Rabu, 3 Februari 2010

Bukan Saya- Adun Sri Muda

Gambar atas 'Suhaimi Shafie' (Malaysiakini) yang menyeru bakar gereja! semasa demo Kalimah Allah di Masjid Negeri ,Shah Alam
Gambar Adun Sri Muda-Shuhaimi Hj Shafie

Ahli dewan undangan negeri Selangor bagi kerusi Seri Muda, Selangor, Shuhaimi Syafiei menafikan beliau mengeluarkan arahan supaya gereja dibakar, berhubung penggunaan kalimah Allah.

"Saya tidak pernah keluarkan kenyataan seperti itu.

"Kekeliruan ini berlaku disebabkan orang yang memberi arahan supaya membakar gereja mempunyai nama yang sama dengan sama iaitu Suhaimi bin Syafie.Baca di sini dan di sini

Satu Malaysia Dah Berkubur Yang Ada Satu Umno

Sepatutnya Parti MCA dan MIC sudah ambil keputusan untuk tarik diri daripada komponen BN dengan kenyataan berunsur 'racis' oleh Pegawai Khas PM Najib, Datuk Nasir Safar yang akan hantar pulang orang Cina dan India ke negara asal mereka dan tarik balik kerakyatan mereka yang menentang jumlah matapelajaran untul peperiksaan SPM hanya 12 matapelajaran.

Lapor Malaysian Insider;

Seorang ahli MIC dari Alor Gajah yang mahu dikenali sebagai Maniam berkata beliau dengan jelas dengar bahawa Nasir mengatakan akan melucutkan kerakyataan jika isu subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terus dibangkitkan.

Seorang lagi anggota MIC yang dirinya tidak mahu dikenali berkata Nasir ada menggunakan perkataan “pendatang”.

Katanya, Nasir mengatakan Umno yang menggubal perlembagaan, seolah-olah orang lain tidak memainkan peranan langsung.

Dia menambah apabila Nasir didampingi untuk mendapatkan penjelasan, beliau berkata hanya merujuk kepada kumpulan Hindraf yang telah diharamkan.

“Bukankah Hindraf juga orang India. Kami tanya beliau,” katanya.Baca di sini

MCA dan MIC pun perangai macam Umno juga masing-masing pertahankan puak masing-masing sebab itu mereka terus kekal bersama untuk terus kaut kekayaan negara secara bersama walaupun ada selisih pendapat dalam isu kaum.

Sekarang ni Umno buat apa pun atas nama Satu Malaysia.Nasi lemak satu Malaysia,tarik tali Satu Malaysia, Karaoke Satu Malaysia ,bubur asyura pun Satu Malaysia.Tapi dalam masa yang sama Umno tetap racis Satu Malaysia.Satu Malaysia kita kena tipu dengan Umno!

Baca juga

Kenyataan racis:Pegawai khas PM letak jawatan-Malaysiakini

'India pelampau', 'Cina jual tubuh'-1Malaysia dipulau-Malaysiakini

Perkauman:Pecat,dakwa Nasir di mahkamah-Harakahdaily

Ketuanan Melayu adalah boneka Cina sebenarnya-Penarik Beca

Tun Mahathir kata, saya dulu pun macam Ku Li

Tun Mahathir tak berani nak tegur dan larang Ku Li guna pentas pentas Pas untuk kritik Umno kerana suatu ketika dulu sewaktu Tun dipecat daripada Umno ,Tun turut guna pentas pembangkang untuk hentam Umno zaman Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri Malaysia yang pertama.Zaman Pak Lah jadi PM pula Tun begitu kuat kritik Pak Lah kerana Pak Lah 'melencong' daripada apa yang Tun mahu.

Lapor mstar Online;

"Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.

"Saya tidak layak untuk mengkritik," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.


Dalam pada itu, Dr. Mahathir berpendapat, Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu kerana mengutamakan negerinya berbanding Kerajaan Pusat.

“Saya fikir sebagai anak jati Kelantan, beliau mahu melihat negerinya itu mendapat wang. Itu saya rasa. Saya belum bercakap dengannya," ujar beliau.

Ditanya sama ada tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap Umno berikutan kejadian itu, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin.

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."-mStar Online

Selasa, 2 Februari 2010

Tuan Ibrahim Terkhilaf?

Berikut kata Khalid Samad tentang hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau oleh JK Disiplin dalam tulisan terbarunya;

Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim. Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti.


Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR. Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa.
Baca di sini

Berikut apa yang Malaysiakini laporkan tentang kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu;

Mengulas kesalahan yang dilakukan oleh Khalid, Tuan Ibrahim menyifatkannya sebagai "lebih serius".

"Ia berdasarkan kepada pengakuannya sendiri dalam siasatan bahawa (tindakannya) memberi impak kepada parti. Perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri) tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Tuan Ibrahim.

"Sekiranya tidak berpuas hati, guna saluran dalaman parti, bukan diluar parti," katanya.Baca di sini

Kesan serangan ke atas rumah Ibadat: Modal RM90 Bilion Ditarik Keluar

Malaysia dikhuatiri mengalami pengaliran keluar modal asing bernilai kira-kira RM90 bilion, susulan serangan ke atas gereja dan masjid yang dikaitkan dengan beberapa anasir dalam Umno.

Sumber-sumber perbankan mengesahkan, syarikat korporat antarabangsa mengeluarkan simpanan berjumlah USD5 bilion (RM17 bilion) dari dua bank antarabangsa di Kuala Lumpur sejak awal bulan lalu apabila bermula serangan ke atas gereja, sekolah mubaligh, masjid serta rumah ibadat Sikh.

Dua bank berkenaan adalah antara 13 bank asing yang beroperasi di Malaysia. Sekiranya purata USD2 bilion dibawa keluar dari setiap bank berkenaan, Malaysia mengalami ‘pendarahan’ lebih USD26 bilion atau RM89 bilion.

"Syarikat asing yang menyimpan modal dan keuntungan di bank asing di Malaysia, melihat kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu lagi mengurus ekonomi dengan baik,” kata sumber-sumber perbankan antarabangsa.

"Ini diburukkan dengan kegagalan kerajaan mengurus siri serangan ke atas gereja, masjid dan kuil sehingga pelabur asing menganggap Malaysia tidak lagi selamat untuk menyimpan modal mereka," kata sumber berkenaan.Baca di sini

Kalau Umno Nak Marah,Marahlah-Ku Li

Mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bermasalah biarpun Umno mahu mengambil tindakan terhadapnya ekoran sokongannya kepada kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak.

Beliau berkata, sokongan terhadap kerajaan Kelantan dibuat berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan berhak mendapat royalti seperti perjanjian yang dibuat dengan Petronas.

"Saya tidak kisah, saya buat keputusan ikut apa yang benar berdasarkan undang-undang bukan nafsu, kalau Umno nak marah, marah lah.

"Dengan Mahathir pun saya berani lawan, saya tidak takut siapa,” katanya berseloroh.

Isu hak Kelantan mendapat royalti juga, jelasnya tidak perlu dipolemikkan dan tidak perlu dijadikan isu kerana ianya telah diselesaikan pada tahun 1974 lagi sewaktu beliau menjadi Pengerusi Petronas.

Asas penubuhan Petronas, jelasnya adalah untuk menyatupadukan rakyat di Malaysia bagi mengekalkan satu Persekutuan.

"Apabila saya dipilih menjadi Pengerusi Petronas, berundinglah dengan semua kerajaan negeri dan ketua-ketua kerajaan negeri.

"Kita buat perjanjian, kerajaan negeri perlu serah hak minyak kepada Petronas selama-lamanya, dan kalau Petronas dapat sahaja minyak, Petronas kena bayar lima peratus walaupun dua sen sekalipun, wajib dibayar," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan sewaktu kunjungan hormat Dewan Pemuda PAS Pusat ke kediamannya, di sini.

Tengku Razaleigh adalah satu-satunya pemimpin Umno yang menyokong usaha kerajaan Kelantan mendapatkan hak royalti.

Beliau pada 28 Januari lalu juga telah memenuhi jemputan kerajaan negeri bagi menjelaskan kedudukan tuntutan tersebut kepada rakyat negeri itu.

Ekoran sokongan kepada kerajaan PAS Kelantan itu, Umno berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Razaleigh yang Ketua Umno Bahagian Gua Musang.

Ditanya, sama ada beliau sedang diperalat parti pembangkang, beliau menolak dakwaan tersebut.

"Saya bukan alat mana-mana pihak sama ada pembangkang ataupun kerajaan, saya hanya alat rakyat," katanya.

Harakahdaily

Kita bertelagah setelah mak dan bapak mati

Berkata seorang ahli Pas yang mempertahankan Hasan Ali kepada aku," dah jatuh hukum sudahlah apa nak bising-bising itu dan ini." Dalam isu perlucutan jawatan Khalid Samad selama 6 bulan oleh JK Disiplin Pas Pusat.

Kata beliau lagi, "Dua-dua dah didapati bersalah ,dan JK Disiplin Pas itu bukan calang-calang orang mereka orang yang berilmu dan mereka juga manusia tak terlepas daripada salah dan silap.Mungkin aduan yang dibuat oleh pihak Khalid terhadap Hasan Ali begitu lemah dan pihak Dewan Harian Pas Selangor yang buat aduan terhadap Khalid pula dikemukakan dengan lengkap dan dibuat oleh seorang peguam itu yang menyebabkan Khalid Samad dapat lebih hukuman daripada Hasan Ali".

Hasan Ali dengan 7 pertuduhan sementara Khalid Samad dengan 9 pertuduhan.Persepsi orang Pas berbeza kerana mereka menganggap Badan Disiplin Pas itu berat sebelah,menjatuhkan maruah Khalid sebagai ahli Parlimen Shah Alam.Kata penyokong Hasan Ali itu lagi ,"Kenapa kita lawan JAIS dan MAIS sedangkan kita adalah sebagai kerajaan di Selangor dan seluruh masjid di Selangor hampir 90% peratus orang kita yang kuasai pedulikanlah JAIS dan MAIS tu nak buat apa pun."

Memang betul Hasan Ali dan Khalid didapati bersalah tapi hukuman yang kena terhadap Khalid umpama langit dengan bumi jika dibandingkan dengan apa yang Hasan Ali kena.Terfikir juga kenapa Pas bertelagah dan berseteru setelah dapat sedikit kuasa yang diberikan Allah.Kenapa sebelum PRU 12 yang lalu tidak jadi sebegitu buruk macam sekarang? Mungkin juga macam mak -bapak yang banyak harta semasa mereka masih hidup anak-anak semuanya baik tapi bila mak bapak dah mati tinggal harta banyak mula bercakaran sesama sendiri

Isnin, 1 Februari 2010

Umno Pengkhianat Melayu Kelantan

Umno parti yang sudah busuk dan jijik ,bukan aku yang kata tapi Tun Mahathir yang kata, semakin berpeluh-peluh kerana tindakan Ku Li menentang keras pemberian wang sedekah atau wang ehsan yang hanya berjumlah RM20 juta untuk diisi tembolok pemimpin Umno Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Umno tahu jika wang ehsan itu tidak disalur melalui JPP Umno satu sen pun tak akan rasa hasil duit minyak Kelantan,sebab itu Umno berkeras dengan apa cara sekalipun untuk kuasai hasil duit minyak Kelantan.Maka dipanggillah kaki bodek dan pengampu untuk hurai bahawa sesungguhnya Kelantan tak layak dapat royalti,dapat duit ehsan pun dah kira ok. Siapa yang kenyang hasil duit ehsan itu,kalau bukan Melayu Umno.Bagaimana nasib rakyat Kelantan yang bukan Umno,bau pun tak dapat.Inilah Umno parti zalim yang hanya pandai kenyangkan tembolok sendiri.


Ku Li sudah tua ,pemimpin Umno Kelantan yang lain juga dah ada yang separuh umur tapi kenapa Ku Li lebih pentingkan nasib Melayu Kelantan secara keseluruhan berbanding Umno yang hanya pentingkan Melayu Umno saja?Wang ehsan itu untuk Umno bukan untuk rakyat Kelantan.Ku Li nampak semua itu tapi Tok Pa, Awang Adek dan Anuar Musa hanya nampak wang ehsan untuk Umno.Mengapa Umno dan Umno Kelantan tidak menyokong Ku Li atas nama Melayu supaya Kerajaan Pusat bayar hasil minyak dalam bentuk Royalti?Bukankah Umno perjuangkan Melayu dan di Kelantan Melayu adalah kaum terbesar?

Umno hanya sibuk dengan nasib Melayu Pulau Pinang yang kononnya diratah-ratah Dap,tapi di Kelantan nasib orang Melayu diperkotak-katikkan Umno dan main tarik tali semata-mata Kelantan dikuasai Pas.

Kata Ku Li ;

“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan.

“Isunya ialah apa yang undang-undang kata. Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” kata Tengku Razaleigh kepada Astro Awani hari ini.

Bekas menteri kewangan ini memberitahu sebagai (bekas) pengerusi Petronas beliau menggubal akta itu dan memeterai perjanjian-perjanjian berkaitan atas arahan Allahyarham Tun Razak, yang merupakan perdana menteri kedua.

“Oleh kerana beliau mahu memastikan negeri-negeri miskin di Semenanjung akan mendapat faedah daripada minyak ditemui di pesisir.

“Beliau mengetahui bahawa mereka tiada minyak di darat atau dalam lingkungan perairan negeri,” katanya.

Kata Tengku Razaleigh isunya sekarang bukan beliau, di sebalik soal perundangan dan hak rakyat dalam pertikaian mengenai tuntutan wang royalti petroleum.

Sehubungan itu jelas beliau Umno boleh berbuat apa sahaja yang mereka “inginkan.”

“Lebih-lebih lagi mereka masih perlu berurusan dengan soal undang-undang dan menghadapi rakyat,” katanya.Baca di sini


Ku Li juga berkata;


“Saya bebas bersuara apa yang saya suka asalkan saya tidak langgar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin Umno.

"Saya bukan ‘pak turut’,” kata beliau.-Malaysian Insider

Kaldai Pun Tak Bodoh Macam Zambry

MB Perak Zambry yang dapat kuasa melalui 'untung atas angin' cakapnya semakin merapu menjelang keputusan siapa MB Perak yang sah tak berapa hari lagi. Mungkin tidurnya pun tak nyenyak kalau kalau keputusan Mahkamah Persekutuan 9 Feb nanti memihak kepada MB Nizar pulak.Biasalah kalau hidup dengan mencuri harta orang, tipu orang,kencing orang mana nak nak tenang hidup.Biar kaya tapi dengan cara yang halal baru jiwa jadi tenang.

Lalu dengan tak semena-mena Zambry cabar supaya 28 kerusi Pakatan Rakyat di Perak dibubar dan buat pilihanraya untuk uji siapa yang akan menang.Yang hang punya kerusi tak mau bubar ka?Tempat sendiri tak berani uji nak uji tempat orang .Apa punya baghal dan binatang Kaldai tak bodo macam hang Zambry .Kata Zambry;


"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini Isnin.


"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya.Baca di sini

Kalau Zambry kata tak takut pi la jumpa Sultan Perak minta supaya DUN Perak dibubarkan.Menang jadi abu kalah jadi arang peduli apa kalau dah tak takut.Hang dapat jadi MB pun sebab celaka-celaka dan barua BN yang belajar ilmu lompat dengan Brahim Ali,kalau tidak Zambry hanya duduk Pulau Pangkor sajalah.

Khir Toyo Jangan Cakap Ikut Sedap Gigi Saja

Mantan MB Khir Toyo dituduh suka cakap lepas tanpa fikirkan apa yang beliau cakap.Khir Toyo yang dituduh seleweng duit untuk pergi 'honeymoon' termasuk bawa pembantu rumah sekali ke Disneyland telah diadukan kepada SPRM oleh Angkatan Muda Keadilan Selangor tapi bak kata orang siasatan terhadap Khir Toyo hanya sekadar lepas batuk atas tangga saja tak ada tindakan drastik seperti yang dikenakan ke atas Pegawai Khas kepada Exco Yaakob Sapari,Hussein Ahmad yang direman 5 hari walaupun tanpa bukti beliau terlibat atas tuduhan yang dikenakan.

Tuan-tuan baca apa blog ini kata kepada Khir Toyo- tawanmalaysia.com klik

Minyak Kelantan Untuk Kelantan- Tok Guru

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wang ehsan seharusnya dibayar kepada kerajaan Pusat kerana Kuala Lumpur tidak mempunyai rizab minyak dan bukan sebaliknya.

Bercakap di satu ceramah di Negeri Sembilan semalam, Nik Aziz berkata konsep wang ehsan yang diterima-pakai pemerintah BN bukan sahaja wajar, bahkan tidak masuk akal.

“ Minyak Kelantan untuk Kelantan. Kuala Lumpur tidak ada minyak setitik pun. Kuala Lumpur sendiri tidak ada minyak. Dia ambil minyak kita, dia beri ehsan kepada kepada kita. Sepatutnya kita beri wang ehsan kepada dia (Kuala Lumpur).

Kerajaan Pusat menolak rayuan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak atas alasan Kelantan bukan negeri pengeluar minyak kerana bahan galian itu terletak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai Kelantan.

Pakatan Rakyat berpandangan Kelantan berhak kepada royalti minyak sepertimana yang ditetapkan Akta Petroleum 1974.

Nik Aziz menjelaskan tindakan Umno-BN menyekat pemberian royalti minyak kepada rakyat Kelantan menunjukkan pemerintah meletakkan keutamaan pada wang ringgit, bukan rakyat.

“ Kelantan miskin. Dari dulu sampai sekarang miskin. Tapi manusia undi PAS. Daripada 45 kerusi di Kelantan UMNO hanya baru dapat 6 kerusi. PAS miskin. Perkara-perkara sebegini tolong kirim salamlah kepada UMNO biar dia faham sikit” katanya lagi.

TVSelangor.com

Pas Shah Alam Buat Mensyuarat Tergempar

Menurut sumber-sumber yang dipercayai Pas Kawasan Shah Alam telah buat mensyuarat tergempar malam tadi untuk bincang isu Khalid Samad yang digantung jawatan sebagai YDP Shah Alam dan jawatan peringkat Pusat selama 6 bulan oleh JK Disiplin Pas Pusat. Antara isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut;

1-Pas Kawasan Shah Alam akan hantar surat bantahan atas penggantungan jawatan Khalid Samad sebagai YDP Shah Alam dan AJK Lajnah Politik Pas Pusat kepada JK Disiplin Pas Pusat dan Pas Pusat.

2-Pas Kawasan Shah Alam juga berdiri teguh dan bagi sokongan penuh kepada Khalid Samad yang digantung jawatan

3-Pas Kawasan Shah Alam juga menganggap keputusan JK Disipilin Pas Pusat itu tidak adil dan berat sebelah.

4-Dalam masa yang sama Pas Shah Alam tetap tegas pertahankan Khalid Samad.

5-Seorang Ketua Cawangan turut membangkitkan isu Khalid Samad dilucut jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 11 Pas Selangor. Pas Kawasan langsung tidak ada rasa simpati dengan perlucutan jawatan tersebut (hanya bersangka baik ,atas nama wala' kepada pimpinan).Seolah-olah Khalid Samad keseorangan dalam mempertahankan apa yang berlaku dalam Pas Selangor.Ada yang berkata takkan nak tunggu Khalid Samad diambil tindakan ketiga (dipecat daripada Pas).

6-Sepatutnya JK Disiplin Pas Pusat diadili dan dianggotai oleh Majlis Syura untuk jatuhkan hukuman kepada Khalid Samad dan Hasan Ali.

7-Pas Shah Alam rasa sedih dengan keputusan JK Disiplin terhadap Khalid Samad dan akan menjemput wakil JK Disiplin Pas Pusat yang buat keputusan penggantungan Khalid Samad datang ke Pas Shah Alam untuk terangkan keputusan penggantungan jawatan tersebut.

8- Ada yang suruh JK Disiplin Pas Pusat merujuk kepada kenyataan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat (Abdullah Abdul Karim) yang turut mempertikaikan keputusan JK Disiplin Pas Pusat terhadap Khalid.Salinan tulisan Abdullah turut diedarkan kepada semua yang hadir mensyuarat tergempar tersebut.

Dalam mensyuarat tergempar itu juga ada yang berkata ,"Curi telor ayam dipenjara 6 bulan ,curi duit beribu hanya diberi amaran". Sama juga orang yang curi lembu .Lembu curi tu siap sembelih, buat kenduri pula jamu orang Pas makan lagi !Lain-lain maklumat belum diperolehi.