Isnin, 27 Disember 2010

Menteri rogol amah berasal daripada negeri mana?

Tahniah pasukan bolasepak negara Malaysia berjaya kalahkan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional , Bukit Jalil malam tadi.

Dalam dok kalut-kalut harga barang mahal cerita menteri kabinet Malaysia zaman Pak Lah rogol amahnya terus hangit. Ini berita tentu tak ada dalam utusan meloya dan berita hairan tapi dalam blog-blog semakin panas dan hangit.

BlogTukar Tiub :Ini lagi bukti dari Indonesia;


SIAPA JANTAN ITU?




nota:
sila baca kenyataan akhbar ini
amat jelas menunjukkan ada
perogol dalamn kabinet mat mongol

siapa jantan itu?


PRESS RELEASE

MIGRANT CARE : MAID RAPED BY MALAYSIAN SENIOR MINISTER


We are extremely concern about the alarming increases in number of such rape and physical abuses incidents happened in Malaysia. Two years ago, we failed to advocate for an Indonesian maid who was raped by a Minister from Kedah.

We wish to express our gratitude towards the concern of the Civil Society and bloggers community in Malaysia with regards to the recent Maid Raped by Malaysian senior minister.Baca lagi di sini.

Blog Malaysia Today- Protect Rape Victim , Not Rapist!;

This week, Rocky Bru, Sakmongkol and Another Brick in the Wall blogged about the alleged rape of an Indonesian maid by a Cabinet minister in 2007. The maid sent documents or some form of documentary evidence to the US embassy and other embassies. A non-governmental organization's press release on the rape can be accessed HERE.

Three years have passed and what is the outcome of investigations (if any)? Do check out Sakmongkol's post on this case. Has there been any rebuttal or denial? It has been three years and we know nothing as yet safe for what the aforementioned bloggers wrote in their respective sites.

Is there a disturbing trend?

A search on similar alleged cases revealed some interesting facts and figures. The FreeAnwar website HERE reported that Ustaz Taib Azzamuden Mohd Taib (now the Member of Parliament for Baling, Kedah and one-time Grand Imam of the National Mosque) revealed a "BIG SECRET" which was a list of names of Federal Ministers and Chief Ministers implicated in sexual misconduct. This disclosure was made in response to the challenge by Zam (Zainuddin Maidin), Muhammad Mohd Taib, Khalil Yaakob, and Muhyiddin Yassin to come clean and reveal what he knew.

Zainuddin Maidin is remembered for his Al-Jazeera interview about the Bersih rally held in Kuala Lumpur where at the 2:18 section of the video clip he makes his statement about "erection in Malaysia". You can watch the video clip AT THIS LINK. You can see what happened during the Bersih rally AT THIS LINK.Baca lagi di sini.

Keadilan Islam selamatkan Melayu bukan 'ketuanan Melayu'-Dr Asri


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, masa depan orang Melayu akan terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam, bukan Ketuanan Melayu yang menjadi polemik baru-baru ini.

“Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.

“Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

“Setiap kaum perlu diberi nilai dengan Islam, tiada nilai orang Melayu tanpa Islam. Umno dibina atas dasar Melayu tetapi kalau dibina atas dasar Islam ia akan jadi lebih luas,” katanya pada Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.

Beliau juga mempersoalkan apabila istilah Ketuanan Melayu menjadi laungan dan slogan pihak tertentu sedangkan maksud sebenar ungkapan itu tidak dijelaskan dengan baik.

“Kena jelaskan perkataan Ketuanan Melayu ini, apa yang dipertahankan dan diperjuangkan melalui istilah ini? Adakah ia bermaksud hak keistimewaan orang Melayu atau ada maksud lain? Adakah hak keistimewaan orang Melayu ini menggunakan istilah ini (Ketuanan Melayu)?

“Maksudnya tidak dijelaskan, adakah keistimewaan orang Melayu dan Ketuanan Melayu ini mempunyai maksud sama? Jadi bagi saya relevan jika orang Melayu berpegang kepada prinsip keadilan Islam.

“Ini kerana ketuanan merujuk kepada prinsip keadilan Islam bukan Melayu atau rakyat, apa yang berlaku adalah kekeliruan istilah. Kita kena perpandukan kepada prinsip keadilan Islam,” katanya.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran PAS itu adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.

Tambah beliau, isu Ketuanan Melayu tidak perlu dibangkitkan kerana ia bukan satu keperluan untuk diperdebatkan.

“Istilah Ketuanan (Melayu) ini adalah istilah yang kabur, jadi ia bukan keperluan untuk dibangkitkan kecuali kalau ia diperjelaskan. Malah, tindakan orang Melayu yang menggunakan istilah ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang bukan Melayu yang mana mereka beranggapan Islam melakukan diskriminasi kaum.

“Mereka (orang bukan Melayu) bukan musuh, saya tidak nampak keperluan orang bukan Melayu adalah musuh kita, cuma banyak tindakan orang Melayu yang beri tanggapan sebaliknya.

“Kita perlu berbalik kepada Islam, Islam lebih luas tapi saya bimbang apabila istilah ini dimainkan ia akan meruncingkan lagi keadaan. Islam bukan eksklusif untuk orang Melayu sahaja, ia adil untuk semua,” katanya-The Malaysian Insider. Baca lagi di sini.

Ahad, 26 Disember 2010

Barang Naik; Pemimpin cakap bohong perangai macam setan

Berkata seorang ustaz dalam kuliahnya berkenaan isi neraka dan penghuninya. Api neraka itu dinyalakan 3 ribu tahun tanpa henti.Seribu tahun pertama api neraka berwarna merah. Seribu tahun kedua berwarna putih dan seribu tahun ketiga berwarna hitam yang gelap gelita.-Wallahu a'lam.

Manusia yang suka bercakap bohong dan munafik juga disumbat dalam api neraka . Begitu juga dengan pemimpin yang suka berbohong kepada rakyat.Nak pinda akta zalim ISA pun bohong.Cakap barang tak naik harga, kita akan pantau harga barang. Sebaliknya makin dipantau semakin naik bukan semakin turun. Minyak petrol naik harga, gula naik harga, gas masak naik harga.Ini berbohong namanya. Manusia yang berbohong umpama syaitan dan kroninya yang pandai menipu manusia untuk mengikut telunjuknya bersama-samanya disumbat ke dalam api neraka yang menjulang-julang .

Orang miskin kena tipu, orang Melayu kena tipu, rakyat jelata kena kencing sampai bila-bila. Percayakah anda harga petrol akan naik lagi hingga cecah RM2 seliter (Ron 95). Alamatnya harga barang lain akan naik lagi .Begitu juga berbohong dan pandai tipu rakyat ajak berdemo pertahan tapak Surau Al-Hidayah di Rawang yang BN jual semasa berkuasa dulu. Allah Maha Kaya akhirnya Khir Toyo ngaku kata BN punya kerja .

Kalau tak percaya minyak petrol nak naik lagi terpulang. Khabar angin boleh jadi betul boleh jadi tidak. Tapi di negara kita khabar angin banyak yang betul daripada tak betul! Adakah berita Menteri kabinet zaman Pak Lah jadi perogol kepada amahnya juga dianggap khabar angin ?Tengok di sini dan di sini.Dulu kecoh kisah menteri raba punggung tapi tenggelam macam tu saja sebab mahkamah dunia memihak mereka. Mahkamah akhirat sapa pun tak boleh elak.Kalau betoi pun sapa nak ngaku kalau dah berak tengah jalan?

Dulu khabar angin kata Samy Vellu bila letak jawatan sebagai Presiden MIC akan ditawar sebagai duta ke India. Tengok-tengok sungguh betoi bila Samy dah tak jadi Presiden MIC kerajaan Umno-Bn tawar beliau jadi duta khas ke India dan Asia Selatan.Kalau tak ditawar sebagai duta belum tentu Samy letak jawatan.

Khabar angin juga kata pru 13 akan diadakan pada tahun 2011 pada bulan Jun. Nak percaya boleh tak percaya boleh. Kita tengok nanti.Siapa yang akan menang dan berkuasa di Putrajaya itu hanya kuasa rakyat yang berhak tentukan. Tak payah ugut rakyat , rakyat tak boleh dibengongkan ikut kehendak pemerintah selamanya.

Kerajaan Umno-Bn banyak buat projek bohong rakyat daripada projek tolong rakyat. Rakyat dibodohkan dengan slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Bila naik harga barang kesannya rakyat kena dulu bukan pemimpin yang kena.Betapa ramai ibu-bapa yang punyai anak-anak yang bersekolah yang tidak mampu sediakan perbelanjaan di awal persekolahan siapa yang ambik berat? Adakah tidak sedih melihat anak bangsa , rakyat marhaen dan mustadafiin tidak ke sekolah kerana tidak cukup wang?

Saya memang geram yang amat bila barang naik harga sebab pemimpin Umno-Bn berbohong dan jadi penipu isu kenaikkan harga barang.

Sapa nak percaya 1Malaysia bukan alat politik?

Sapa nak percaya bila PM Najib kata 1Malaysia bukan alat politik?Mantan PM Pak Lah dengan Islam Hadharinya sudah tak disambung malah sudah hilang dibuang Najib ke dalam longkang.

Islam Hadhari ghuyub yang ada Salam Satu Malaysia bidaah ciptaan 1Malaysia.Salam 1Malaysia tidak ada dalam ajaran Islam sunni maupun Islam Syiah cuma muncul bila 1Malaysia diwujudkan Najib bila naik jadi PM.

PM Najib riuh, Muyiddin pun bising bila di Selangor Pihak Berkuasa Tempatan tak benarkan logo 1Malaysia dalam iklan di Selangor.

Kalau 1Malaysia bukan alat politik ,kenapa gambar MB Selangor tak dibenarkan digantung di sekolah -sekolah rendah dan menengah kebangsaan sebagai pemimpin kerajaan negeri, selaku MB Selangor yang sah?Bukankah tindakan melarang gambar MB di Selangor digantung di sekolah-sekolah sebagai politik balas dendam Umno -Bn yang hilang kuasa di Selangor?MB Selangor bukan MB PR tapi MB Negeri Selangor.Mau tak mau ini hakikat yang kena terima.Perangai busuk Umno-Bn ni kalau kena atas batang hidung mereka hendak dikambuih dan disembunyikan dan mereka melalak kesedihan hanya kerana logo 1Malaysia tak dibenarkan di Selangor.

Tu di Selangor di Kedah pun sama gambar MB Kedah juga tak dibenarkan digantung di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Kesiaaan.Bagi tilam banjir pun kena ada 1Malaysia, tiap-tiap malam mangsa banjir yang dapat tilam 1Malaysia dok mimpi 1Malaysia Rosmah Mansor yang punya.1Umno dapat tilam 1Malaysia, bukan Umno dikemudiankan penyokong Umno-Bn didulukan. Baca di sini.

Baca juga:Pas:1Malaysia memang alat politik Umno-Bn-Harakahdaily

Sabtu, 25 Disember 2010

Rakyat Dah Meluat Barang Naik Harga

Ini banner tanda rakyat dah tak tahan dengan kenaikkan harga barang yang mendadak bila minyak petrol dan diesel naik harga. Apa yang dapat anda beli jika bawa RM10 ke pasar tani?Hanya seikat daun bawang, daun sup, daun salderi,sebungkus santan, sebungkus kelapa parut.

Mungkin golongan kaya tak merasa perit dengan kenaikkan harga barang sebab bagi mereka duit tak jadi masalah. Rakyat bawahan dan sederhana yang hadapi risiko paling teruk dengan kenaikkan harga barang.Sekolah dah nak buka semua pakai duit bukan hanya air liur.

Memang patut pun populariti PM Najib jatuh. Rakyat dah tak pikir slogan Satu Malaysia, slogan apa pun kalau raba dalam poket hanya ada beberapa ringgit sementara tunggu cukup bulan.Orang Melayu masih tinggi terus mengharap kepada BN sementara kaum lain terus membuat anjakan untuk tolak BN terus perintah negara. Mungkin kita menunggu sehingga 100 tahun lagi untuk BN terus mengganyang kita baru nak berubah fikiran kata memang BN jadikan kita hamba selama ini.Hamba untuk kenyangkan perut pemimpin Umno-BN dan anak bini mereka.

Takut apa nak tukar kerajaan? Takut bangkrap? Kalau bertukar kerajaan macam di Selangor bukan kerajaan negeri yang bangkrap tapi pemimpin Umno-Bn yang bangkrap. Begitu juga kalau bertukar kerajaan diperingkat pusat yang akan bangkrap ialah Umno-Bn bukan kita, bukan kerajaan baru.Umno-Bn boleh ugut terus pertahan Putrajaya walaupun dah kalah tapi bila dah tak ada apa-apa kuasa ugut pun dah tak jalan. Sapa nak dengar cakap Umno lagi bila dah kalah.

Baca juga;
Populariti Najib jatuh selepas kenaikan harga -Malaysiakini
Khir Toyo 'sindir' menteri jaga makmal , jaga letrik-Malayskini
BN kena belajar kesilapan '08 jangan perlekeh janji pakatan-TMI
Hanya 35% rakyat 'iktiraf' usaha Putrajaya lawan rasuah-TMI

Jumaat, 24 Disember 2010

Menteri Pelajaran ajar rakyat mata pelajaran bangkrap

Hang pa banggaka dapat TPM dan Menteri Pelajaran macam Muhyiddin Yaasin yang semakin syok dan kerap sebut bangkrap, bangkrap di mulut beliau sejak PR umum program 1oo hari PR perintah Malaysia. Sejak akhbar Suara Keadilan 'dibangkrapkan' oleh Kerajaan Umno-Bn kerana kata 'Felda Bangkrap' perkataan bangkrap dah berjangkit kepada Muhyiddin Yaasin.

Dah dua kali Muhyiddin Yaasin sebut bangkrap kerana idea PR nak naikkan gaji guru-guru rm500 kalau perintah Malaysia bukan perintah negeri. Hari ni Muhyiddin ulangi lagi idea PR tu dengan sebut bangkrap lagi!

Muhyiddin cabar Anwar naikkan gaji kakitangan awam negeri Pakatan-The Malaysian Insider

Hanya Menteri Pelajaran tidak berhati perut yang tidak menghargai guru... beginilah terdesaknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini pernah menjadi Menteri Pendidikan. Saya gembira mendengar tawaran ini ... tetapi apa yang saya katakan adalah kita perlu melihat secara keseluruhan untuk menterjemahkan apa yang dikatakan tawaran ini dalam hakikat sebenar.

“Anwar Ibrahim yang pakar dan bijaksana itu harus tahu, tetapi kerana muslihat politik dan pilihan raya maka dia sanggup buat begitu... tak apalah kalau bankrap, tak apalah kalau tangggung lebih belanja asalkan kita menang dan saya akan jadi perdana menteri, itu tujuan dia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Mendidik Demi Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya apabila menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.Baca lagi klik tajuk di atas.

Selangor dah bangkrap ka bagi air 20 m3 percuma?Orang cakap pasal Malaysia bukan cakap pasal negeri nak naikkan elaun guru. Perabih duit nak bina Menara Warisan 100 tingkat berbilion ringgit tak rasa nak rugi sebab semua kroni dapat projek tapi kalau nak bagi kat rakyat sikit berkira nak mampoih. Boleh bangkrap ka tolong rakyat bagi rasa sedikit kesenangan dengan keadaan barang naik dah tak kira masa?Kalau Malaysia bangkrap kerana tolong rakyat boleh masuk rekod dunia la..

Kalau Malaysia nak bangkrap puak-puak yang sapu harta negara ni yang akan lari dulu keluar negara bersama anak bini tinggal rakyat terkial-kial nak cari makan.Dok sebut bangkrap, bangkrap tak lama lagi barang naik lagi sebab puak-puak Umno-Bn akan kata kerajaan dah tak larat tanggung subsidi , dok kira subsidi nanti Malaysia bangkrap tahun 2019.Pandai putar belit nak naikkan harga barang.

Buat apa nak cabar-cabar bila nak tolong rakyat. Bn buat la umum macam PR nak buat tu baru betoi ni dak dok cabar PR yang tak perintah Malaysia.Nak kata bodoh macam lembu bila bercakap tapi bergelar Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Menteri Pelajaran apa dok ajar matapelajaran bangkrap kepada rakyat!

Umno-Bn mungkin tenang di Dun Tenang tapi tak tenang dengan program 100 hari PR.

Baca juga;
Resolusi 100 hari , Nik Aziz pertahan Anwar-Malaysiakini
Nik Aziz : Bn usah jad gengster, PR mampu laksana 'program 100 hari-TMI

Lagi-lagi Khusrin lain orang tak ada ka?


Adakah Jabatan Agama Islam Selangor akan terus diketuai Mohamed Khusrin yang kini dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah JAIS?Kontrak beliau dah pun tamat awal bulan ini sebagai Pengarah JAIS.Dah habis kontrak nak sambung buat apa!Istimewa sangatkah manusia yang bernama Khusrin hingga dikatakan jika tak disambung sebagai Pengarah JAIS beliau juga telah dicadangkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan negeri oleh BN diperingkat Pusat.

Buat apa kerajaan pusat nak menyibuk dalam urusan kerajaan negeri dalam perlantikan pegawai kerajaan negeri Selangor?Adakah Khusrin dilihat sebagai talibarut Umno-Bn sehingga ditatang bagai minyak yang penuh di negeri Selangor yang dikuasai PR?

Adakah negeri Selangor tidak ada calon yang lebih berkaliber dan lebih baik daripada Khusrin daripada mengisi kekosongan jawatan Pengarah JAIS dan Setiausaha Kerajaan Negeri? Buat apa nak terima cadangan BN bukan BN yang perintah Selangor.Banyak tokoh agama dan akademik yang lebih layak di Selangor selain daripada Khusrin jangan dengar cakap BN, tolak Khusrin biarkan beliau berhenti daripada menjawat sebarang jawatan di Selangor, biarkan Khusrin pencen main dengan anak cucu beliau atau masuk gelanggang politik .

Khusrin hanya sibuk dengan orang bukan Islam PR masuk masjid, orang bukan Islam BN boleh pulak langsung tak pertikai, dakwa penceramah tanpa tauliah, tangkap orang bermazhab Syiah tanpa kaji dulu adakah Syiah tu macam ajaran ayah Pin, Hasan anak harimau, main cakap sesat saja tanpa selidik dan kaji terlebih dulu. Panggil Qari daripada Iran baca Quran boleh dan jadi juara Musabaqah pulak tapi orang bermazhab Syiah terus label sesat. Rakyat jadi pening mana satu betoi!

Umno -Bn hilang kuasa di Selangor memang mereka tak layak tentukan sapa-sapa pun dalam hal ehwal Selangor. Kalau mereka berkuasa adakah mereka akan pilih orang yang tak sebulu dengan mereka untuk bekerja dengan mereka? Mampoih BN tak mau !

Baca juga;
Pengarah Jais ditukar jabatan?-Malaysiakini
SUK Selangor:Pakatan syor tiga calon, pusat namakan Pengarah Jais-TMI
Amal Syiah di Selangor:Pengecualian pada warga asing-Malaysiakini
Dr Asri:Berdialog dengan Syiah, jangan keras kepala-Malaysiakini

Khamis, 23 Disember 2010

Mantan Kerajaan Umno-Bn jual tapak surau, baling batu sembunyi tangan


Apa lagi yang nak diharapkan kepada Umno yang gah dan hebat kata perjuangkan Islam dan bangsa Melayu terutamanya di bumi Selangor bumi bertuah tempat cari rezki semua etnik dan bangsa di Malaysia.

Apa yang nak diharapkan kepada Umno sehingga sanggup jual tapak surau Al- Hidayah di Pekan Rawang yang kecoh gara-gara perangai dan gerombolan Umno sendiri yang cepat menuding jari kepada kerajaan yang ada di Selangor sekarang untuk dipersalahkan dalam isu tapak surau tersebut. (gambar harakahdaily)

Akhirnya mantan MB Selangor Khir Toyo ngaku kata memang kerajaan Umno-Bn yang berkuasa sejak 50 tahun dulu yang jual tapak surau Al-Hidayah di Pekan Rawang kepada syarikat Cina. Gerombolan yang berdemo orang Umno termasuk Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang juga Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Zainal Abidin Sakom.Zainal Sakom ni kuat Umno hingga tak nak letak jawatan yang dipegangnya walaupun dah bertukar kerajaan. Memang muka tak malu dan tak sedar diri. Cakap Islam berbuih-buih tapi hampeh!Pak Pandir lagi cerdik dan tak sebodoh Zainal Sakom yang meroyan sakan isu tapak surau yang mereka sendiri jual!

Lagi kisah orang Melayu kena tipu dengan Umno-BN.Mereka yang jual mereka pulak yang berdemo!Baling batu sembunyi tangan, telunjuk lurus kelingking berkait, harapkan pagar ,pagar makan bangsa sendiri.Memang Umno dah busuk hingga ke ususnya...

Khir akui BN jual tapak surau Al Hidayah
-Harakahdaily

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi.

Menurut Khir dalam blognya, "Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya".

Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Khir membuat penjelasan itu ekoran kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin, berdasarkan rekod kerajaan negeri tanah itu dijual pada tahun 2003.

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk tempatan termasuk para pemimpin Umno telah membuat demontrasi di perkarangan surau itu kerana membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan surau itu dirobohkan untuk dibuat projek pembangunan.

Ini ekoran dari tindakan pemilik tanah itu memberikan notis sehingga 30 November lepas agar ia dikosongkan untuk membolehkan tanah itu dimajukan.

Antara yang membantah kerajaan negeri itu adalah pemimpin Umno yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.-Baca semua klik tajuk.

Puak Umno ni kalahkan cerita filem Hindustani yang berlagak sebagai menteri yang berkebajikan sebaliknya merekalah bapa penyamun dan lintah darat yang hirup darah bangsa sendiri. Masihkah anda percaya dengan parti pengkhianat agama dan bangsa ini?

Berkaitan;
Selangor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau-Malaysiakini

Siapa Bekas Menteri Rogol Amah?

Banyak kerja hari ni tak dan nak tengok apa. Tengok -tengok ada berita bekas menteri kabinet zaman Pak Lah jadi PM dulu rogol amah sendiri. Pak Lah pulak dikatakan mengetahui kerja rogol merogol amah ni tapi hanya digugurkan sebagai menteri!

Menteri rogol amah tetapi selamat-Harakahdaily

WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan , menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.-Harakahdaily.

Menarik;
Adun Selinsing cabar Umno dedah bukti 'berzina' di koc keretapi
-The Malaysian Insider.

Ini cerita tak ada bukti dan perlu dibuktikan . Pak Lah kalau tak betul kena nafi laporan wikileaks. PM Najib pulak bila laporan Wikileaks kaitkan beliau dengan Altantuya hanya berkata jangan ambik kisah laporan Wikileaks.

Berkaitan;
Pak Lah covered up minister's rape case-Malaysia today
Zina:Pas kaji tindakan undang-undang-Harakahdaily

Rabu, 22 Disember 2010

Harga minyak pun jadi pembohong , pinda ISA pun bohong!


Macam-macam cara nak menipu rakyat oleh gerombolan Umno-Bn. Kata minyak diesel dan Ron 95 tak naik hingga hujung tahun ni tapi dah penaik harga petrol dah dua kali.Minyak naik semua naik. Ikan temenung besar(ikan kembung) dulu sekilo rm12 sekarang sekilo dah jadi rm14, udang laut dulu sekilo rm 40 sekarang dah jadi rm50 sekilo. Bawang putih dulu sekilo rm 9 sekarang dah jadi rm 12. Ayam daging makan dedak dulu sekilo rm 5.50 sekarang dah jadi rm 7 tiada lagi kawalan harga.Semua naikkkk..tak ada yang turun.

Hari ni kerajaan penipu Umno-Bn menipu lagi kata nak pinda akta ISA (saya kategori orang yang mau hapuskan ISA bukan pinda) tapi nak bagi tau kata Umno-Bn penipu kalau pasal bercakap. Dah nak habis tahun dah ni tak pinda pun ISA akta zalim sepanjang zaman satu Malaysia.Bukan nak pinda tapi perbesarkan lagi kem Kamunting mungkin nak perosok lagi ramai dalam kem Kamunting.Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn pernah kata nak rombak akta ISA. Semua bohong, semua cakap penipu tapi rakyat masih percaya dengan Umno-Bn.(Gambar harakahdaily)

Semua kita kena tipu oleh parti gerombolan Umno-Bn. Pasal ISA kena tipu, pasal minyak petrol kena kencing.Pembohong apa tak habis-habis ni. Masih ada yang sayang kepada parti gerombolan walaupun suka cakap bohong.

Untuk hapuskan ISA kena tukar kerajaan, Bila nak tukar? Tunggu pru akan datang..masa tu sapa yang dok bela ISA kerajaan baru boleh buat kem khas untuk mereka masuk sendiri secara sukarela kalau nak sangat ISA!

Kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh,

"Sekarang ini sudah penghujung tahun 2010, tak ada pun pindaan yang dijanjikan. Mana janji-janji mereka?

"Suatu yang sangat ketara ialah kerajaan tidak akan mudah melepaskan tongkat paling berkuasa ini. Mereka sedang cuba bersungguh-sungguh menjual idea pindaan dan bukan mansuh," kata beliau dalam sidang media di ibu negara hari ini.Baca lagi di sini.

Berkaitan;

GMI:Tahanan ISA meningkat 150%-Malaysiakini

Tukar Tiub kata 'Mat Bisul ' tak bayar hutang pilihanraya RM15 ribu

Blogger Tukar Tiub ketika ulas kenyataan Zul Noordin ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang kata Dap main silap mata guna pendekatan islamikberkata 'Mat Bisul' ni hutang tak bayar ketika bertanding dalam pilihanraya lalu;

woit… PEJUANG ISLAM… BILA NAK PULANGKAN BALIK 15 RIBU RINGGIT…. kah kah kah..

woit… CAKAP ISLAM… MULUT BERBUIH BUIH BERZIKIR…. kah kah kah..

kah kah kah… TUNGGANG TUNGGIT…TAK HENTI HENTI… kah kah kah..

kah kah kah… POP PREK POP PREK CAKAP HAL ISLAM…. kah kah kah..

kah kah kah… TAPI SUKA MENIPU SEPANJANG MASA… kah kah kah..

TT juga kata kalau tak betul dakwaan beliau sila bawa ke mahkamah;

nota:
mat bisul ini bila nak pulangkan 15ribu ringgit
dipinjamkan olek kawan dinsman kepada mat bisul
kerna mat bisul tak ada duit untuk bayar wang pertaruhan
semasa pilihanray yang lalu.

kalau tt buat fitnah sila bawa tt ke mahkamah
tak cukup mahkamah malaysia bawa ke
mahkamah dunia kah kah kah…Baca semua di sini.

Selasa, 21 Disember 2010

PM dan TPM panas punggung gara-gara 'Program 100 Hari PR'

Rasa nak tergelak pun ada tengok kenyataan dua orang pemimpin negara ulas 'program 100 hari PR' bila dah berjaya tawan Putrajaya.Antara kandungan 100 hari PR jika dapat tawan Putrajaya ialah heret perasuah ke mahkamah, hapuskan ISA, jadikan polis, fru, SPRM sebagai betul-betul bebas daripada dipengaruhi mana-mana pihak dan hapuskan tol di lebuhraya.

Awat TPM Muhyiddin Yaasin dan PM Najib jadi macam cacing kepanasan, tak senang duduk dengan 100 hari PR perintah Malaysia.Saya senang ja kalau PR perintah Malaysia tak buat apa yang depa cakap kita pakat ramai-ramai turunkan PR lepas tu kita gantikan dengan puak-puak lain. Senang ja bukan payah pun! Ni dak baru buat cadangan tapi dua orang pemimpin Umno dah tak senang duduk pasai apa, takut apa?Kalau tak salah buat apa nak takut? Takut kalah ka dengan idea 100 hari PR perintah Malaysia?

Selangor selama 50 tahun diperintah Umno-Bn, bila tiba giliran PR ambik alih Selangor tak terbayang pun nak dapat air percuma 20 m3 percuma kira-kira RM11.90 sebulan.Umno -Bn tak boleh bagi tapi PR boleh bagi air percuma, dulu langsung tak ada yang free untuk rakyat semua kena bayar takkan Muhyiddin dan PM Najib tak nampak benda yang senang ni.Anak baru lahir di selangor dapat RM100 masuk tabung Tawas sebagai tabungan masa depan anak-anak. Ni semua Umno-Bn tak buat dulu.Pulau Pinang pulak boleh bagi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang cepua pi cepua mai sampai jadi RM 1300 .Adakah ini menghairankan? Mak cik jual tom yam pun dok riuh barang naik harga dan kata, "saya rasa lega di Selangor dapat juga rasa air free dulu 5 duit pun tak rasa free."

Yang tak nampak semua ni hanya yang berfikir hidup hanya untuk Umno dulu, kini dan selamanya. Puak-puak ni memang tak nampak apa yang depa nampak ialah bila dah tak berkuasa kata hak Melayu dah hilang. Hak Melayu 5 duit pun tak hilang yang hilang ialah kroni-kroni yang dok sapu projek 50 tahun dulu sekarang dah papa kedana dek sombong dan megah dengan projek yang mereka dapat dulu.Tunjuk bukti kata hak Melayu hilang bila PR perintah di 4 negeri tak dapat nak tunjuk yang depa dok usung dan melalak kerana hilang projek dan kontrak kerajaan negeri.Rakyat lawan ISA depa sokong ISA lepas tu pakat jaja rata kampung kata nak pertahan Raja-raja Melayu yang kuasa Raja depa sendiri yang cabut dulu.Rakyat dan MB Selangor bangun lawan nak pertahan harga air di Selangor depa panggil polis dan fru sembur gas pemedih mata, sembur air asid , tembak gas pemedih mata dan tangkap rakyat masuk lokap ni memang kerja gila kerajaan Umno-BN!

Bila nak hilangkan bahang rakyat marah barang naik harga pakat tipu rakyat nak bina loji nuklear supaya setanding dengan India , Pakistan, Iran dan negara maju. Rakyat yang syok dengan gula-gula Umno rasa seronok sebab akan ada loji nuklear tahun 2021.Bahang radioaktif kesan daripada loji nuklear kepada rakyat jangan ambik kira! Woi tolong rakyat miskin dulu la, ni sekolah nak buka banyak pakai duit jangan dok merapu cakap nak buat loji nuklear nak tipu sapa ni?Nak buat loji nuklear apa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jalla kata Malaysia dah nak bangkrap tahun 2019.Kata Felda bangkrap marah kata Malaysia nak bangkrap tak marah.Muhyiddin pun tumpang sekaki kata kalau buat kebajikan untuk rakyat PR perintah 100 hari Malaysia boleh boleh bangkrap. Ha ha ha.

Benda baru , cadangan yang baik untuk rakyat kita cuba dulu baru tau ok ka tidak . Ni dak tak buat lagi dah kata tak boleh.53 tahun dah rakyat kena tipu dengan Umno-Bn takkan selamanya rakyat nak kena kencing lagi dalam pru 13 akan datang buat selama-lamanya.Negara kita negara kaya semua ada, hasil minyak setahun petronas untung berpuluh bilion ringgit bawa pi mana? Tu belum kira lagi dengan hasil getah, kelapa sawit, untung pelaburan daripada sektor industri dan perkilangan. Kalau Umno tak boleh tunjuk jalan kepada rakyat macam mana nak bagi rakyat hidup selesa puak lain boleh tunjuk jalan untuk faedah rakyat buat apa nak tunggu lagi sokong Umno-Bn sampai tua. Rakyat dapat apa nak buat Menara Warisan 100 tingkat? Dapat tengok ja dongak ke atas pejam celik pejam celik barang naik lagi padan muka!Cuba naik tingkat paling atas KLCC anda dapat tengok berapa banyak setinggan Melayu Kuala Lumpur berada di bawah. Sapa tak nampak tak tau la.Kita orang Melayu kena berani, berani buat perubahan takkan nak sokong Umno-Bn sampai 7 keturunan.

Berkaitan ;
10 perkara asas 100 hari PR -Harakahdaily
Najib:Tawaran Pakatan tak berpaksi realiti-Malaysiakini
Program 100 hari Pakatan boleh jadikan Malaysia muflis dakwa Muhyiddin-The Malaysian Insider.
BN gelisah janji 100 hari , membazir 100 tingkat-Harakahdaily
Konvensyen Pakatan umum program 100 hari-Malaysiakini