerajaan negeri yang diperintah kerajaan PR di Selangor.Yang 'gerenti' tak rugi ialah Khusrin yang akan sapu gaji dan elaun tiap-tiap bulan.

Zaman sekarang nak naik pangkat atau bertukar jawatan walaupun dah pencen cukup senang, anda kena jadi pembodek, pengampu, penjilat kerajaan yang korup dan pak turut kepada Umno-Bn. Setakat bekerja secara lurus, amanah, tegas dan berhemah anda tidak akan ke mana-mana cukup time , cukup tempoh anda akan diberhentikan tanpa ada sebarang tawaran baru untuk anda.

Berkaitan;
Lantikan Pengarah Jais SUK muktamad, kata Istana Selangor-TMI
Mohd Khusrin ganti Ramli sebagai SUK Selangor-TMI
Perlantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan-Malaysiakini
Lantikan SUK Selangor:Adun harap tiada sabotaj-Malaysiakini

Amah kena rogol tak berani dedah rahsia takut disumpah tiga keturunan

Harakahdaily- Siapakah menteri rogol amah?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjar Negara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.